Thursday, November 22, 2012

Re: RG2011... Re: FW: Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas?

 

Tak takut" habis tu mengapa kecoh..samapi buat laporan Polis pula tu...hehehee....

--- On Wed, 21/11/12, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Re: FW: Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, 21 November, 2012, 1:04 PM

 
Tak ada yang takut, tapi kesiankan kepada mereka yang mengaminkan doa tu sebab nasib mereka pun belum tahu selamat ke tidak.

2012/11/20 xstream <pejal71@gmail.com>
 
Amri yang mengarut.hancurlah UMNO dalam piliharaya akan datang..ahli2 UMNO tidak hancur..yang hancur parti UMNO itu..tidak lagi upaya memerintah lagi..parti yang zalim akan musnah..biarlah TGNA meninggal pun..asalkan UMNO hancur..telah nyata yang benar dan batil...telah nyata Amri penyokong yg mana..telah nyata sikap Amri yang sokong Ashaari dan UMNO..Najib bukan ulil amri.. mereka menolak hudud ...Amri tidak mahu hudud yang Pas drafkan..kerana kepercayaan Amri seperti org UMNO iaitu hudud ciptaan PAS..walhal langsung apa enakmen hudud tidak dihujah..amat cetek ilmu hujah dalam bab doa..tidak memahami konsep doa..konsep ibadah..sedangkan semakin lama PR semakin maju..apakah tidak ada satu pun doa PAS dimakbulkan? kerana UMNO takut kepada PAS bukan kepada Allah SWT..UMNO tidak sekali2 akan mampu merosakkan apa2 kalau Allah SWT tak izinkan..jangan takut kepada PAS..tapi jangan hina ulama..kalau aku la..kalau ulama dah berdoa..jaga2lah..lainlah UMNO jer tahu mana ulama dan mana tidak...ikut acuan sendiri...rasanya Amri tidak iktiraf ulama2 dalam PAS adalah ulama..kerana tahap ilmu Islam yanb tinggi kot..berdepan tak berani..Najib pun bila sakit ker menziarah..baguslah ziarah..Nik Aziz pun dah tua..bila2 masa pun boleh pergi kerana mati itu wajib...tetapi kita selalu lupa mati juga menimpa org muda..yg penting pegangan kita terhadap kezaliman, kebenaran..halal haram..rukun Islam dan Iman..akidah dan amalan yang kita bawa bila mati..agak2 dah bersedia ker? Perjuangan licik sang zalim akan cuba bertindak berlagak alim..UMNO tidak akan selamanya berdiri dan selagi mereka mahukan Islam dan pegangan Islam..mungkin itu sahaja akan mengekalkan mereka tapi apabila Islam diketepikan tunggulah saat hancur...

2012/11/19 shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
takut hapenye.. dah berpuluh tahun asik doakan org hancur. Allah maha kuasa. dia yg menentukan golongan mana yg berkuasa di Malaysia ini. terimalah kenyataan


2012/11/19 <Sharom.Musa@akersolutions.com>

 

From: Mus  
Subject: Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas?

 

Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas?

SHAHBUDIN

Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.

Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.

Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.

Najib sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan bukannya meminta dimusnahkan pihak lain.

Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku.

Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.

Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.

UMNO juga boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah.

Sebagai parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Pas tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah, berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat yang tak terhingga rasanya.

Bagi UMNO pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas, tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa yang ditakutkan dengan doa itu.

Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu.

Dalam sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah.

Doa Pas meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu.

Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu.

Yang pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama ini.

Tetapi jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang sepatutnya.(

This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this e-mail and any attachments permanently from your system.




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment