Friday, November 23, 2012

RG2011... Fw: ghai rah nak jadi MB

 



Azmin : Kerajaan Negeri Hanya Terima 18 Peratus Daripada Dana Kerajaan Pusat


SHAH ALAM 21 NOV : Kerajaan Negeri hanya menerima RM 364 juta daripada peruntukan RM 67 bilion yang kononnya disalurkan Kerajaan Pusat bagi tujuan pembangunan dan kemajuan Selangor.

Jumlah RM 364 juta itu hanya 18 peratus daripada jumlah RM 67 bilion yang diumumkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang Dewan Rakyat lalu.

Hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa, kenyataan Abdul Rahman itu adalah satu propaganda yang dimainkan Umno-BN bagi mengaburi rakyat Selangor kerana ia melibatkan satu jumlah dana besar.

"Semakan dengan Bendahari dan Pegawai Kewangan Negeri nyatakan berbeza dengan apa dikatakan.

"Namun sekiranya benar dakwaan Umno-BN mengenai peruntukan itu maka Kerajaan Negeri harus meminta senarai projek Persekutuan berjumlah RM 67 bilion untuk diteliti dan melakukan audit.

"Kerana rakyat Selangor berhak untuk tahu bagaimana disalurkan, siapa yang dapat projek, apa kosnya dan apakah pemberian secara telus dan tender terbuka?

"Saya minta Kerajaan Negeri melantik audit bertauliah bagi menjalankan audit tetapi saya yakin ini satu pembohongan," katanya kepada media di luar Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Azmin mengulas kenyataannya tentang pengumuman tersebut di dalam sesi perbahasan Belanjawan 2013 di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Beliau berkata, sandiwara Umno-BN itu juga dapat dilihat di dalam janji untuk membina jambatan ketiga di Klang.

Tambahnya, projek tersebut dilancarkan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu tiga hari sebelum Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) dan beliau berjanji akan memulakannya empat bulan selepas pelancaran.

"Tapi apa dapat dilihat sampai sekarang tidak dijalankan malahan turut berjanji akan dibina jambatan keempat di bandar sama," katanya.

 

Azmin dakwa Noh 'ghairah' nak jadi MB S'gor

Katanya, dakwaan Noh mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ingin menjual aset dan saham kepada bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum.

"Dalam keghairahan Noh Omar (kanan) nak jadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan seperti ini.

"Berhubung dakwaan Noh Omar dan hulubalang Umno terhadap PKNS yang saya kira melampau, saya berani katakan ini serangan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Sabtu lalu, Noh mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad- anak syarikat PKNS untuk menjual syer bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Noh mendakwa syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan Bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu itu telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

Sehubungan itu, menjawab dakwaan tersebut, Azmin berkata, sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, beliau tidak pernah dirujuk atau berbincang tentang cadangan untuk menjual sebarang aset perbadanan milik negeri itu.

Beliau turut berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac seperti didakwa Noh pula adalah bertujuan bagi memastikan kesemua aset milik PKNS yang bernilai RM4.5 bilion agar dapat berdaya saing.

"Saya nak tegaskan kita tak ada rancangan pun kononnya Wordwide Holding nak menjual kepada mana-mana pihak. Saya juga nak tegaskan Worldwide Holding masih kekal milik penuh PKNS," kata Azmin.

"Nilai aset semasa PKNS ada RM4.5 bilion. Sudah tentu ia menuntut kepada sebuah pengurusan yang lebih progresif dan tidak menggunakan mekanisme cara lama.

"Apa kita nak buat sekarang ialah satu usaha dan inisiatif korporat dengan menubuhkan syarikat milik penuh PKNS. Masih milik penuh PKNS. Namanya PKNS Private Real Estate Company Sdn Bhd (PREC). Syarikat ini bertujuan untuk memastikan aset-aset PKNS yang komersial ini berdaya saing," kata Azmin lagi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita ketika sidang dewan berehat, Azmin berkata, penubuhan PREC telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Katanya lagi, kelulusan tersebut telah diberi pada 12 September lalu.

"Kementerian Kewangan telahpun membenarkan PKNS untuk menubuhkan satu anak syarikat yang bernama PKNS Real Estate Company (PREC).

"Nak tubuh PREC, kita mesti mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan telahpun memberi kelulusan pada 12 September 2012. PKNS dan PREC ini milikan penuh Bumiputra. Jadi di mana tuduhan Noh Omar dan juga Umno bahawa kita menjual kepentingan orang Melayu kepada bukan Melayu? Itu tuduhan yang jahat," katanya.

Sementara itu, ketika membahaskan belanjawan negeri hari ini, ADUN Kuang dari BN, Abdul Shukur Idrus mempersoalkan kewujudan PREC sebagai sebuah syarikat yang menguruskan aset-aset bagi PKNS.

Selain itu, beliau mendakwa, PKNS kini dalam usaha untuk menjual lima asetnya iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, Wisma Yayasan, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall, Shah Alam yang bernilai RM32 juta. 

Menurutnya, usaha untuk menjual lima aset tersebut berlaku selepas perjanjian antara PKNS dan Amanah Raya Real Estate Investment Trust Fund (ARREIT) gagal.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno itu juga berkata, beliau difahamkan proses penjualan aset tersebut akan diberi kepada syarikat lain dan bukan kepada PREC.

"Syarikat mana sebenarnya yang akan membeli dan menguruskan aset-aset tersebut. Siapakah lembaga pengarah dan berapa banyakkah modal berbayar?

"Adakah pengurusan induk PKNS tidak cekap sedangkan berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pengurusan hartanah," katanya.

"Kita mendapat maklumat bahawa semua rancangan, perjanjian, semua dah siap. Hanya menunggu ditandatangani. Hari ini barangkali selepas kita bangkitkan mungkin perkara ini tak taulah sama ada nak diteruskan atau dihentikan," kata Abdul Shukur.

Ditanya sama ada beliau mempunyai maklumat berhubung dakwaannya itu, Abdul Shukur berkata: "Kita ada maklumat. Kita boleh bagi nanti." 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment