Wednesday, January 9, 2013

Re: RG2011... Fw: Islam benarkan tapi jangan salah guna

Assalamualaikum w.b.t.,

Pemilik sebenar nama Allah s.w.t., adalah Pencipta Alam ini... (semua makhluk tahu termasuklah hayawan - lembu dsb)... Namun apakah manusia yang bakal dihisab ini beriman?

Segala pemilikan penciptaan adalah hak NYA (Allah s.w.t.) dan memiliki 99 nama yang diketahui manusia dalam Asma al Husna. Sesungguhnya DIA lah (Allah s.w.t.) akan memeliharakan nya..

Dengan menyebut nama Allah s.w.t. dengan banyak nya semoga saudara-saudara kita yang belum Islam, lembut hatinya untuk menerima hidayah kembali kepada fitrah..

Kita sebagai seorang yang bernama Islam, sepatutnya perbanyakkan berzikir kepadanya, sebutlah nama Allah s.w.t. banyak-banyak. Setiap perkara ada hikmahnya...

Perkenalkan Allah s.w.t.  kepada mereka yang sesat. Jangan nanti kita dipersoalkan kerana tidak menyampaikan pengajaran Islam yang sebenarnya. Yang kita takuti adalah, munafiqun yang ada dikalangan kita, kerjanya menyesatkan umat Islam... Allah s.w.t disebutan tetapi tindakan yang dibuat umpama Iblis bertakhta di hati. Sesungguhnya tiada daya bagi kita, berserahlah kepada Allah s.w.t. untuk melindungi kita dari kesesatan dan unsur-unsur yang menyesatkan.

Allah hu Akhbar! Allah hu Akhbar! Allah hu Akhbar!

Wassalam.



From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 9, 2013 1:26 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Islam benarkan tapi jangan salah guna


Adakah ini yang kita inginkan?


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 8 January 2013, 23:46
Subject: RG2011... Fw: Islam benarkan tapi jangan salah guna

 


Kalimah Allah : Islam benarkan tapi jangan salah guna

alfaqer.blogspot.
Dicatat oleh al-Faqer ilallah.
 
Abdul Hadi Awang,
 
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS




No comments:

Post a Comment