Wednesday, January 16, 2013

Re: RG2011... Krisis air: Ahli akademik dedah tembelang kerajaan selangor

 

hahaha,betul tu..org nk tolong setelkan xnak bg..pastu kata kerajaan negeri xnak bantu pulak..woi,SYABAS,..ko nk berapa banyak duit lg bg kat ko?CEO korang tu gaji berapa ha?antara yg tertinggi kat Malaysia ni..buat kerja nye tidak..pastu asyik minta duit duit duit..kata kita pengendali sementara je tp gaji CEO tinggi..apa ko bikin??apa kate kurangkan gaji CEO pastu salurkan ke tempat2 yg sepatutnye..kalau mesin rosak pon xmampu nk betulkan..tukar org lain je la..x pernah pulak SYABAS bising2 suruh betulkan mesin/pam (even dorang yg patut buat sebab untung banyak)..bising suruh buat langat 2 adalah..


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 15 January 2013 8:25 PM
Subject: RE: RG2011... Krisis air: Ahli akademik dedah tembelang kerajaan selangor

 
Semoga dia tidak mewakili keseluruhan tenaga pengajar di UUM. Boleh ranap siswa siswi UUM macam nie...gelaran ahli akademik tu....
 
Yang berlaku adalah kerana PAM rosak, yang mempunyai saham 70% adalah Syabas, jadi segara peengurusan adalah tanggungjawab syabas..tidak ada isu masalah krisis air..air cukup yang jadi masalah pam tak berfungsi.. banyak manapun air yang ada kalau pam tak berfungsi tak guna juga..SIAPA YANG KENDALIKAN DAN MENYELIA KEADAAN PAM? Kerajaan Selangor atu Syabas?Kalau Syabas tak mampu biar Kerajaan Selangor ambil alih Syabas..lepas tu bolehlah salahkan kerajaan selangor...

--- On Tue, 15/1/13, hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com> wrote:

From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Subject: RE: RG2011... Krisis air: Ahli akademik dedah tembelang kerajaan selangor
To: "'shredder virtuoso'" <rattlesnakesssss@gmail.com>, respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 15 January, 2013, 10:13 AM

 
Hampa ni lagi lucu… dok utara sintok… dok menyibuk tepi kain negeri org !.
Jaga ayaq kat uum tu bg elok dulu….hampeh tul la hampa ni…
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shredder virtuoso
Sent: Sunday, 13 January, 2013 10:22 PM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Krisis air: Ahli akademik dedah tembelang kerajaan selangor
 
 

Krisis air: Ahli akademik dedah tembelang kerajaan selangor

SHAH ALAM 12 Jan - Seorang ahli akademik dan pakar air hari ini mendedahkan tembelang kerajaan Selangor yang sering menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung krisis bekalan air tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah perjanjian konsesi air.
Pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, agak melucukan juga apabila Syabas dituduh sebagai punca krisis air yang kini melanda 500,000 penduduk di 90 kawasan di Gombak dan Ampang dan kerajaan negeri mahu menyaman syarikat itu.
Beliau berkata, kerajaan Selangor sebenarnya memiliki 30 peratus saham dalam Syabas dan walaupun bukan majoriti, ia pegangan saham yang besar dan malah mempunyai dua pengarah dalam lembaga syarikat berkenaan.
"Sebenarnya Syabas adalah di bawah kendalian kerajaan Selangor tetapi kerajaan negeri seolah-olah cuba menyatakan Syabas ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.
"Apabila memiliki 30 peratus saham, ini kuasa yang besar dalam perniagaan tetapi kerajaan Selangor seolah-olah tidak nak ambil tahu pun apa yang berlaku dalam Syabas dan tambah seronok, kerajaan negeri nak saman Syabas," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu samalah seperti menyaman kerajaan Selangor sendiri yang memiliki 30 peratus saham di samping mempunyai dua pengarah dalam Syabas iaitu Noorusa'adah Othman dan Suhaimi Kamaralzaman.
"Kenapa asyik salahkan orang lain? Kenapa tidak dibincangkan semasa mesyuarat lembaga pengarah, menyatakan ini yang tak betul, ini yang perlu dibetulkan," kata beliau.
Zaharuddin berkata, kerajaan negeri nyata mahu menjadikan isu air "mainan politik" semata-mata dan beliau tidak faham apa yang kerajaan Selangor cuba kaburi rakyat ketika ini.
Menurut Syabas, gangguan bekalan air di Gombak dan Ampang berpunca daripada kerosakan pam di dua pusat rawatan air akibat penggunaan yang melebihi kapasiti maksimum.
Di bawah perjanjian konsesi air Selangor, tanggungjawab pembersihan sungai dan tadahan air, memberi kelulusan kepada operator rawatan/bekalan air untuk membina rumah pam baharu serta membaiki dan menaik taraf loji dan rumah pam rosak dan uzur adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Katanya, Syabas memerlukan perbelanjaan modal atau Capex untuk melaksanakan tugasnya tetapi kerajaan negeri tidak menyalurkan modal yang sepatutnya mengikut perjanjian konsesi kepada Syabas.
"Macam mana sekali pun, air terletak di bawah kerajaan negeri. Bagaimana kerajaan negeri boleh menyatakan mereka tidak bertanggungjawab terhadap isu ini?," katanya.
Beliau berkata, apabila kerajaan Selangor berkata air di Selangor cukup sehingga 2030, ia berdasarkan statistik lapuk yang tidak mengambil kira kepadatan penduduk dan penambahan industri yang tidak terkawal.
"Pernahkah kerajaan Selangor fikir berapa ramai penduduk di negeri Selangor dan jangan lupa, air di Selangor bukan semata-mata untuk rakyat Selangor, tetapi termasuk juga untuk penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Pernah lihat ke atau tidak bagaimana pesat pertumbuhan di Putrajaya? Pernah terfikirkah berapa banyak air diperlukan di Putrajaya? Jadi adakah selepas ini kerajaan Selangor mungkin atas mainan politik...boleh mengatakan kita tak nak bagi air kepada Putrajaya. Adakah itu yang mereka nak lakukan?
"Tetapi saya fikir sebagai kerajaan yang berhemah, kerajaan yang memikirkan tentang kebajikan rakyat, rakyat harus diutamakan. Maka saya merayu kita hentikan mainan politik kerana air ini adalah milik bersama...air ini adalah milik rakyat, kita hanyalah sebagai pengendali sementara untuk diberikan kepada rakyat.
"Janganlah disebabkan oleh kepentingan-kepentingan tertentu, kita menganiaya rakyat. Kalau kita menganiaya rakyat, bayangkan kebangkitan rakyat satu hari nanti," kata beliau. - BERNAMA


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment