Thursday, January 17, 2013

Re: RG2011... RM498j mula diagih esok

 


Tp kalau ikut faham I dr entries yg lain, depa pun pembayar cukai jugak, kan? So ada share jugak la dlm rm100 tu kot..

X gitu?

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: <Shahran.Ahmad@emerson.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 18 Jan 2013 01:10:00 +0000
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RE: RG2011... RM498j mula diagih esok

 

Cukai tak semestinya dari dari cukai pendapatan tp dari cukai yg dikenakan pd rakyat umpama tax 6% untuk urusan jual beli……kfc,pizza dsb..

Pembayaran bil seperti astro, postpaid dan lain2…

Tu belum masuk cukai yg tersembunyi?????????????????

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shredder virtuoso
Sent: Wednesday, January 16, 2013 11:13 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... RM498j mula diagih esok

 

 

lawak betul kalau orang selalu cakap duit kerajaan tu 100% datangnya dari duit rakyat, Persepsi yg salah sama sekali. 

 

SEBAHAGIANnya adalah duit rakyat. selebihnya duit dari pelaburan yg negara hasilkan. bersusah payah mencari pelabur utk datang ke Malaysia ni. dari situ negara janakan duit lebih banyak.

 

PM dan menteri buat lawatan ke luar negara bukan hanya makan angin sahaja. lain la kalau Anwar buat lawatan habiskan duit parti saja.

 

Tahun 2013 sahaja negara mendapat pelaburan sebanyak berbillion. Itu duit dari poket anda juga kah?

 

"Projek utama dalam sektor O&G termasuk projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan (Rapid) bernilai RM60 bilion di Pengerang, Johor, dan Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) bernilai RM3.8 bilion di Kimanis,projek MRT bernilai berbilion ringgit, Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.45 bilion serta Tun Razak Exchange berjumlah RM26 bilion.

 

Kalau nak ikut cukai yg dipotong berapa banyak sgt yg dapat. yang tak layak dah belambak. yang layak ada yg tak pernah potong atau declare. Ada pula yg selalu mengaku duitnya juga walaupun dia tak pernah bayar cukai pun.

 

Cukai2 tersebut diberikan lagi rebet atau keistimewaan pemotongan lagi seperti pembelian komputer atau life insuran. Berapa yg tinggal utk dibayar?

 

 

 

 

 

2013/1/15 khomaron azhar <azhar.a@soem.sharp-world.com>

 

Terima kasih kerana kerajaan persekutuan sangat perihatin kepada kesusahan rakyat.

Tetapi perlu diINGAT duit yang depa guna tu duit dari kita yang membayar cukai . Jika pak menteri tolong

Dok derma sorang sedikit lagi baguih.

 

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

08000 Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

 

 

yang diagih duit siapa apakah anak anak Malaysia hanya layak terima seratus setahun seorang belanja untuk masuk sekolah darjah satu pun lebih rm500.00

 

 

 

 

RM498j mula diagih esok

2013/01/14 - 06:03:58 AM Oleh Mohamed Farid Noh Cetak Emel Kawan

 

  9

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100. - Gambar hiasan

Bantuan khas awal persekolahan RM100: Ibu bapa akan terima secara berperingkat sehingga 15 Februari

Batu Pahat: Sebanyak RM498 juta peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan diagihkan mulai esok.

Ia diberikan terus kepada ibu bapa secara berperingkat sehingga 15 Februari depan.

 

Kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah RM540 juta, termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi kementerian belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit.

Bayar tanpa potong hutang tertunggak

“Bagaimanapun, kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Bakau Chondong di Parit Gantung, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, berkata RM3.8 bilion dibelanjakan kerajaan tahun lalu bagi bantuan pendidikan kepada pelajar di seluruh negara.
Rancangan makanan tambahan

Katanya, ia termasuk Rancangan Makanan Tambahan, makanan di asrama harian dan asrama penuh, Biasiswa Kecil Persekutuan sekolah menengah, bantuan tuisyen, bantuan buku teks serta Susu 1Malaysia.

“Contohnya makanan di asrama penuh dan harian, kos makanan pelajar adalah RM15 sehari, tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM1 sahaja, manakala RM14 lagi ditanggung kerajaan membabitkan minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam serta minum lewat malam.

“Semua pelajar di asrama harian atau asrama penuh layak menerima subsidi ini, manakala pelajar asrama desa menerima 100 peratus bantuan tanpa perlu membayar apa-apa.

“Malah, untuk Biasiswa Kecil Persekutuan bagi pelajar sekolah menengah, penerima dibayar RM300 setiap seorang,” katanya.                                   

 



 

--

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment