Wednesday, January 9, 2013

RG2011... Fw: Penggunaan Stadium Merdeka Diluluskan!

 



[HKR 112] Penggunaan Stadium Merdeka Diluluskan! -updated


Himpunan 12 Jan: Penganjur dibenar guna Stadium Merdeka

Naib presiden PKR Tian Chua berkata bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan panganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

Tambahnya, jawatankuasa berkenaan kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir, susulan perkembangan itu.-mk

Sidang Media selepas Mesyuarat HKR


Lampu hijau untuk himpunan rakyat di Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah memberi 'lampu hijau' kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 2013 yang akan diadakan Sabtu ini.

Pengerusi HKR Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, hasil perbincangan antara penganjur dan pengurusan stadium telah memutuskan bahawa perhimpunan itu dibenarkan, namun perlu memenuhi syarat tertentu.

Syarat itu termasuk bayaran deposit RM75,000 dan masa himpunan dalam stadium dihadkan daripada pukul 2 sehingga 5 petang sahaja.

"Kelulusan dibuat pada pukul 2.30 petang tadi dan kita akan hantar jawatankuasa untuk berunding lebih lanjut dengan pihak pentadbir stadium tentang peraturan yang ditetapkan pukul 10 pagi esok.

"Kita juga akan maklumkan segera kepda Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengenai persetujuan ini dan penyelarasan akan dibuat dengan KPN untuk memastikan himpunan berjalan dengan aman, tenteram, dan teratur," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Katanya, proses rundingan itu juga bakal menyentuh cara untuk menempatkan sejuta penyokong HKR dalam Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung kapasiti 40,000 sehingga 50,000 orang sahaja.

Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua turut mengulangi jaminan HKR akan dijalankan secara aman tanpa sebarang provokasi.

"Takkan ada huru-hara. Kita akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada penganjur dan polis untuk mengawal keadaan," katanya.

Tiada halangan kibar bendera

Mat Sabu turut berkata hasil perbincangan dengan polis semalam, pihaknya diberikan kebebasan untuk mengibarkan sebarang bendera atau kain rentang pada Sabtu nanti.

Malah, tiada sebarang halangan untuk penyokong berjalan secara aman daripada lokasi permulaan yang ditetapkan di Masjid Negara, Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru ke Stadium Merdeka.

"Seramai 10,000 anggota keselamatan penganjur yang terdiri daripada unit amal dan lain-lain unit akan mengawasi penyokong berjalan secara aman ke stadium (Merdeka).

"Polis dah bagi jaminan takkan ada sekatan atau sekatan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, bagi pra himpunan Dataran Anak Muda pada Jumaat ini, perancangan asal untuk berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman (NGO) dan Taman Medan (Pemuda Pakatan) akan diteruskan bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam.

"Kita akan minta kerjasama daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi OCPD Zainuddin Ahmad supaya memastikan pra himpunan diselaraskan dengan baik," katanya.

Manakala pada Ahad akan diadakan protes anjuran Tuntutan Royalti Minyak 'R' berarak daripada KLSCAH ke Menara Petronas KLCC bagi mengemukakan tuntutan mereka.
-TMI
SAMM beri amaran jangan timbulkan provokasi

KUALA LUMPUR, 9 Jan ― Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran kepada pihak yang menentang perhimpunan agar jangan menimbulkan provokasi pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Menurut penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan Azmir Mustapha, beberapa hari ini aktivis-aktivis SAMM seluruh negara diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan dari pihak yang mendakwa diri mereka dari Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO untuk menghalang perhimpunan in.i

"Regim usang ini sedang menghayati zaman-zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakutkan aktivis pro perubahan.

"Saya memberi amaran kepada pihak ini untuk tidak sama sekali menyerang kumpulan rakyat yang hadir ke KL112, sekiranya anda menjual, kami sedia membelinya," kata Azmir selepas menyerahkan bunga kepada pihak polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Penyerahan bunga itu diserahkan kepada Sarjan Mejar M Nazir iaitu pemangku timbalan ketua balai polis Dang Wangi, sebagai tanda penghargaan SAMM kepada pihak polis yang menjaga keamanan di negara ini.

SAMM juga mengajak pihak polis untuk bersama-sama datang ke perhimpunan pada Sabtu ini di Stadium Merdeka.

Walau bagaimanapun, pihak polis diwakili Nazir enggan menerima risalah yang cuba diserahkan SAMM kepada pegawai polis.

Semalam, pihak polis menurut penganjur perhimpunan akan mengawal perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Januari ini dan akan memastikan ianya aman dan menjadi "peristiwa bersejarah."

Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.

Gabungan menuntut perubahan pilihan raya Bersih 2.0 cuba mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 tetapi dibatalkan oleh pihak berkuasa pada saat akhir.

Pada perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu, kerajaan menawarkan stadium bersejarah tersebut selepas gabungan tersebut memilih Dataran Merdeka tetapi tawaran Putrajaya ditolak kerana dikatakan terlalu lambat.

Perhimpunan 12 Januari ini menyaksikan beberapa kumpulan membuat tuntutan mereka menjelang pilihan raya 2013, termasuk menutup kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, membayar royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak, pendidikan percuma dan pilihan raya bersih dan adil.
-TMI

comments:

Alhamdulillah. InsyaALLAH I will be there!

Why? Reason saya ialah saya sokong perubahan!

Pada tahun 80an, Malaysia -Korea Selatan-Taiwan- Singapura boleh dikatakan setera (pencapaian ekonomi), kelebihan pada Malaysia kerana adanya sumber asli/bahan mentah yang banyak..

Tapi hari ini Malaysia JAUH ketinggalan..

Kenapa?

Oleh itu sokonglah perubahan....

 

[HKR 112] Diharap Polis Kotakan Janji Jadi Fasililator, PERKASA Jangan Nak Jadi Popular!


Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan.

"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu.

Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.

Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.
-mk

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkasa lapor polis

KUALA LUMPUR: Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.

Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.

"Perkara seperti ini sudah beberapa kali berlaku, termasuk mereka pernah membohongi Tuanku Yang diPertuan Agong (YDPA) untuk mengadakan himpunan haram Bersih 3.0.

"Bersih 3.0 akhirnya mencetuskan rusuhan dan kacau bilau menyebabkan banyak harta awam rosak dan menjejaskan keselamatan awam," katanya dalam laporan polis tersebut.

Beliau berkata, wujud juga keluhan daripada peniaga dan pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur yang bimbang perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya berlaku rusuhan akibat HKR.

Sehubungan itu, pihaknya berkasa polis dapat mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran pembangkang.

'Countdown' HKR akan bermula pada malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan akan berterusan pada esoknya di sekitar sini.

Tiga lokasi mulanya berkumpul seperti yang dicadangkan penganjur adalah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Masjid Negara, Kelab Sultan Sulaiman sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka
-FMT



comments:

Anonymous said...

Perkataan Perkasa dah meloyakab.

Anonymous said...

kalau begini boleh buat perhimpunan 2 juta orang?

Anonymous said...

2 juta kurang tu bro tu bro. 3 juta orang termasuk rakyat M'sia di luar negara yang sokong BERSIH.

Anonymous said...

Jaminan polis ni lain dari kebiasaan. Boleh percaya ke?

 

[HKR 112] Rakyat Bangkit Kerana SPR & Kerajaan Pekakkan Telinga Terhadap Tuntutan BERS✔H


Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR

Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.

Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.

Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.

"Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.

"Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.


"Sebab itu kita mahukan pilihan raya yang bersih" kata Mohamad dalam satu wawancara bersama TV Selangor di sini hari ini.

HKR yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta dan akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Setakat ini, Permodalan Nasional Berhad, syarikat yang mengurus Stadium Merdeka masih tidak memberi kebenaran kepada PR untuk menggunakan tapak tersebut.

Ini walaupun PR telah mengemukan permohonan untuk menyewa tapak terbabit.

Himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada April 28 tahun lalu menarik 250,000 peserta yang turun bagi mendesak Kerajaan Persekutuan agar memperbaiki sistem pilhanraya.

Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari

Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah
penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya 'harapan' dikhianati SPR melalui tipu muslihat.

"Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?


"Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!

"Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR," katanya dengan lantang.

Beliau berkata demikian depan 1,000 orang pada program Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.

Justeru, beliau berkata tiada jalan lain untuk memberi amaran kepada SPR selain turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

"Bercakap dah cukup. Laporan polis dah dibuat. Mahkamah dah pergi.

Tak ada cara lain untuk kita beri amaran kepada SPR dan kerajaan," katanya.

"Berapa ramai?"tanya Hishamuddin sebelum disambut gamat disambut jawapan 'sejuta! dengan bersemangat daripada hadirin di tapak ceramah.


"Yang kita lawan ialah sistem SPR. Sistem yang menipu. Adakah ayah-ibu, adik-kakak tak nampak lagi? Kalau dah tahu nak buat apa? Kita bantah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Pengerusi Gabungan NGO Pengerang (GNP), Anis Afida Mohd Azli.
-KD


Bermula di KSS sebelum ke Stadium Merdeka

TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini akan bermula di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru pada pukul 11 malam sebelumnya.

Pengarah HKR Mohamad Sabu, berkata himpunan di KSS itu bertujuan menampung peserta perhimpunan yang datang awal ke ibu negara dengan diisi program amanat pemimpin sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

Timbalan Presiden PAS itu memaklumkan, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bersepakat menyeru semua rakyat turun berhimpun.

"Jadi datanglah berhimpun pada Sabtu ini dari jam dua petang hingga pukul lima petang. Seelok-eloknya datang awal dan jangan lupa, bawalah keluarga dan anak-anak kerana perhimpunan ini berbentuk santai," katanya ketika berucap secara lintas langsung dalam program Himpunan Anak Muda di sini malam tadi.

Perhimpunan kelmarin merupakan 'road show' peringkat negeri Pahang rapat kemuncak 'count down' HKR 112 satu juta rakyat Sabtu ini.

Muhamad sepatutnya berceramah pada majlis tersebut namun tidak dapat hadir berikutan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada waktu yang sama.

Turut berucap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, aktivis Hishamudin Rais, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Sekincan Ng Suee Lim, aktivis mahasiswa Safuan Anang dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.

Sementara itu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata rakyat perlu turun beramai-ramai kerana perlawanan kali ini bukan lagi untuk menjatuhkan BN atau Najib dan menaikkan Anwar Ibrahim tetapi kali ini rakyat bangkit menentang kezaliman dan penipuan sejak 55 tahun.

"Ayuh kosongkan Temerloh, hanya orang-orang yang penakut saja yang terus tinggal di Temerloh pada hari itu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 yang hadir.

Hishamudin pula menasihatkan peserta yang pergi ke HKR supaya tidak menggunakan kenderaan sendiri sebaliknya menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur
-HD

comments:

Cik Salju said...

Salam semua rakan sesama islam.

Kenapa orang islam kena datang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?

Baca di sini :

astanakandis.blogspot.com

Selamatkan negara, selamatkan agama.

Jumpa di kl semua pada sabtu 12Jan2013.

Carlos Santiago said...

wohohoho..bermula 2013...jeng jeng jeng..BANkami

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment