Monday, January 7, 2013

RG2011... Fw: Ribut Sunamo Bakal Landa Negara!

 



[AMARAN KECEMASAN DIAKTIFKAN] Ribut Sunamo Bakal Landa Negara!


Kuala Terengganu - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari.

Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E.

Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu.

Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Susulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut.

Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga.

"harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur).

"Banyakkan doa semoga semua ok. Cuti 'emergency staff' dibekukan,"sebagaimana yang dipetik dari pesanan ringkas itu.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, beliau juga diberitahu oleh anaknya yang bersekolah di Batu Rakit, satu persiapan berjaga-jaga teah diambil pihak pihak sekolah.

"Anak saya di Batu rakit telefon, Cikgu arah kemas barang untuk pindah ke tingkat tiga (asrama), dijangka 9akan berlaku) banjir besar,"respon beliau pada Ahad malam 6 Januari. -BuletinOnline

SETIAUSAHA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG

5 Januari 2013


1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.

2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.

3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan.

4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir.

5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.

6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang
http://www.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my.

Sonamu: Muslimat PAS saran solat hajat

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) meminta seluruh umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dijauhi daripada sebarang bahaya dan bencana.

Ia ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) minggu ini berhubung amaran Ribut Tropika Sonamu dijangka melanda Pantai Timur pada 8 Januari, jam dua petang.

MMD menasihatkan penduduk khususnya nelayan di negeri-negeri Pantai Timur menjauhkan diri dari laut.

"Mohon solat hajat dan doa semoga Allah lindungi Malaysia khususnya di Pantai Timur daripada bahaya dan bencana Ribut Tropika Sonamu," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi kepada Harakahdaily.

MMD dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Justeru, Aiman mengingatkan ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak mereka.

"Minta ibu bapa semua prihatin terhadap kedudukan anak-anak, jangan biarkan berada di luar ketika ribut, hujan dan banjir," katanya.

Ribut Tropika Sonamu akan mengakibatkan keadaan laut bergelora disertai dengan angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.

Mereka yang berada di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir diingatkan agar berwaspada terhadap amaran hujan lebat dari masa ke semasa dan perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Orang ramai juga diminta patuh kepada arahan daripada pihak berkuasa seandainya diminta untuk mengosongkan rumah mereka.
-HD

comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah !

Hujan dan Ribut mendatang ini adalah Rahmat dari ALLAH SWT ke atas kita, membasahi tanah tanah yang kekeringan di ulu kelantan dan terengganu.

Negara seperti Australia ketika ini dilanda bala kekeringan sehingga hutan terbakar. Jika hutan terbakar di sekitar Genting Highlands, maka itu suatu rahmat dari ALLAH SWT juga bagi mengajar umat manusia tunduk akan perintahNya.

Alhamdullillah !

Anonymous said...

semuanya ramalan...tapi jika allah mengasihani umatnya yang ikhlas menegakkan agamanya insyaallah allah akan palingkan ribut tersebut ke arah lain..semoga aallah melindungi saudara saudara kami yang kesusahan di sana..amin

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment