Thursday, January 17, 2013

RG2011... Fw: Selesema - telefon bimbit juga punca jangkitan

 



 

Selesema: Awas, telefon bimbit juga punca jangkitan

idahsalam.blogspot
sinarharian
 
TUCSON - Terdapat lebih 320 juta pengguna telefon bimbit di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan menurut kajian Nielsen, kira-kira 50 peratus adalah pengguna telefon pintar yang digunakan secara kerap setiap hati.

Tahun ini, wabak selesema ada di mana-mana termasuk di telefon bimbit anda.
Peluang anda dijangkiti wabak ini semakin tinggi jika anda terdedah dalam udara yang terbuka tetapi doktor menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mencuci tangan dan membersihkan gajet mudah alih yang mereka pegang.

"Telefon bimbit merupakan 10 kali ganda kotor seperti di tandas," kata profesor mikrobiologi di Universiti Arizona, Chuck Gerba.

Pengguna telefon bimbit bakal tertanya-tanya cara betul membersihkan gajet kesayangan mereka kerana mengelap gajet itu dengan kain lembab tidak akan menghapuskan kuman, bakteria dan virus.

Pengeluar gajet utama dunia juga tidak mengesyorkan pengguna mereka menggunakan pelarut atau sebarang alkohol bagi membersihkan gajet yang sudah dibeli.

AT&T mengesyorkan para pengguna menggunakan gajet bebas tangan yang mengurangkan pendedahan telefon ke muka anda secara terus.

Mereka juga menasihati para pengguna telefon bimbit tidak menggunakan gajet kecil itu ketika berada di tandas.

Kajian yang dibuat ke atas 1,000 rakyat AS mendapati bahawa 75 peratus responden mengaku menggunakan telefon bimbit ketika berada di dalam tandas.

Tindakan ini bukan saja dianggap sebagai pengotor, malah tidak beradap.

Bagi membersihkan telefon bimbit, sesetengah pengguna menggunakan pembersih berasaskan alkohol bersama kain sebelum mengelap gajet mereka.

Setakat ini, kaedah ini juga yang dikatakan paling berkesan untuk menghapuskan kuman walaupun ia bakal merosakkan kemasan telefon sedia ada.

Banyak juga syarikat seperti SC Johnson mula menawarkan produk yang direka khusus untuk membersihkan barangan elektronik.

Kuman selesema bukan berpunca dari telefon bimbit anda sebaliknya kuman di tangan anda sendiri yang berpindah ke telefon bimbit anda.

"Jika anda tidak berkongsi telefon bimbit dengan orang lain, anda tidak perlu risau kerana yang ada di telefon bimbit itu hanya kuman anda sendiri," kata Gerba.

"Tetapi jika seseorang itu mempunyai virus selesema di tangan mereka, 40 peratus kuman orang lain mampu merebak dalam tempoh empat jam,' tambah beliau.

* Dipetik dari laporan ABC News
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment