Sunday, January 20, 2013

RG2011... Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

 

Dr Halina Selamat Melahirkan Anak ke-2


Tahniah kepada keluarga angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszapahar dan isteri, Dr Halina yang telah menimang anak ke-2 baru-baru ini.

Dr Halina melahirkan anak perempuan itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) jam 7.53 malam.

Berita ini disampaikan melalui laman Fan Page Facebook Dr. Sheikh sendiri. Dikhabarkan Dr Halina telah melahirkan anak ke-2 berkenaan lebih awal daripada tarikh sebenar usia kandungannya sebelum ini.

Gambar dan nama anak ke-2 belum lagi dimuatnaik. Anda dinasihati bersabar ok.



Gambar Siti Nurhaliza versi Instagram


Dato Siti Nurhaliza yang kini semua orang tahu dia dah bertudung penuh semenjak seminggu yang lalu, kini semakin banyak dimuatnaik gambar dia bertudung di laman sosial Instagram milik beliau.

Mungkin sebab terlalu teruja dan ingin memberikan suasana nafas baru kepada peminat-peminat Siti yang inginkan melihat penyanyi nombor satu Negara ini memakai tudung penuh.

Namun yang pasti ramai orang terutama seluruh rakyat Malaysia menantikan bila lah Dato Siti nak ada anak sulung pulak kan.



Ummi Nazeera Hiasi Majalah Remaja


Majalah Remaja menampilkan Ummi Nazeera sebagai penghias muka hadapan bagi edisi baru mereka. Memang kelihatan cantik dan anggun sekali melihat wajah Ummi.

Dihiasi buga Ros yang mekar hidup. Kalau nak tahu lebih lanjut, dapatkannya di pasaran ok.



Lengan Zain Saidin.. WoW


Memiliki bentuk cantik dan menawan terutama lelaki adalah menjadi satu kebanggaan yang bukan sahaja dapat menarik perhatian wanita tapi menyihatkan tubuh badan dengan latihan yang kerap setiap minggu.

Bentuk badan Zain Saidin kekasih kepada Rozita Che Wan ini juga tidak mahu ketinggalan berbentuk badan cantik. Memetik daripada portal Murai, bicep di bahagian otot lengannya semakin membesar.

Tapi malangnya, Zain mahu mengecilkan semula size bicepnya itu kerana kesukaran memilih baju.
"Memang saya sedar, bicep saya sekarang semakin membesar. Puas juga saya cuba mengurangkan sedikit saiznya, tapi semakin saya bersenam, semakin itu jugalah ianya besar.

"Bukannya saya tidak suka dengan bicep ini, tapi kalau boleh dikurangkan sikit, rasanya lebih bagus,

"Apa yang saya tahu, dalam setiap tubuh manusia terutama lelaki, pasti ada kawasan tertentu yang senang untuk otot terbina dan dalam kes ini, bicep adalah tempat untuk saya.

"Saya kerap berkunjung ke gymnasium. Seboleh-bolehnya lima kali dalam seminggu. Bagaimanapun saya bersyukur, setidak-tidaknya ada tarikan tersendiri yang ada pada diri saya," kata Zain.



 ... Jasmin ...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment