Tuesday, January 15, 2013

RG2011... Presiden KIMMA: Sharifah Zohra tidak bersama kami, sukar kawal beliau

 

LISTEN..LISTEN..LISTEN....PRESIDEN KIMMA PUN MALU NAK MENGAKU SHARIFAH ZOHRAH AHLI KIMMA WALAUPUN BUKTI JELAS YANG BELIAU SEORANG BERTARAF BEKAS TIMBALAN KETUA WANITA KIMMA KEBANGSAAN!!!!!..JENIS PEREMPUAN LIAR KATANYA!!!!!



Presiden KIMMA: Sharifah Zohra tidak bersama kami, sukar kawal beliau


KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.


"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.


Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.


Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.


"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.


"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

BILA DAH JADI LIABILITI SEMUA PAKAT MENJAUHKAN DIRI..

SEBAB ITU TIDAK BERBALOI JADI PEJUANG DALAM UMNO/BN...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment