Thursday, January 17, 2013

RG2011... Tebusan Algeria: Nasib 2 rakyat Malaysia belum diketahui

 

Mokhtar Belmokhtar behind Algerian hostage situation

Mokhtar Belmokhtar, a one-eyed war veteran with the smuggling nickname 'Mr Marlboro,' has claimed responsibility for the hostage crisis in In-Amenas, Algeria. He fights under the banner of the Signed-in-Blood Battalion.


Inline image 2
Mokhtar Belmokhtar, a one-eyed war veteran with the smuggling nickname 'Mr Marlboro,' has claimed responsibility for the hostage crisis in In-Amenas, Algeria. He fights under the banner of the Signed-in-Blood Battalion.



ALGIERS - Seramai 55 tebusan terdiri daripada 30 warga Algeria dan 25 rakyat asing dilaporkan melarikan diri selepas ditahan sebagai tebusan di kompleks gas negara itu di Amenas.

Menurut pegawai Algeria, warga asing termasuk dua rakyat Jepun dan beberapa warga Amerika Syarikat hilang tetapi belum ada maklumat lanjut mengenai nasib mereka.
Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan bilangan sebenar tebusan yang masih ditahan.

Kumpulan militan itu menyerang kompleks gas negara itu pada waktu subuh kelmarin dan menculik 41 tebusan asing termasuk warganegara United Kingdom (UK), AS, Perancis, Jepun, Ireland, Colombia, Romania, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Jerman.

Dua tebusan yang dikenalpasti dari Malaysia turut menjadi mangsa kumpulan militan itu.

Media rasmi negara itu mendakwa yang tebusan telah melarikan diri dan ditahan oleh helikopter tentera Algeria.

Menurut sebuah syarikat katering Perancis, mereka mempunyai 150 pekerja Algeria semasa serangan.

Dalam satu temu bual bersama Al-Jazeera, jurucakap militan yang menggelarkan dirinya Abu-al-Baraa berkata, "Kami hanya menuntut tentera Algeria keluar dari kawasan itu bagi mengadakan rundingan,".

Beliau juga mendakwa yang tentera Algeria mengancam tebusan yang ada dan membuat tembakan sehingga mencedera tebusan dari Jepun.

Al-Jazeera tutut menemuramah seorang tebusan dari British yang berkata, "kami menerima layanan yang baik daripada penculik tetapi pihak tentera telah menembak kem yang mempunyai 150 warga Algeria."

"Semua orang percaya yang rundingan adalah jalan terbaik sebagai tanda kekuatan, bukan dengan kehilangan banyak nyawa," ujarnya.

Seorang tebusan warga Ireland berkata, "keadaan semakin teruk, kami sudah menghubungi kedutaan negara masing-masing dan kami menyeru tentera Algeria menarik balik (tindakan)... kami bimbang tembakan berterusan bakal menjejaskan tebusan dari negara lain."

Saluran berita Perancis pula melaporkan yang kompleks gas itu telah diserang di dua tempat dalam satu masa yang sama.

Salah seorang tebusan yang tidak mahu namanya dikenali memberitahu yang mereka dipaksa memakai tali pinggang yang diikat dengan bahan letupan.

Kerajaan Britain dan Perancis berkata, Algeria sedang berusaha untuk menangani krisis.

UK juga mengambil langkah yang sama bagi menangani krisis itu.

Seorang pegawai memberitahu pemberita yang kerajaan Algeria telah melakukan rundingan dengan AS dan Perancis sama ada pasukan antarabangsa mampu membantu dalam menyelesaikan krisis itu.

Media juga melaporkan yang kerajaan sedang cuba mendapatkan bantuan lain di kalangan Tuaregs Algeria yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan militan Islam di kompleks gas terbabit.

Pemimpin militan itu juga mengaku yang kumpulannya adalah salah satu cabang al-Qaeda yang diasaskan oleh Osama bin Laden.


Hostage Crisis: '30 Algerians Escape' BP gas plant


The BP gas plant where hostages are being held by Al Qaeda in In-Amenas, Algeria. Soldiers from the Saharan state attacked a gas field where dozens of Westerners including Britons and Americans were being held. Images taken in 2007.

Hostage Crisis 30 Algerians Escape BP gas plant
01/02
Caption
File Image: The BP plant showing the Amenas natural gas field in the eastern central region of Algeria, where hostages are being held by Al Qaeda. Image given with permission from the BP Press Office.
Hostage Crisis 30 Algerians Escape BP gas plant
02/02
Caption
File Image: The BP plant showing the Amenas natural gas field in the eastern central region of Algeria, where hostages are being held by Al Qaeda. Image given with permission from the BP Press Office.

The BP gas plant where hostages are being held by Al Qaeda in In-Amenas, Algeria. Soldiers from the Saharan state attacked a gas field where dozens of Westerners including Britons and Americans were being held. Images taken in 2007.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment