Sunday, January 6, 2013

RG2011... Umrah : Ziarah Kecil Di Sekitar Masjidil Haram Dan Kisah Abu Jahal

 

The tribe has spoken. Aku mengikut suara majoriti yang mengundi di fesbuk supaya travelog Umrah dijadikan sebagai travelog opening untuk tahun 2013. Kepada yang mengundi, terima kasih banyak-banyak. Nanti lepas abis cerita ni kita undi lagi ek!

Sambungan dari episod sebelumnya.


Hari Kelima : 18 Jun 2011 (sambungan)

Selesai umrah yang pertama kami dan beberapa orang jemaah dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjidil Haram. Tempat pertama yang dibawanya oleh mutawif ialah pintu Bab As-Salam. Kalau nak tau pintu inilah yang sering digunakan oleh Rasulullah SAW setiap kali baginda memasuki Masjidil Haram, maka disebabkan itulah kita digalakkan untuk masuk melalui pintu ini.

Kedudukan pintu ini adalah berhampiran kawasan permulaan sa'ie iaitu di Bukit Safa. Aku takde gambar pintu Bab As-Salam tapi boleh rujuk blog ini  (kredit untuk pemilik blog, Tuan Haji Mohd Saad) di atas gambar dan landmark. Insya Allah info yang Tuan Haji kongsikan dapat membantu bakal jemaah yang akan ke sana.


Makngah dan anak kesayangannya Ayie
nampak benor aku ni pemalas sebab waktu aku mula menaip cerita ni Ayie masih lagi bujang trang-tang-tang,
kalau ikutkan malas aku, mungkin lepas anak dia masuk tadika baru aku sambung kot. lol :)))
Dari pintu Bab As-Salam kami dibawa untuk melihat kedudukan bekas tapak kediaman Rasulullah SAW dan kami diberitahu yang kawasan itu telah dibina sebuah perpustakaan di atasnya. Walaupun hanya dapat melihat dari kejauhan dan di tengah-tengah malam tapi sudah cukup memadai sebab kawasan ini terang-benderang dilimpahi cahaya lampu.  

Kami juga ditunjukkan dengan bekas tapak rumah Abu Jahal yang pada suatu masa dahulu cukup terkenal dengan kebenciannya terhadap Baginda. Oleh kerana kebencian yang teramat terhadap Baginda dan agama Islam akhirnya Allah SWT telah memberikan seburuk-buruk penghinaan apabila bekas tapak rumahnya kini dijadikan sebagai tandas. 


Semasa hayatnya Abu Jahal cukup terkenal sebagai seorang yang sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyakiti Nabi dan menghina agama Islam. Pernah Abu Jahal berkata jika dia melihat Rasulullah SAW bersujud di atas tanah maka dia akan memijak leher dan menekan muka Baginda ke tanah. Maka dengan kuasa Allah SWT pada suatu hari sewaktu Abu Jahal cuba menghampiri Rasulullah SAW yang sedang bersembahyang, tiba-tiba dia berundur ke belakang dengan tangannya yang kelihatan seperti sedang menahan sesuatu.

Lalu mereka bertanya kenapa dia tidak meneruskan niat jahatnya dan dia pun menjawab, "Antara aku dan Muhammad ada parit daripada api yang bersayap-sayap dan menggerunkan". Rasulullah SAW kemudian bersabda, "Sekiranya (Abu Jahal) itu mendekatiku, maka akan disentak-sentak anggota tubuhnya satu persatu". Begitulah sikap Abu Jahal, dia tidak pernah serik dan terus berusaha mencari jalan untuk menyakiti Nabi. Agak malang bagi Abu Jahal kerana disebabkan hatinya yang terlalu buta, maka dia tidak dapat melihat betapa besarnya mukjizat yang Allah SWT berikan kepada Nabi Muhammad SAW sehinggalah ke akhir hayatnya.

Aku ada terbaca di sebuah website sewaktu mencari cerita yang menarik tentang Abu Jahal. Diceritakan bahawa Abu Jahal pernah berdoa di hadapan Kaabah sebelum berlakunya Peperangan Badar. Pada waktu itu dia berdoa dan katanya, "Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah Muhammad pada pagi ini. Hapuskanlah dia, orang yang memecah-belahkan perpaduan rakyat Arab". Nampaknya walaupun dia begitu membenci agama Islam tapi dia tetap berdoa kepada Allah. Tapi apalah nasib si Abu Jahal yang hanya pandai menyebut kalimah Allah dibibir tapi tidak mengaku keesaan-Nya di hati dan dalam bentuk perbuatan. Sama jugak macam jugak kita yang pandai menyebut kalimah Allah, sembahyang tunggang-terbalik, dengar ceramah agama tiap-tiap minggu, tapi penghayatan takde. Zero! Apakah kita pun sama macam Abu Jahal? Fikirkan! #notetomyself

Akhirnya dalam peperangan tersebut Abu Jahal telah mati dibunuh dan mayatnya telah dicampak ke dalam telaga buruk bersama pengikut-pengikutnya yang gugur. Hinanya Abu Jahal ini sampaikan tidak layak baginya kubur dan batu nisan. Masya-Allah. 

raja Arab akan tinggal di bangunan yang tinggi ni bila datang ke Mekah
jemaah sedang menunggu azan subuh
Berakhirlah sudah ziarah kecil kami di sekitar Masjidil Haram. Selepas itu kami masuk semula ke dalam masjid untuk berehat sementara menunggu azan subuh. Sementara menunggu sempat jugak aku mencuri peluang melelapkan mata di atas lantai masjid sambil berbantalkan lengan. 

pemandangan Masjidil Haram selepas solat subuh
Sesudah subuh kami sekeluarga pulang ke hotel tapi sebelum tu kami singgah di kedai gunting rambut. Sepupu aku Aman agak keberatan nak botakkan kepala sebab takut diejek kawan-kawan bila masuk ke sekolah nanti. Si Ayie pulak dah selamat botakkan kepala tapi dia sorang je yang payah. Puas maknya memujuk tapi tak makan saman langsung. Aiyo, ini budak ada batu banyak besar duduk dalam kepala! Tiba-tiba entah macam mana dengan abah aku nak pulak dia mendengar kata. Kitaorang semua pelik sebab tak taulah jampi apa yang abah pakai sebab lepas tu dia terus masuk ke dalam kedai dan duduk di kerusi gunting di sebelah abah. Power jugak abah aku ni. Kahkahkah

Abahku yang dulu garang tapi dah tak garang sebab dah ada cucu...kekekeke
ente yang sibuk amik gambar ni pun nak botak ke? - kata tukang gunting rambut
Aman mengenang nasib diri sesudah dibotakkan
Kami menunggu sehingga mereka berdua selesai dan sesudah itu kami balik ke hotel. Sebelum ke bilik kami ke ruang makan sebab sarapan pagi dah siap. Aku rasa sarapan pagi tu cukup menyelerakan sebab ada nasik impit lengkap dengan kuah lontong dan sambal kacang. Walaupun baru hari kelima meninggalkan Malaysia yang tercinta tapi kerinduan terhadap masakan Melayu sering menjentik selera. Aku tak taulah dari mana tukang masak berjaya dapatkan ramuan lengkap untuk hidangan ni sebab rasanya cukup serba serbi. Memang marvelous! Mamma Mia! (baca ayat ni sambil jari buat isyarat OK di tepi mulut). Disebabkan rasa yang marvellous mamma mia inilah maka aku makan berpinggan-pinggan. Kahkahkah buruk lantak. Rezaki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mana nak jumpa makanan Malaysia kat tengah fadang fasir ni oiiii!!! 

nasi impit kuah lontong dengan sambal kacang. memang tiptop!
Bila perut dah happy so barulah boleh proceed dengan agenda seterusnya iaitu berehat a.k.a tido. Kalau semua nak tau, kat negara Arab ni dorang lebih kerap tido pada waktu siang berbanding waktu malam. Alasannya sebab cuaca pada waktu siang cuaca lebih panas daripada malam. Kiranya lepas subuh dorang akan tido sampailah masuk waktu zohor. Kalau aku salah bagi info jangan marah sebab aku cuma quote cerita dari mutawif yang duduk di sana.


bersambung....

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment