Thursday, February 21, 2013

Re: RG2011... BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!

orang bodoh mmg takkan dpt di luruskan hati dan otak mereka,pandai kita tak boleh belajar,kalau bodoh tak boleh jugak di ajar.BERI RASUAH 1 MALAYSIA.bagi 500 kebas 500 juta,itulah Bn


From: vasdamayana vasdamayana <vasda_82@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, February 20, 2013 6:11 PM
Subject: Re: RG2011... BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!

dh BN yg memerintah negara sbb tu pggil BN kerajaan..jika yg lain memerintah yg lain itu pula dipanggil kerajaan..dh sememang nya BN yg layak memerintah negara pun..kerna jk  negara diperintah yg lain..habis lah keamanan yg di rasai kini..huhuhu

From: HANZ <hanzedison@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 19 February 2013 3:57 PM
Subject: Re: RG2011... BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!
 
KERAJAAN ADALAH NEGARA, CONTOHNYA KERAJAAN MALAYSIA, KERAJAAN MALAYSIA ADALAH PERLEMBAGAAN, KEMERDEKAAN DAN INSTITUSI PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA. ITULAH BARU DINAMAKAN KERAJAAN.

BUAT PANDANGAN SEMUA ORANG, BN ADALAH PARTI PEMERINTAH. BUKAN KERAJAAN.
PARTI PEMERINTAH MEMERINTAH NEGARA ATAS PEMILIHAN. BUKAN BERMAKNA YANG MEMERINTAH ITU ADALAH KERAJAAN. 

NAMA PANGGILAN YANG PALING SESUAI ADALAH PARTI PEMERINTAH.

KES NI SAMA JE MACAM "WANG KERAJAAN" DAN "WANG EPMBAYAR CUKAI"

CUBA PIKIR DALAM2 APA MAKSUD KERAJAAN.

KITA NI DAH DIBIASAKAN MEMANGGIL BN SEBAGAI KERAJAAN
2013/2/19 khomaron azhar <azhar.a@soem.sharp-world.com>
 
 
Saya berterima kasih kepada BN kerana memang perihatin akan kesusahan takyat jelata, walaupun saya tidak
layak menerima. Kerajaan BN tak perlu bangga dengan pemberian ini kerana menjaga kepentingan rakyat
adalah tangungjawab pemerintah. Walaupun pemberian ini memakan belanja yang besar, ia bukan bermakna
wang ini milik kerajaan BN. Kita perlu ingat rezeki adalah RAHMAT ALLAH. Kerajaan BN hanyalah menjalankan
tanggungjawab untuk mengagihkan sahaja kepada rakyat. Jadi tanpa RAHMAT ALLAH sudah tentu BR1M ini
tidak akan menjadi kenyataan. Jadi Kerajaan BN tak usah terlalu bangga dengan pemberian ini.
 
Thanks and Regards
 
###########(                    )###########
Khomaron Azhar Abdul Manaf
08000 Sungai Petani
Kedah.
###########(                    )##########
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shredder virtuoso
Sent: Monday, 18 February, 2013 12:29 PM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: RG2011... BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!
 
 

BR1M, Antara Dosa Dan Haram!!!!!

IMG-20130217-WA001
Ketika ini, ramai di kalangan rakyat yang sedang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas inisiatif yang diambil kerana merasai denyut nadi rakyat. Ada yang tersenyum kerana telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan tidak kurang mereka yang belum menerima sumbangan tersebut sedang menanti dengan penuh kesabaran.
Di dalam kesibukan itu, ada juga di kalangan pimpinan pembangkang di kawasan dan tidak ketinggalan juga penyokong dan pengikut mereka yang sedang memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengambil sumbangan tanpa perlu berhadapan dengan orang ramai.
Ini kerana dari satu sudut, mereka merasakan menjadi satu kerugian sekiranya melepaskan peluang ini manakala dari sudut lain, merasa malu dengan diri sendiri dan kelakuan mereka ekoran tindakan dan kata-kata yang pernah dilemparkan terhadap pimpinan dan kerajaan (Barisan Nasional) BN sebelum ini.
Sebagai contoh semalam bertempat di Dewan Parit Raja, Yang Dipertua Pas Kawasan Sri Gading, Hashim Jusoh adalah antara penerima BR1M yang hadir menerima bantuan tersebut yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.
Penulis tidak ingin mempersoalkan hak beliau sebagai rakyat untuk menerima bantuan dari kerajaan itu. Ini kerana, penulis sedar mereka-mereka ini sebenarnya telah terpengaruh dengan dakyah dan ideologi diajarkan oleh pimpinan pembangkang.
Antara yang sering dimomokkan ialah, pemberian tersebut bukan merupakan duit BN tetapi merupakan wang rakyat sebagai pembayar cukai. Namun yang menjadi persoalan ialah, mereka-mereka inilah yang sebelum ini sering melaungkan, kononnya kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kepentingan rakyat.
Kononnya kerajaan pimpinan Umno ini sering menindas dan melakukan pelbagai penyelewengan, sehinggakan ada segelintir di kalangan mereka yang bersikap melampau sehingga sanggup mengatakan ia adalah dari sumber yang haram dan sebagainya.
Namun bila mana, kerajaan yang pernah dan sering di caci hamun ini memberikan bantuan dan sumbangan, merekalah antara yang akan hadir dan sanggup menebalkan muka sekaligus menelan kembali semua kata-kata yang pernah diungkap dahulu.
Sedangkan sekiranya benar tuduhan mereka yang mengatakan kerajaan zalim, mana mungkin kerajaan BN/Umno boleh menjadi begitu prihatin dan pemurah semata-mata untuk membantu mengurangkan beban rakyat.
Mana mungkin kerajaan yang melakukan penyelewengan, tidak cekap mengurus tadbir perbendaharaan dan kewangan negara, mampu menyalurkan bantuan yang besar kepada rakyat. Ini kerana secara rasionalnya, kegagalan kerajaan dalam mentadbir akan menyebabkan ekonomi jatuh merudum sekaligus menjejaskan kewangan negara.
Dengan itu, sudah pasti kerajaan tidak akan mampu mempunyai lebihan wang yang dapat diagihkan kepada rakyat dan masyarat yang memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut melibatkan peruntukan yang besar iaitu kira-kira RM2.6 billion setahun, itu belum lagi di ambil kira bantuan-bantuan lain.
Dan yang paling sekiranya, bantuan yang diberikan itu haram mengapa mereka-mereka ini sanggup pula menunggu dan beratur panjang untuk mengambil bantuan tersebut. Bukankah memakan rezeki yang haram itu merupakan satu dosa? Sedangkan sebagai pemimpin parti Islam di kawasan, bukankah mereka-mereka ini sering mendakwa 'lebih Islam' dari orang lain dan arif tentang masalah hukum 'Haram dan Dosa' di dalam agama?
Kesimpulannya apa yang di harapkan mereka-mereka ini akan sedar dan mampu menilai apa yang pernah dilakukan sebelum ini adalah merupakan kesilapan kerana terpedaya dengan permainan politik mereka yang kemaruk hendak menjadi perdana menteri. Ini kerana pimpinan pakatan pembangkang hanya mampu memberikan janji 'bulan dan bintang' tetapi tidak akan melaksanakan. Lihat sahaja kerajaan pimpinan mereka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Apa yang telah mereka berikan kepada rakyat? Apakah semua janji yang pernah dikatakan semasa membentang manifesto pilihanraya itu telah terlaksana? Atau ia hanya sekadar janji yang bukan untuk ditepati.
Berbanding kerajaan BN/Umno yang melaksanakan semua janji sesuai dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'.
Tepuk dada, tanyalah iman

-- HIDUP NI MEMANG BANYAK MASALAH KALO TAK DE MASALAH ITU MASALAH NAMANYA *THE VOICE THAT PIERCES DEEP INTO MY CHEST IS LIKE A CRY OF JOY THAT NEVER STOPS RINGING*


No comments:

Post a Comment