Thursday, February 21, 2013

Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan

 

ramai ke golongan keluarga berpendapatan bwh RM3k....ramai org berumur yg dah pencen kot

2013/2/21 Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
 

golongan pertengahan tak ramai....yg ramai golongan bwhan...itu yg nk dipancing undi...lgpun golongan itu, kebanyakan cpt berpuas hati dgn duit ringgit yg tak seberapa...mrk xfikir pjg terus fikir undi bn untung....di banding gol.pertengahan yg lbh pro n kontra dlm hal ni...ramai yg dijangka kalu diberi brim pun xkn menyokong bn...itu percaturan dan bacaan bn hasil kaji selidik dorg....kita mmg nmpk gol. pertengahan tersepit dlm kemudahan dan bantuan..dah tu income tax lg kena bayar. gaji pulak bukannya byk mana sgt.dibanding gol.bawahan yg dpt pelbagai insentif..spt rumah kos rendah dan pelbagai bantuan itu ini...
kita harap kerajaan akan dtg memikirkan juga nasib gol pertengahan..terutama kos harga rumah yg naik melampau...


From: bluehyppo <pentium9530@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, February 20, 2013 4:42 PM
Subject: Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan

 
Saya bersetuju dengan En Syahran. BR1M, BL1M dan pelbagai bantuan lain hanya utk sebilangan golongan. Bagi golongan pertengahan yg bekerja di sektor swasta, kami hanya mendengar saja dan menanggung kesan kenaikan elaun dan bonus penjawat awam, bantuan BR1M dan sebagainya yang mana kesemua ini adalah antara penyumbang kepada kenaikan harga barang.
 
Golongan pertengahan membayar income tax tetapi tidak layak mendapat bantuan itu ini. Bahkan bagi golongan pertengahan sektor swasta terpaksa pula menanggung beban kenaikan harga barang. Dengan tiada bonus,kenaikan elaun malah tidak layak pula mendapat bantuan BR1M dari kerajaan. Saya merasakan situasi ini sangat tidak adil. Kami menyumbang kepada pendapatan negara dan akhirnya kami jugalah yg menanggung bebannya sedangkan yg tidak membayar income tax berhak pula mendapat pelbagai bantuan dan insentif.

From: Newsforwarder®™ <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 19 February 2013 10:00 PM
Subject: RE: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan
 
Ini mrk bagi sbb pembangkang kuat, waktu pembangkang lemah dan bn pegang majority 2/3 dulu, ada pernah sekalipun bagi benda2 brim nih? Takde..
 
Utk memastikan anda mendapat brim dan lain2 kemudahan lagi, jadikan pembangkang kuat juga di pru akan datang, tanak bagi menang pon xpa, janji kuat atau balance dgn bn, baru rakyat ada can dapat kemudahan spt brim, kalo kasi bn menang kaw2, itu silap besar, kerna bn akan kaut balik segala brim dan broom yg telah diberi selama ini, silap2 minyak pun naik...haha, meloponglah rakyat.Usah percaya sangat janji politcian, tak kiralah pembangkang atau krjn, yg penting rakyat musti bijak.
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of khomaron azhar
Sent: Friday, February 15, 2013 4:20 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan
 
 
 
Apa yang saya dapat agak, kerajaan BN sekarang ni terdesak utk mempertahankan kerajaan. Dah
46 tahun memerintah, baru tahun lepas dan tahun ni je baru bagi berbagai BR1M. Mengapa sekarang
baru bagi. Inikah yang dikatakan keperihatinan, berkebajikannya kerajaan BN sekarang?
Rakyat baru dapat RM500, RM200, RM100, Tetapi Bapak menteri anak-beranak kumpul harta
berbilion. Awat sekarang cek baru ingat rakyat??? Apabila rakyat dok pakat nak tolak
baru ingat rakyat.
 
Thanks and Regards
 
###########(                    )###########
Khomaron Azhar Abdul Manaf
08000 Sungai Petani
Kedah.
###########(                    )##########
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of anis1222@yahoo.com
Sent: Friday, 15 February, 2013 3:06 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan
 
 
Sy sokong shahran sbb sy pun tak layak brim
Sy nak minyak turun. Harga mknn turun, minyak turun. Harga kete turun
BR1M dpt setahun sekali mereka yg terpilih jer tp kalau harga minyak turun semua org dpt hari2
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Date: Thu, 14 Feb 2013 07:24:31 +0000
Subject: RE: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan
 
 
Aku tak layak jadi aku tolak kerajaan sekarang..
Aku sokong yg boleh bagi harga minyak turun, belajar percuma, harga kete turun dan bla, bla, bla…
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of lah68 ripen
Sent: Thursday, February 14, 2013 9:05 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan
 
 
BR1M diteruskan.. dan semakin banyak laman web yang pro PAKATAN tidak dapat dilayari...heheheee....nasib baik ada google ip boleh juga dirobohkan bentang yang dibuat oleh tmnet...

--- On Wed, 13/2/13, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:
 

PM jamin BR1M diteruskan

 
Description: Image removed by sender.
Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor disambut oleh ribuan pengunjung setibanya pada majlis sambutan Tahun Baharu CIna Peringkat Negeri Johor di pasar raya Econsave, Senai, Kulaijaya, semalam. - utusan/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan, malah akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4 dan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.
Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana seperti 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti dahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.
"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2. Saya yakin, berdasarkan apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, 'the best is yet to come' (yang terbaik bakal menyusul).
"Tidak kira tahun ular atau tahun naga atau tahun apa sekali pun, berkat kerjasama, perpaduan dan sokongan rakyat yang semakin jitu dan padu kepada Barisan Nasional (BN), kita akan menempa lima tahun yang lebih berjaya," katanya ketika berucap dalam sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang di pekarangan pasar raya Econsave Senai dekat sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Kulai, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Terdahulu pada sebelah pagi, Najib mempengerusikan mesyuarat tertutup UMNO dan BN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan kadar pertumbuhan negara adalah paling tinggi dalam masa 10 tahun manakala pendapatan perkapita rakyat meningkat daripada RM18,590 pada 2009 kepada RM27,890 pada akhir 2011.
"Ini bukan janji tetapi program transformasi yang sedang berjalan dengan rancak yang akan memberi faedah kepada rakyat jelata. Kalau kita hendak agenda transformasi ini dilaksanakan sepenuhnya, bergantung juga kepada mandat politik yang diterima daripada rakyat dalam masa tidak beberapa lama lagi.
"Kalau kita dapat tubuh kerajaan yang kuat maka kita akan menjurus kepada masa depan yang cukup hebat lagi cemerlang.
"Saya yakin pasaran akan melonjak lebih tinggi dan keyakinan akan terus memuncak dan kita semua mendapat faedah jika membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya nanti," katanya.
Tambah Najib, tuntutan perubahan yang disuarakan rakyat telah disahut oleh kerajaan melalui proses transformasi yang terancang dan sistematik serta terbukti membawa kepada keberhasilan yang lebih terjamin.





--
Sila berkunjung ke...
http://serianggunkiosk.blogspot.com/ pelbagai produk penjagaan diri

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic ()
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment