Friday, February 8, 2013

RG2011... Awesome Korea Part 2 : Nami Island

 

Selepas lunch, kami bergerak ke Nami Island, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Seoul dgn menaiki bas. Jaraknya tak lah jauh sangat dlm 70 km jer. Kalau yg pergi sendiri, ada subway dan bas ke kawasan jeti utk ke Nami Island ...google sendiri lah ye..


Sampai kat tempat parking, punyalah banyak bas...mak aiiiii...Banyak rombongan Korean ke Nami Island. Di tepi jeti tu ternampak beberapa batang pokok bunga pink cherry yg sedang berkembang (cherry blossoms) .. gembira rasa hati sebab menurut tourist guide kami, cherry blossoms dah habis dah di kebanyakan tempat. Kalau di Jepun, bunga ni dipanggil sakura...


Gerbang ke jeti utk naik feri ke Nami Island

Yang warna biru tu kaunter tiket ke Nami Island. Tiket berharga  w 8 000 iaitu utk round-trip ferry

Pink Cherry blossoms....

Ramainya orang beratur nak naik feri




Nampak tak bendera Msia ?

Nami island, view dari atas feri




Di gerbang pintu masuk ke Nami Island



Di Nami island, I tercari cari lokasi shooting Winter Sonata...rasa macam tak percaya pun ada dah sampai ke Nami Island sebab baru aje bulan lepas nonton vcd winter sonata ni..Cuma masa I sampai ni bukanlah winter time tapi spring time..





Papan tanda "Selamat Datang di Pulau Nami", disertakan bendera 3 negara serumpun Msia, Indon dan Spore. Nampak sangat ramai pelancong dari 3 negara ni ke Nami Island..

Sedikit info pasal Nami Island ni. Asalnya ia hanyalah daratan yg mengunjur je tengah tasik Cheongpyeong. Sekali sekala bila paras air tasik meningkat, ia akan menenggelamkan sebahagian daratan tu dan membentuk seolah olah sebuah pulau. Namun begitu apabila empangan Cheongpyeong dibina, pulau itu terus kekal wujud. Dan pulau tu dinamakan Nami Island sempena nama seorang general dalam sejarah Korea yg berani tetapi mati pada usia 26 tahun.


Poster Nami Island dalam 4 musim yang berbeza dipaparkan di satu sudut..

Pohon pine dipandang dari bawah..

Ala ala...hero heroin Winter Sonata ??? Hahaha...tolong jgn muntah !

Musolla ...tempat bersolat




Yang bestnya kat Nami island ni ada disediakan bilik utk bersolat dan juga ada restoran yg jual halal food. Masa banyak dihabiskan dgn berjalan jalan sambil berposing....I pulak pantang tengok pokok maple yg daunnya berwarna merah...mesti nak bergambar. Jakunsss sebab kat Msia manalah ada daun maple kannn lagi pulak yg warna merah..heee..



Rasanya ahjumma ni menjual kentang rebus...

Di depan souvenirs shop


Lagi satu, I decided nak berjalan kaki jer sejauh yg mungkin... tak nak sewa basikal. Tempat yg paling I suka tentulah di metasequoia iaitu lorong yg kiri kanan nya dibarisi pokok pine yg sungguh cantikkkks, dan sampai ke tasik..Kalau time winter atau autumn mesti lagi cantik tuuu...


Inilah metasequioa lane...di mana barisan pokok pine yg cantik menghiasi kiri kanan lorong ni. Di sebelah kanan tu terletaknya patung hero-heroin Winter Sonata, manakala dibelah kiri, ialah poster besar hero-neroin tersebut






Di belakang I tu, org tengah bergambar ngan patung hero-heroin Winter Sonata





Hero-heroin Winter Sonata. Teledrama ni yg popularkan Nami Island..Kalau orang yg tengok siri ni, sure excited la bergambar di sini, kalau yg tak tengok tu, mungkin boring kot...

Ahaksss...lagi satu  our-winter-sonata. Hahaha...Tolong jgn muntah !
Cantiknyaaa metasequioa lane...bestnya kalau dapat bergambar kat sini pada 4 musim yg berbeza...





Papan tanda pokok ni ialah Orient Cherry... hentam jer lah pink cherry blossoms..



Di sini shooting utk babak dlm gambar tu.
Hubby tengah meletakkan kamera utk  autosnap... sebab  tripod stand tertinggal dalam bas...


Di belakang tu adalah tasik..

Sempat berposing dgn ahjumma ni....


Ni tempat shooting jugak...utk part firt kiss Winter Sonata


Anak Korea ni, parents dia berdiri depan I dalam feri  masa on the way balik...
.tetiba lepas tu , dia menjerit nangis..huwaaaa


Daun berwarna merah...





Maple berdaun hijau kuning


Maple berdaun merah...



Sambung lagi: Part 3 Gapyeong Sorak

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment