Sunday, February 10, 2013

RG2011... Awesome Korea Part 5: Amethyst, Ginseng dan Gyeokbokgung Palace

 

Hari ke 3 di Korea. Mula mula, kami dibawa ke kilang Amethyst iaitu batu berwarna ungu... cantik.


Nilah batu amethyst...warnanya ungu.

Cehhhh... kawan I sedang mengacu gelang

Kawan I, Huda sedang memilih cincin yang berkenan..



Kilang dan kedai menjual amethyst..

Kemudian kami dibawa ke kedai kosmetik. Orang Korea ni kan beauty concious...Tapi I sempat gak rembat satu oxygen cleanser, bila sapu cleanser tu kat muka, terus berbuih buih macam gas ... kiranya gas oxygen menyerap masuk ke dalam muka lah !






Tengok org korea ni nak berbasikal, habis tutup semua kecuali kat muka. Nak elak UV ray la tu...

Akhir sekali ke kedai ginseng. Korea memang terkenal dgn ginseng. Ia sejenis tumbuhan yg hidup di kawasan pergunungan yg sejuk. Ginseng yg paling elok ialah yg berumur 6 tahun.



Tu ginseng...

Ni himpunan ginseng yg dah umur 6 tahun..

Selepas habis tu kami lunch di kedai halal India cuisine dan bersolat di Itaewon mosque.


Destinasi selepas lunch ialah Gyeokbokgung Palace. It was the main palace during Joseon Dynasty (1392-1910). It is the most comprehensive and grandest of the five palaces of the Joseon Dynasty. It has 500 years history.

Memula kami masuk ke dalam museum dulu...memacam lah Julie tunjukkan kat kami. Kami layan jer..

Tengah panas terik nih !




Patung mewakili 12 binatang dalam kalendar...I ngan Anfaal ni..lahir tahun tikus, tu yg bergambar kat tikus nih !
Selepas keluar dari museum, kami terus menapak ke kawasan istana..


Julie our tour guide tengah menjelaskan keseluruhan kawasan istana




Bangunan belakang tu adalah banquet hall...

Istana utama...

Ni macam balairong seri lah ... tempat rakyat datang mengadap !




Tu adalah pintu gerbang utk masuk ke kawasan istana..


Upacara pertukaran pengawal..













Suka gambar nih...



Di sini location siri drama Jewel in The Palace..


















Dengan geng kaki jalan, Kak Hanita..

Cewahhh....Maharaja sedang melihat rakyat jelata...hahaha..


Kat luar kawasan istana, masa menunggu bas sampai, I leka perhatikan sorang ahjumma ni menjual makanan ni.



Ni kuih yang dijual oleh ahjumma tu...

Ahjumma ni letakkan gula merah ke dalam acuan yg dibakar kat atas dapur kecil. Bila dah cair, nampak dia taburkan tepung ke dalam acuan tu. Bila dah nampak keras, dia letakkan kat atas dulang dan tekan ngan bentuk bintang dan letak batang aiskrim




Patung Maharaja Joseon...di dataran . Maharaja ni terkenal sebab beliau lah yg
memperkenalkan tulisan dan bahasa korea yg banyak bulat bulat dan kotak kotak tu...

Selepas menapak hampir 5 km kot, kami pun keluar dari kawasan istana. Destinasi seterusnya ialah shopping di Namdaemun market. Itu, I sambung lain kali ye...

Part 6: Dongdaemun and Namdaemun market

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment