Sunday, February 10, 2013

RG2011... Awesome Korea Part 7- Namdaemun Market..

 

Dari Namsan Tower tu weols terus ke Namdaemun Market.Apa yang ada kat sini agaknya?? Kalau yang tak tahu kat sini la tempat borong barang barang seperti Kerongsang, Jaket, Tshirt, Aksesori wanita, banyak la yang nak sebut sebenarnya..Harga kat sini sangat la berpatutan, tapi kena lah pandai tawar menawar.


Apalah yang di bual kan tu Cik-Anne, sebenarnya auntie nie pun pelancong gak..dia tanya kat mane tempat makan yang sedap.Silap orang la dia tanya, Cik-Anne pun orang yang bawa kan.Sorry ye auntie..


Macam-macam ada..

Apakah?? sape yang tahu..

 Perut pun dah berkeroncong.Maklumlah dari pagi weols hanya makan roti jer, pastu pulak terus ke Namsan Tower,waktu kat sane tak pulak rasa lapar, dah sampai sini perut menyanyi-nyayi pulak.Oklah jom kita terjah. apa yang ada kat dalam..dengar kat sini yang glamor Mi sejuk....Tapi bila tenguk macam tak berapa nak lalu pulak.Akhirnya nasi gak jadi pilihan hati ku..hahaha

Nasi puteh dengan sayur kubis..lauk-lauk sampingan ada gak..

Yang kiri tu namanya Odeng-fish cake, Mu-white red dish, yang bawah tu kimchi..(mesti ada)..

 Jemput makan..tangan dah gigil tu sebenarnya..Laparrr

 Apakah??? Kimchi kot..


Aduhh cantik-cantik pulak jaket bulu tu..tenguk je tak beli pun..


Waaa!!!! Hubby masuk gak kedai nie, tapi yang jual tu sombong tahap gaban..jawapnya...byeee-byeee

Sape suka??? Agak-agak tergoda tak..Bila masuk je sini, kaki Cik-Anne macam  tak boleh nak jalan pulak..Mana tak nya tenguk sini berhenti, tenguk sane berhenti , so bila la nak sampai kat kedai anjuma yang glamor tu.Kedai yang weols nak pi nie memang dah terkenal di kalangan kita.Kira dah glamor la..

Berpinar-pinar biji mata ni nak pilih.Kerongsang boleh bagi kat mak melaka ngan mak perak.Gelang dengan rantai untuk kakak dengan anak saudara Cik-Anne.Mesti diaorang suka kan..


Ini lah ghupanya anjuma yang glamor tu, sangat familiar, sangat peramah dan sangat baik.Mana tak nya dia sanggup tunjukkan Cik-Anne kat mane toilet.Dia tinggalkan kedai dia macam tu jer, boleh pulak dia minta Hubby yang tolong jaga.Uols boleh minta diskaun separuh harga tau.Kalau beli banyak la.


Souvenir kat sini macam-macam ada, banyak sangat pilihan.





Barang antik pun ada..

Tenguk tu!! tak habis-habis lagi memilih, sebenarnya kedai tu dah nak tutup, tapi Cik-Anne buat tak tahu jer.Bila lagi nak belikan, esok dah nak balik..


Sotong bakar..nampak macam sedap jer kan!! 

Hari pun dah malam, so weols singgah makan dulu di Yooganei dekat Myeongdong.Student malaysia selalu makan kat sini rupanya.

Weols order nasi goreng sotong.Kalau nak tahu, nasi goreng nie di masak depan kita.Seronok pulak tenguk awek tu goreng, sopan jer..hihihi

Jemput makan semua..Hari nie last dah weols kat seoul, Weols sangat-sangat la happy walaupun seminggu je kat sini.Inshaallah kalau ada rezeki nak pi lagi..hik3



Habis sudah entry Korea yang dah lame tersadai nie.Terima Kasih banyak-banyak pada yang sudi baca, komen dan tak jemu mengikuti setiap entry dari mula hingga akhir.Sayang uols sangat-sangat..Mohon maaf jika ada entry Cik-Anne yang menyakiti kalian.Pasni entry Melbourne & Sydney menyusul okes..





-Tamat-

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

1 comment:

  1. kak, tumpang tanya. kat mane kedai ahjuma tu? dan kedai yang akak pergi makan?hihihi

    ReplyDelete