Thursday, February 14, 2013

RG2011... Bahaya Calcium Tanpa Vitamin D

 

Salam alaik,

Sekarang ni ada macam-macam iklan yang mempengaruhi kita untuk membeli SUSU TINGGI CALCIUM dan UBAT SUPPLEMENT CALCIUM. Kononnya Calcium dari produk mereka akan mencukupkan keperluan kita untuk tulang yang lebih kuat, mengganti Calcium yang hilang dari aktiviti harian serta mengelak dari penyakit osteoporosis.

Tapi takda pulak mereka beritahu bahawa TANPA VITAMIN D, maka Calcium Sintetik tidak dapat diproses oleh badan dengan baik. Pada masa yang sama WALAUPUN CUKUP VITAMIN D, calcium SINTETIK masih tidak dapat diproses sepenuhnya oleh badan dan boleh menyebabkan kecelaruan keseimbangan hormon dalam badan manusia. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis di Sweden terhadap 61,000 wanita, sesiapa yang ambil Calcium secara tidak natural, iaitu dari SUSU YANG DIPERKAYAKAN DENGAN CALCIUM SINTETIK dan SUPPLEMENT, meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

33 % ( seramai 20,000 orang ) peserta kajian selama 19 tahun itu mati akibat serangan jantung kerana pengambilan Calcium sintetik melebihi dari 1,400mg sehari. Manakala yang mengambil kurang dari 600mg juga mempunyai risiko tinggi. 

Bagi yang mengambil Calcium sebanyak 600mg hingga 1,000mg setiap hari berada ditahap selamat, yakni lebih panjang umur. Pada masa yang sama, pengambilan Calcium mereka adalah secara NATURAL ( tabii ) dari makanan tinggi Calcium seperti ALMOND, IKAN SARDIN, KERANG, KEJU, SAYURAN HIJAU, TAUHU, BIJAN, SUSU MASAM dan KEKACANG.

Pada masa yang sama, mereka juga cukup pengambilan VITAMIN D dari makanan yang kaya dengannya secara natural yakni dari IKAN, TELUR IKAN, TAUHU, TELUR AYAM dan CENDAWAN BUTANG. Matahari juga penting untuk badan menjana Vitamin D dengan sendiri.


Kesimpulan :

1. Tambahkan ilmu supaya tidak kena bohong dengan Industri Farmasi dan Industri Makanan diproses.
2. Vitamin D dan Calcium adalah sahabat yang tidak boleh dipisah, jika ingin panjang umur.
3. Pengambilan Calcium dan Vitamin D perlu secara natural sahaja, yakni dari makanan harian.

Nabi dah berpesan kepada kita, supaya kita ambil tahu apa yang masuk ke dalam mulut kita kerana PERUT adalah ibut segala penyakit.

Untuk Muslim, Halal sudah cukup. Tapi untuk Mukmin pula, Halal sahaja tidak cukup. Halal perlu serangkai dengan Baik, Bersih dan Menyihatkan. Dengan ini lebih sihat untuk menunaikan tanggungjawab kepada diri, keluarga, jiran,  masyarakat dan agama.

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment