Thursday, February 21, 2013

RG2011... CARA ISTIKHARAH

 

Istikharah?

by QUE ACHMAD 
posted in QUE BICARA SOAL ILMIAH

Selagi belum lafaz akad , selagi itu akan ada jarak di antara kita...♥


Salam

Ramai yang tak tahu apa itu 'istikharah'. Ada jugak yang pernah tanya Abe berkaitan dengan hal ni. Abe terlalu jauh kalu nak bercakap soal ni, Ilmu Abe terlalu cetek sangat3x lagi... Bila ada orang tanya, Abe akan simpan soklan tu dan tanyakan ke orang yang selayaknya jawab... Hasilnya, ni perkongsian Abe jawapan daripada pertanyaan Abe pada sorang Ustaz... Untuk renungan kita bersama, insyaAllah...

"Ustaz, saya mahukan seorang gadis. Saya nak pinang dia. Saya dah buat istikharah. Tapi, saya ragu-ragu lagi. Sebab saya sukakan dia kerana rupa paras dia. Itu ukurannya. Apakah tanda-tanda selepas istikharah itu?" Tanya seorang Sahabat Abe.

"Istikharah tidak datang hanya semata-mata melalui mimpi. Ia boleh datang dengan rasa berat ke arah itu, ilham, dipermudahkan urusan dll. Soal menerima pasangan hidup dengan perasaan ragu-ragu itu berbahaya, ia bisa mengoncang rumahtangga kelak. Nak kahwin mesti yakin, yakin dengan siapa anda mahu berkahwin!"

"Saya buat Istikharah, samaada mahu pilih A atau B. Tapi tiba-tiba muncul pula C. Saya takut!"

"Sebab itu jangan fokuskan pilihan itu kepada A atau B. Tetapi fokuskan, yang mana mampu berikan kebaikan dunia akhirat. Manalah tau tiba-tiba muncul J, K, X, Y, Z, tak ke haru-biru?"

Kesilapan seorang lelaki dan seorang perempuan dalam berdoa, mengharapkan diberi jodoh dengan menyebut nama si fulan. Misalnya:

"Ya Allah, kau jadikanlah Rogayah Bte Selamat itu sebagai isteriku."

atau:

"Ya Allah, kau berikanlah insan bernama Bedul bin Jusoh sebagai suamiku kelak."

Sepatutnya kena berdoa:

"Ya Allah, kurniakanlah aku isteri/suami yang soleh/solehah sebagai penyejuk dimata, penenang dihati."....♥ 

 

~~ selamat mencuba dan beramal~~

                           



 ... Jasmin ...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment