Thursday, February 7, 2013

RG2011... Fw: Datuk Yahya Sulong meninggal dunia

 



 
 
Datuk Yahya Sulong meninggal dunia
 
 

7 FebPelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 6.45 petang semalam dan isterinya, Datin Alisah Ali kesal tidak berada di sisinya kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak Yahya dimasukkan ke hospital pada 11 Januari lalu.

"Selama dia berada di HKL, saya tak sempat melawat kerana saya juga sakit dan terlalu uzur. Apabila diberitahu dia meninggal dunia, saya benar-benar terkejut," ujarnya seperti dipetik dari mStar.

Alisah yang mengidap kanser paru-paru tahap empat akui disebabkan penyakitnya itu, dia jarang menghabiskan masa bersama Allahyarham kerana terpaksa mendapat rawatan hospital.

Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana dan mempunyai pendapatan terhad iaitu RM400 sebulan hasil bantuan daripada pihak Baitulmal.

Alisah, 64, turut bimbang kerana dia merasakan tiada tempat bergantung dan memikirkan siapa yang akan menjaganya jika ditimpa masalah satu hari nanti.

Yahya dan Alisah tidak dikurniakan anak, sebaliknya Yahya mempunyai 11 orang anak dan enam orang cucu hasil tiga perkahwinan terdahulu.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Yahya.

Pada Ogos tahun lepas, Yahya telah koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia ketika berusia 85 tahun akibat menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan berdekatan kubur salah seorang isterinya di Teluk Intan, Perak hari ini.

Allahyarham sebelum ini pernah membintangi filem dan drama seperti "Abu Nawas", "Gila-Gila" dan "Prebet Lapok".

comments

  • takziah..kite yg masih hidup ni teruskan....
  • Huzri  • 
    Al fatihah....takziah...apalah nasib terabai sunguh...sedih
  • JD  •  
    Kesian sudah jadi Datuk tapi naik pengangkutan awam masuk hospital kerajaan apa value kalau dapat gelaran Datuk tapi dapat rm400 sebulan
  • Hani  • 
    Al-fatihah.....Takziah Buat Keluarga
  • Zu Zuby  • 
    kesian nasib seorang bapa, anak ramai tak boleh jaga bapa sorang, tapi seorang bapa boleh menjaga dan memberi nafkath 11 orang anak. Al fatihah buat Dato. Semoga bahgia dialam barzah. DAtin kena reda dan banyak2 bersabar.
  • Noor Ain  • 
    Al-fatihah...Takziah buat keluarga...semoga ditempatkan dikalangan org3 beriman..amin..hilang lg permata seni negara...
  • Faizal  • 
    RM400 untuk seorang Datuk. Gelaran itu tak memberikannya apa-apa. Semuga diampuni segala dosanya dan ditempatkan rohnya bersama para Solihin. Amin
  • Aziz  •  
    Alfatihah
  • mliey  •  
    Alfatihah....Takziah...Tp DATUK pun dapat Baitulmal..RM400 je ?
  • Jebat Melinium  • 
    Al-fatihah...Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.
  • hameed  •  
    al fatihah..beliau pernah membuat kami sekeluarga ketawa waktu kami susah dulu
  • MOHD FAUZI  •  
    Al-Fatihah, semoga roh almarhum berada bersama para solihin.
  • Johan  •  
    Hilangnya 1 lagi veteran. AL-FATIHAH
  • Math  •  
    mana anak2 dia? mana semuanya????
    tergamak tinggalkan bapak di usia tua?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment