Thursday, February 14, 2013

RG2011... Fw: Mahasiswa Dibelasah Di Parlimen Pekan

 



 

Mahasiswa Dibelasah Samseng Di Parlimen Pekan


Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara

"Saya syaki kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN," kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir dalam satu kenyataan

Katanya, politik samseng membayangkan Umno BN kian terdesak dalam menyambung hayat sebagai kerajaan di Malaysia

Beliau berkata, jika dengan mahasiswa pun Umno BN terdesak menggunakan samseng, ini memberi gambaran pentas demokrasi Malaysia kian parah

Katanya, kumpulan mahasiswa yang turun bertemu rakyat dengan membawa idea dan agenda dibalas dengan dibelasah adalah politik tidak sihat

Seharusnya, kata beliau politik hujah dibalas hujah, ini bukan ketikanya lawan tumbuk dan berkelahi


Justeru, ujar beliau sepatutnya tempat Perdana Menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen, namun sebaliknya yang berlaku

Menurutnya lagi, hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat

"Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang," ujarnya

Sebelum ini, kata beliau kerajaan pimpinan Najib mengumumkan mahasiswa boleh berpatisipasi dalam politik sehingga dibenarkan untuk bertanding tetapi hari ini kenapa terpaksa menggunakan samseng untuk berhadapan dengan mahasiswa

Beliau kira Parlimen Pekan bukan lagi kawasan selamat untuk Najib memenangi pilihanraya sehingga terdesak menggunakan politik kotor untuk berhadapan mahasiswa

"Saya harap arena politik negara perlu dilatari dengan politik matang

"Oleh itu, saya menjemput DS Najib untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang

"Maaf Datuk Seri, kami tolak politik samseng!" katanya. -HD

Aktivis Mahasiswa Dakwa Dibelasah Samseng Umno Di Pekan, Pahang
 
SHAH ALAM 12 FEB: Seorang aktivis mahasiswa Ekhsan Bukhari Badarul Hisham mendakwa dipukul oleh empat lelaki yang mengakui mereka anggota Umno semasa berkempen di Pekan, Pahang.

"Saya ditarik keluar daripada kereta oleh samseng yang mengaku ahli Umno lalu menjatuhkan saya dan (saya) dibelasah di atas tanah," kata Ekhsan Bukhari ketika menceritakan kejadian yang berlaku pagi ini di Kampung Datuk Keramat.

Pada masa kejadian, Ekhsan Bukhari dan beberapa rakan sedang mengedarkan risalah "Harapan Mahasiswa Untuk Malaysia" di kampung tersebut yang terletak di dalam kawasan DUN Pulau Manis.

Ekhsan Bukhari mendakwa kereta yang dinaikinya tiba-tiba ditahan di tengah jalan oleh sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki oleh tiga orang lelaki.

Lelaki tersebut meminta pemandu kereta Ekhsan Bukhari supaya berhenti di tepi jalan.

"Mereka rampas kunci kereta kami dan meminta kad pengenalan untuk diambil gambar.

"Selepas dimaki hamun dan diugut oleh mereka, datang seorang lagi samseng yang menaiki motosikal.

"Lelaki tersebut menarik saya keluar dari dalam kereta dan menjatuhkan saya," katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Ehsan Bukhari mendakwa ke-empat-empat lelaki itu kemudian bertindak memukulnya.

Katanya, beliau cedera di beberapa bahagian badan termasuk siku berdarah, bahagian leher baju yang koyak serta kereta yang dinaikinya kemek di bahagian tepi.

Semasa berita ini ditulis, Ekhsan Bukhari di dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengumumkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan aktivis berkenaan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengedarkan risalah kepada setiap rumah di kawasan Parlimen tersebut.
-selangorku

comments:

Anonymous said...

kepada mahasiswa/siswi lihat dan berfikir lah secara intelek..kalau begini lah cara nya bagaimana kita hendak negara kita di pimpin secara berhemah...nak muda mencuba menceburi politik sihat di balas dgn kesamsengan..moh kita bertekad semua mahasiswa/siswi jatuhkan BN dan pimpinan korup, bersihkan politik malaysia dari kebiadapan, hidup org muda dan mahasiswa, lawan tetap lawannnnnnn.

Anonymous said...

kalau begini caranya.
guna tektik zaman dharurat.
edar risalah menggunakan
kapalterbang, tebar dari udara.
oleh kerana kapalterbang tentera punya.
apakata pr sewa helikopter.
sebenarnya, tidak semua pakcik dan makcik
di felda terutamanya sokong umno/bn.

Anonymous said...

PRU13 MAHASISWA TURUN PADANG TUMBANGKAN UMNO

 

Anda saksikan sambutan ADUN Pulau Manis & UMNO Pekan dengan MAHASISWA yang dikatakan ganas dan kurang ajar....

Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs

Mari Saksikan Kurang ajarnya ADUN Pulau Manis YB ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAHMUD dan Kurang ajarnya Pakcik Tua ni Kpd Mahasiswa Kpd Mahasiswa Di pekan.

Bayangkan sambutan ganas pemimpin Umno terhadap mahasiswa. Suara yang didengar kuat itu ialah Adun Pulau Manis YB Khairuddin Mahmud, Pekan. Beliau memaki hamun dengan penuh emosional dan mengugut, tak padan jika digelarkan beliau pemimpin, apa lagi di kawasan Perdana Menteri Najib Razak.

Bayangkan beliau boleh menengking mahasiswa: "Binatang budak2 ni... tampar muka tu karang... mampus".

"SB dah beritahu saya gerakan mahasiswa".
"Bayangkan kalau Pemuda Umno datang karang, dibantainya awak...."

Hairan kita bagaimana dengan adab seorang pemimpin Umno di hadapan pelajar-pelajar yang datang meluahkan hasrat mereka. Mereka sepatutnya dijadika tetamu, tetapi Umno Pekan datang untuk menghambat mereka.

Kalau dah pemimpin Umno seperti Khairuddin sendiri bersikap seperti samseng sasau, patutlah ada mahasiswa yang kena belasah, kena tampar dan dilibas parang oleh samseng-samseng Umno!

Sepatutnya kawasan Pekan menjadi wilayah yang paling selamat termasuk menyuburkan demokrasi? Kenapa sambut pelajar-pelajar universiti dengan samseng dan keganasan? Adakah tragedi ini dalam pengetahuan Najib?

Boleh dengar video yang dirakam mangsa ini, dapat didengari lagi perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut orang Pekan.

https://www.facebook.com/photo.php?v=302938426495310

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment