Thursday, February 7, 2013

RG2011... Fw: Sejarah tercipta di Pulau Pinang

 



 

Rumah M/Milik: 13 Perkara PP Bongkar Tipuan PM

 

 
GEORGE TOWN: Hari ini Ketua Menteri(KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng, melancarkan pendaftaran Perumahan Mampu Milik yang sekaigus membongkar penipuan Perdana Menteri (PM) mengenai hal tersebut. Pengumuman dibuat di Komtar, Pulau Pinang.

Antaranya mengumumkan 13 perkara berikut..
    • Pendaftaran untuk 1,840 rumah mampu milik di 2 kawasan iaitu Jalan SP Chelliah (1,320 units) di pulau dan Bandar Cassia, Batu Kawan (520 unit) di tanah besar. Pelancaran hari ini adalah permulaan kepada program bercita-cita besar RM500 juta Rumah Mampu Milik yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membina 19,172 unit di seluruh Pulau Pinang, termasuklah di bahagian pulau.
      • RM500 juta ini dapat disediakan berikutan penjualan tanah kerajaan melalui tender terbuka. Kami mahu melakukan lebih lagi untuk Pulau Pinang dengan menjalankan usaha paling besar berbanding mana-mana kerajaan negeri dengan membina 19,172 unit rumah mampu milik. Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa 1,840 unit pertama akan dibina oleh pemaju swasta dan PDC, yang mana akan dikira berasingan.
        • Kerajaan negeri tidak membina apa-apa rumah tetapi membinanya melalui PDC mengikut model yang sama dengan kerajaan Persekutuan yang tidak membina rumah secara terus tetapi melalui agensi mereka, Syarikat Perumahan Awam Negara(SPAN). Ini menolak serangan tidak berasas oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan negeri tidak membina satu pun rumah kos rendah.
        • Sukacita memaklumkan bahawa sejumlah 1,320 unit rumah pangsa kos sederhana rendah dan pangsapuri mampu milik akan dibina di Jalan SP Chelliah sahaja. Ini terdiri daripada 770 unit pangsapuri 700 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,500 sebuah, 303 unit pangsapuri 800 kaki persegi berharga RM200,000, 165 unit pangsapuri 900 kaki persegi berharga RM300,000 dan hanya 82 unit pangsapuri 1000 kaki persegi berharga RM400,000. Saya ingin menekankan bahawa pangsapuri bernilai RM400,000 terdiri daripada 6.2% daripada keseluruhan 1,320 unit di Jalan S.P. Chelliah.
        • PDC telah menetapkan dasar ini dari segi bilangan, saiz dan harga unit sebagai keperluan minimum di dalam Permintaan Cadangan (RFP) dengan tender terbuka yang berdaya saing untuk membangunkan projek rumah mampu milik Jalan SP Chelliah mengikut maklumbalas daripada beberapa pemaju. Dalam erti kata lain, sistem tender terbuka berdaya saing yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membolehkan PDC memberikan lebih banyak kepada rakyat Pulau Pinang berdasarkan konsep 'Harga Rizab'. Setakat ini 17 syarikat telah menghantar tawaran.
        • Memandangkan program Rumah Mampu Milik dijalankan oleh PDC, KM telah mengarahkan Dato Rosli Jafar untuk mematuhi julat harga dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan Negeri. Dato Rosli telah mengikut harga siling yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 September lalu iaitu RM72,500 hingga RM400,000 di kawasan bandar dan RM 72,500 hingga RM220,000 di kawasan luar bandar.
        • Sememangnya siling harga RM400,000 ditetapkan untuk kawasan bandar seperti George Town dan siling harga RM 220,000 untuk kawasan luar bandar seperti Batu Kawan. KM kesal apabila kerajaan negeri dan arkitek profesional seperti Dato Rosli telah diserang dengan penipuan melalui media kawalan BN bahawa hanya pangsapuri RM400,000 sahaja yang dibina. Mereka yang bukannya profesional pun mahu bercakap seperti seorang arkitek. Biarlah arkitek profesional melakukan kerja mereka.
        • Jelas, adalah okey untuk Perdana Menteri melakukan sedemikain tetapi tidak okey untuk kerajaan negeri mengikut apa yang telah dilakukan Perdana Menteri. Hari ini rakyat Pulau Pinang dapat melihat terbongkarnya penipuan mereka kerana kebanyakkan rumah berharga antara RM72,500 hingga RM220,000. Malah juga tidak benar bahawa PDC akan mengaut keuntungan daripada program ini memandangkan ini ialah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PDC.
        • Untuk Bandar Cassia, Batu Kawan, keseluruhan projek akan memperlihatkan lebih daripada 11,800 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh 10-15 tahun. Buat masa ini, untuk Bandar Cassia Fasa 1, Batu Kawan, akan terdapat 149 unit pangsapuri 800 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,000 sebuah. Akan terdapat 98 unit 900 kaki persegi berharga RM168,000 dan 273 unit 1,000 kaki persegi berharga RM220,000 untuk pendaftaran.
        • Bagaimanapun, fasa seterusnya bergantung kepada permintaan pasaran, PDC bercadang untuk meningkatkan secara berperingkat bilangan harga berpatutan pada RM168,000 lebih daripada 60%. Apa yang penting adalah keazaman PDC untuk membina rumah mampu milik dengan kualiti terbaik di Malaysia.
        • Projek Batu Kawan akan direka oleh Surbana International Consultants, yang bertanggungjawab terhadap rumah HDB Singapura yang terkenal di serata dunia. Apa yang kita nampak pada perumahan awam di Singapura dari segi kualiti, rekaan dan konsep harapnya akan ada di Batu Kawan dalam tempoh beberapa tahun.
        • Orang ramai dijemput untuk mengambil peluang mendaftar bagi rumah mampu milik di Komtar Concourse, MPSP Office di Bandar Perda dan pejabat PDC, Bayan Baru bermula hari ini sehingga 7 Mac 2013, dari 9 pagi – 5 petang setiap hari, termasuklah pada cuti umum ketika Tahun Baru Cina ini.
        • Sesiapa dengan pendapatan seisi rumah bulanan tidak melebihi RM3,500 adalah layak untuk memohon unit kos sederhana rendah, manakala mereka yang pendapatan seisi rumah bulanan melebihi RM3,501 layak untuk memohon pangsapuri mampu milik. 
        Demikian KM Pulau Pinang melancarkan pendaftaran bagi rumah mampu milik di Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan. Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji pada awal Disember 2012 lalu semasa ucapan perasmian Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains,.akan membina sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula pulau tersebut pada pilihan raya PRU 13 nanti..

        Tetapi, hari ini, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah mengumumkan akan membina 19,172 Unit Perumahan Mampu Milik diseluruh negeri Pulau Pinang, yang sekaligus mencipta sejarah sebagai negeri paling banyak membina rumah Mampu Milik berbanding dengan mana-mana Kerajaan Negeri terutamanya yang ditadbir oleh UMNO/BN.

        Kesimpulannya, UNDILAH PAKATAN RAKYAT dan ranapkan BN dalam PRU 13 kira-kira sebulan dua lagi ini. 

        Perhatian: Artikel ini juga sebagai jawapan kepada pengomen (NaS  dan Ahmad Syukri ) di bawah tajuk Tiada Rumah Mampu Milik Dibina Kerajaan P.Pg?
        (IH)

         

        UMNO BN Penang meroyan bila tengok orang ramai serbu dapatkan borang rumah mampu milik kerajaan negeri..!!

        Hanya 82 unit rumah mampu milik berharga RM400,000, kata Guan Eng


        Tergesa-gesa di Komtar untuk mendapatkan borang pendaftaran. — Gambar K.E. Ooi
         
        KUALA LUMPUR, 7 Feb — Kerajaan Pulau Pinang cuma memperuntukkan enam peratus sahaja daripada perumahan mampu milik di negeri tersebut yang bernilai RM400,000 ke atas, kata ketua menteri Lim Guan Eng.
        Projek perumahan yang membina 1,840 unit rumah di bahagian pulau dan tanah besar, adalah sebahagian dari projek RM500 juta Rumah Mampu Milik yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membina 19,172 unit di seluruh Pulau Pinang, termasuklah di bahagian pulau.

        "Adalah tidak benar mengatakan hanya projek perumahan untuk unit RM400,000 sahaja dibina seperti yang dituduh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Lim dalam majlis perasmian pendaftaran perumahan mampu milik di Pulau Pinang hari ini.

        Lim menjawab tuduhan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang mendakwa kerajaan negeri hanya membina unit pangsapuri bernilai RM400,000 sahaja untuk mengaut keuntungan.
        "Saya kesal apabila kerajaan negeri dan arkitek profesional seperti Dato Rosli telah diserang dengan penipuan melalui media kawalan BN bahawa hanya pangsapuri RM400,000 sahaja yang dibina," kata Lim lagi.

        "Mereka yang bukannya profesional pun mahu bercakap seperti seorang arkitek. Biarlah arkitek profesional melakukan kerja mereka."


        Javanthi Bee Bee binti Abdullah menerima borang pendaftaran dari Lim.
        Menurut Lim, cuma 82 unit dari 1,840 keseluruhan, yang berkeluasan 1,000 kaki persegi yang berharga RM400,000 yang terletak di Jalan S.P. Celliah.
        "Kerajaan negeri tidak membina apa-apa rumah tetapi membinanya melalui PDC mengikut model yang sama dengan kerajaan Persekutuan yang tidak membina rumah secara terus tetapi melalui agensi mereka, Syarikat Perumahan Awam Negara (SPAN).

        "Ini menolak serangan tidak berasas oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan negeri tidak membina satu pun rumah kos rendah," kata Lim lagi.

        Lim menambah, bagi Bandar Cassia, Batu Kawan, keseluruhan projek akan memperlihatkan lebih daripada 11,800 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh 10-15 tahun.

        "Buat masa ini, untuk Bandar Cassia Fasa 1, Batu Kawan, akan terdapat 149 unit pangsapuri 800 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,000 sebuah.

        "Akan terdapat 98 unit 900 kaki persegi berharga RM168,000 dan 273 unit 1,000 kaki persegi berharga RM220,000 untuk pendaftaran," kata Lim lagi.

        Bulan lalu, Teng menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual rumah mampu milik pada harga mencecah RM400,000 seunit.

        Menurut Teng, harga berkenaan tidak menepati matlamat asal projek berkenaan yang mahu melihat rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri, serta hanya mahu menguntungkan pihak swasta dan bukan membantu rakyat.
         

        Sejarah tercipta di Pulau Pinang dan Najib terpaksa menjanjikan perkara lain pula..

         
        Nampaknya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksalah turun ke Pulau Pinang untuk menabur janji yang baru pula...

        Ini kerana janjinya yang dibuat pada awal Disember 2012 yang lalu iaitu akan membina sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula pulau
        tersebut pada pilihan raya nanti telah dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang..

        "Kita akan laksanakan tidak kurang daripada 20,000 unit rumah mampu milik," kata Najib semasa ucapan perasmian Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia.

        Beliau berkata janji perumahan itu tidak bersyarat dan membuktikan BN sebuah kerajaan yang mengambil berat tentang Pulau Pinang.

        Dia kata janji itu tak bersyarat tapi perlu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang.. apa tah dia cakap ni..

        Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hari ini telah mengumumkan akan membina 19,172 Unit Perumahan Mampu Milik diseluruh negeri Pulau Pinang..

        Sekaligus mencipta sejarah sebagai negeri paling banyak membina rumah Mampu Milik berbanding dengan mana-mana Kerajaan Negeri terutamanya yang ditadbir oleh UMNO/BN.


        __._,_.___
        Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
        Recent Activity:
        " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

        " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

        " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

        " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

        " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

        Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
        Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

        .

        __,_._,___

        No comments:

        Post a Comment