Sunday, February 24, 2013

RG2011... Fw: Tindakan Na jib & Be N Jadikan Rakyat Sbg Haiwan

 



Penjelasan isu HAIWAN... Nama kata UMNO jika tak spin jangan panggil dah UMNO....


BERIKUT UNGKAPAN TG NIK AZIZ KETIKA BERUCAP SEKEMBALINYA DARI MENUNAIKAN UMRAH TEMPOHARI...

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami.

Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil).

Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia,"
- Nik Abdul Aziz Nik Mat

Lalu media-media pengampu pun memutarkanlah kononnya TGNA samakan penerima BR1M mcm haiwan. Dan kalau macai nak terasa jadi haiwan..itu lantak macailah..tapi....

Adakah Nik aziz samakan penerima BR1M mcm haiwan???

Hehehe..mari belajar bahasa.... Ayatnya bermaksud begini - TG Nik Aziz kata "kerajaan bagi BR1M pada rakyat IBARAT kita bg hampas kelapa pada haiwan".

Maksudnya ialah instead of kita bg makanan terbaik pada haiwan, kita cuma bagi sisa2 yg serdak je pada depa sbb yg terbaik semua kita dah sapu. Sama la kerajaan - depa bagi ciput pada rakyat padahal kekayaan negara abis depa bolot.

Inilah namanya perumpamaan. Puak bodo ni pi spin samakan penerima BR1M mcm haiwan. Org suh belajo BM, pi belajo ilmu sex. Bodo x abis2. Hehehe...

Ustaz Azhar Idrus - Masjid Jamek Pengadang Baru.

Apa komen ustaz mengenai TGNA kata orang yang ambil BRIM ni seperti haiwan?

J : ni buah cari baloh,sebenarnya apa yg kita dgr dalam vdeo clip bukan tok guru kata kpd penerima BRIM sperti haiwan,cuma tok guru kata org yang mberikan BRIM tulah cuba menjadikan org yg menerima seperti haiwan,umpama bg makan lepas tu sembelih,maknanya jahat nye org nk bg bantuan bila perlu sahaja,bila jauh dgn pilihanraya tak hulur pun bantuan,jadi leni kene hati hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni,yg xpernah nmpak muka pun dah kerap masuk kg dah?tujuan ape?nak tolong ke utk kepentingan tertentu?jadi kene bijoklah,jgn pcaya tanpa selidik

 

Bukan Nik Aziz Yang Kata, Tapi Tindakan Najib & BN Yang Jadikan Rakyat Sebagai Haiwan


Syang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh...

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan...

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment