Saturday, February 23, 2013

RG2011... Hairan saya terhadap Rohingya

 

Salam alaik,

Link yang saya sertakan ini memberitakan mengenai perjalanan 112 orang Rohingya dari Burma ke Malaysia dengan menaiki boat. Tetapi sebelum mereka dapat sampai ke sempadan laut Malaysia, boat mereka telah ditahan oleh Navy Thailand. Di situ, engine boat mereka telah dirampas dan ditolak semula ke laut. 


Setelah itu mereka terombang-ambing di laut selama 25 hari. Semasa itu 97 orang telah mati, dan 25 orang lagi masih hidup ketika diselamatkan oleh Navy Sri Lanka.

Negara Bangladesh tak mahu mereka. Negara Burma tak akui mereka sebagai rakyat. Malahan kaum Rohingya di Rakhine dibunuh beramai-ramai. Yang biasa kaum Rohingya tuju ialah Malaysia.

Saya rasa kebanyakan daripada kita telah berpengalaman dan telah berinteraksi dengan kaum Rohingya. Paling ketara ialah peminta-peminta sedekah di kawasan pejalan kaki dan pasar malam di Penang, JB dan Kuala Lumpur. Laki mereka yang berjanggut-janggut pula melepak di Masjid sambil kunyah sireh. Yang paling ramai berada di Pasar Borong Selayang. Di situ ada yang menjadi samseng, ada menjadi penjual sayur ( yakni sayur yang telah dibuang oleh penjual sayur tempatan dan dibeli pula oleh pengusaha gerai makanan yang mahu murah-murah ) dan ada yang menjadi pengedar dadah jenis heroin, pil kuda dan ganja.

Saya pernah ke daerah Narathiwat dan Pattani di Thailand. Pelarian Rohingya ramai melepak di Masjid-masjid pada msa tu. Bila azan sahaja, mereka keluar dari masjid beramai-ramai. Habis saja orang solat jemaah, mereka kembali datang melepak di veranda masjid. Mereka ini rasanya sedang menanti peluang untuk memasuki Malaysia secara haram.

Sudah tentu ada yang baik-baik dan terpelajar di kalangan mereka, selain daripada yang suka memilih kerjaya-kerjaya gelap.

Persoalannya, mengapa majoriti daripada mereka terus hidup dalam keadaan yang terhina?

Mungkinkah ada beberapa amalan di dalam budaya mereka yang menarik bala?

Ada sesiapa dapat memberi pencerahan kepada saya?
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment