Thursday, February 7, 2013

RG2011... Inilah calon Melayu Ketua Menteri Pulau Pinang yang diumumkan Timbalan Presiden UMNO?

 

 
 

TERJAWAB SUDAH!!! Inilah calon Melayu Ketua Menteri Pulau Pinang yang diumumkan Timbalan Presiden UMNO?

by PASPB
BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.
Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik.

"BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.

"Ketika ini banyak projek pembangunan yang dirancang di bawah agensi atau jabatan kerajaan persekutuan berdepan dengan pelbagai halangan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri, oleh itu berilah BN peluang untuk mentadbir kembali Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi.

Turut sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Naib Presiden MCA yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Chang Yeow, 48, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri dan dilantik memegang jawatan pengerusi BN negeri tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Muhyiddin menegaskan segala pencangan yang telah dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah program transformasi mencapai kejayaan yang membanggakan dan faedahnya dikongsi bersama dengan rakyat.sh

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment