Thursday, February 7, 2013

RG2011... ~~~Mencari Ketenangan~~

 


Betapa beruntung dan bahagianya bagi insan yang yang sentiasa berusaha untuk

terus memperindahkan hatinya.


Setiap manusia yang melayari hidup ini, memerlukan sesuatu sebagai cermin hidup

dan garis-garis untuk melakari hidup ini. Dengan ini sanggup melakukan apa sahaja

bagi mencapainya. Bagi saya apa yang perlu dikupaskan secara ringkas merupakan


soal hati yang akan dilapiskan dengan ketenangan. Nafas kita beredar setiap saat,

dan mempunyai tujuh elemen yang penting iaitu, oxygen, nyawa, bahan-bahan yang

menghidupkan roh, rahmat, nikmat rezeki/nikmat kelapangan dada, ketenangan dan

kebahagian dalam hati dan seterusnya berpancar dalam hidup.


Hati merupakan salah satu yang perlu dijaga, hati yang sihat dapat bersyukur dan

mengenali Allah swt, semakin cemerlang hati semakin mengenal tentang kekuasaan

Allah swt, dengan jalan inilah mempunyai peribadi yang mulia pehubungan dengan

Allah dan sesama manusia. Sifat ujub dan takabur sukar untuk singgah di hati.

Semakin mempunyai nikmat dari Allah swt, akan membuatkan semakin rendah hati

dan dermawan. Perlu kita ingat apa yang kita miliki merupakan anugerah dan milik

Allah swt. Dan bila-bila masa boleh ditarik kembali.


Hati yang bersih tidak akan lalai dengan nikmat yang dimiliki dan sentiasa bersyukur,

sekalipun pelbagai musibah yang bertandang tidak akan menjejaskan keyakinan

dan kepercayaan kepada-Nya. Kita perlu menyelami dengan lebih dalam atas musibah

atau kecelakaan yang menimpa. 



"..... "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau 

aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang 

bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan 

sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana 

sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

(An-Naml : 40)


p/s~terima kasih buat drIsmail yang memberi nafas untuk entry ini 



--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment