Sunday, February 24, 2013

RG2011... Penipuan Terhadap Ibu-Ibu di Seluruh Dunia

 

Salam alaik,

Saya sertakan sebuah link yang memberitakan penipuan syarikat-syarikat makanan gergasi di dunia termasuklah Nestle, terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak-anak di Indonesia, Cambodia, Vietnam, Filipina, Thailand, Pakistan, benua Afrika dan banyak negara-negara yang sedang membangun.


Banyak penyiasatan telah dilakukan oleh UN dan NGO-NGO antarabangsa ( badan bukan kerajaan ) terhadap taktik-taktik kotor pemasaran Nestle dan syarikat gergasi lain, yang membohongi para pengguna dengan kelebihan susu-susu tepong ( baby formula ). Selain daripada iklan-iklan flyer, TV dan Radio, pembohongan syarikat-syarikat susu menggunakan petugas kesihatan yang rapat kepada para ibu seperti doktor dan bidan. Apabila para ibu menerima sahaja hadiah percuma ( free gift ) yang berbentuk sampel produk, maka telah masuklah jarum kotor syarikat-syarikat ini. 

KES DI INDONESIA

Di kalangan penduduk Indonesia yang miskin serta tinggal di penempatan setinggan, mereka agak payah untuk mendapatkan bekalan air bersih. Mereka tiada paip air mahupun tandas di rumah-rumah setinggan yang dibuat dengan zink, papan lapis serta plastik . Mereka juga tidak mampu untuk memasak di rumah dengan menggunakan dapur gas. Mereka biasanya akan membayar penggunaan tandas dan bilik air yang disewakan oleh penduduk yang mempunyainya rumah yang lebih sempurna.

Setelah dicanang-canang dengan susu tepong untuk bayi, ibu-ibu miskin ini terpengaruh dan membeli juga walaupun kos menelan hampir 25% daripada pendapatan bulanan keluarga. Untuk berjimat, ibu-ibu miskin ini akan memberi anak-anak minum susu botol dengan keadaan amat cair atau menggunakan air yang tidak dimasak.

Akibatnya, anak-anak kecil mereka ini jatuh sakit dengan pencemaran kuman rota virus dan sebagainya. Selain dari itu, banyak kematian, penyakit dan tumbesaran terbantut berpunca dari kekurangan zat akibat amalan memberi susu tepong.

Keadaan yang sama di atas berlaku di semua penempatan orang-orang miskin di seluruh dunia di mana syarikat-syarikat susu asyik membuat pemasaran. Ibu-ibu dan anak-anak mereka menjadi sasaran dan mangsa keuntungan yang mahu dikaut oleh Nestle dan syarikat-syarikat lain.

Walhal, susu ibu lebih baik lagi untuk anak-anak berumur sehari sehingga 6 bulan, berbanding susu-susu tepong. Tapi taktik pembohongan syarikat-syarikat susu berjaya menipu, malah kini semakin menjadi-jadi. Awas !

KESIMPULAN

1. Tambah ilmu pemakanan seperti yang telah dipesan oleh Rasulullah untuk kita ketahui apa yang masuk dalam mulut kerana perut ialah ibu segala penyakit.
2. Jaga kebersihan diri dan keluarga seperti yang telah dipesan Rasulullah bahawa menjaga kebersihan ialah sebahagian daripada iman.
3. Susu ibu ialah fitrah dan keajaiban yang dikurniakan Allah untuk semua manusia. Bersyukurlah.
4. Jangan mudah percaya dengan iklan dan para penjual produk. Mereka akan mudah memanipulasi fikiran kita jika kita tidak mempunyai cukup ilmu. Mereka konon-konon kata mahu membantu kita, walhal sebenarnya mahu bantu poket mereka sendiri.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment