Tuesday, March 12, 2013

Re: RG2011... Bermadu @ berpisah?

 

Salam Muhibbah Puan Zam dan semua,

Jika tak bersetuju diri kita dipoligamikan maka jalan keluarnya adalah berpisah tetapi berpisahlah secara baik.
Andalah yang amat tau akan suami sendiri dari segi kemampuanya fisikal dan mental serta EKONOMI.

Jangan kita tentang poligami kerana ia sesuatu yang dibenarkan didalam Islam. Jika kita menentang nya maka rosak aqidah kita.

Poligami itu sesuai bagi mereka yang rela atau suka berpoligami. Ianya bukan pula sesuatu yang wajib tetapi hanya diharus / dibolehkan jika orang yang terlibat memenuhi syarat syaratnya sebagaimana yang difirmankan Allah bermaksud:

Nikahi lah perempuan itu dua tiga atau empat tetapi jika anda merasa bimbang tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang sahaja.

Jika ada terdetik merasa bimbang tidak dapat berlaku adil maka hukum berpoligami adalah haram. Sebagai manusia biasa agak agak mampu kah kita berlaku adil dalam berpoligami. Melainkan dimaafkan oleh isteri-isteri maka suami yang berpoligami berat menanggung dosa.

Kalau ditanya kebanyakan lelaki semua nak berpoligami tetapi kebanyakan kita hanya berbintang satu [sesuai satu isteri saja] jika hendak juga berbintang dua atau tiga atau empat kebanyakan akan berbintang kepala hotak dibuatnya. Hidup yang dulu tenang dan aman damai akhirnya pening....ha ha ha. Tau tau kembali 'bujang' dan tinggal dimesjid.

HBI

--- On Sat, 9/3/13, kekupumalam@yahoo.com <kekupumalam@yahoo.com> wrote:

From: kekupumalam@yahoo.com <kekupumalam@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Bermadu @ berpisah?
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, 9 March, 2013, 1:17 PM

 

Cik Hazrina, (maaf sy pggil camni)

Kesian Puan Zam ni. Mayb dia dlm keadaan keliru dan perlukan pendapat.
X bek ckp dia tolak Qada dan Qadar sbb blom tentu u juga akan terima juga kalau2 suami u ada org len dan u berada ditempatnya..

Secara negatifnya semacam je cara u balas email ni kan.. Tut!! Maaflah gurau saja.

Pn Zam minta pdapat 'membina'. Sbb dia dah lama dicaci kot ot bunto kepala otak dia. Jadik kita sbg org yg celik ni bg pendapat saja. Suruh dia pergi jumpa ustaz/ustazah agar dpt berbincang 4mata bsama suami dan isteri serta ustaz/ustazah itu.

Kita pon bukan tuhan nak tau Qadak dan Qadar dia. Bia dia sdiri yg perbaiki + perlihat kesilapan dan bebcg sbb rumah tangga dia kot anak2 dia juga suami dia kot yg garib sgt. Kdg2 Pn Zama salah, kdh2 laki dia salahkan. Sbb tu kat Malaysia ni byk produk kecantikan sbb scr normalnye lelaki suka perempuan yg cantik+wangi+mantapp!

So sblm jd cmni jaga suami anda dan anak dan rumah tangga anda elok2 okay..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 7 Mar 2013 09:39:11 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: 'Zam'<didadania@yahoo.com>
Subject: RE: RG2011... Bermadu @ berpisah?

 

Assalammualaikum wbt,

 

Kalau Puan x perlukan pandangan yg mengecam puan, x perlulah puan ceritakan hal / aib suami Puan disini.

 

Suami bukan hak puan seorg. Tapi suami hak Allah. Kalau Allah dh tentukan qada & qadar Puan bermadu, kenapa Puan nak tolak / menentang Allah. Hebat sangatkan Puan hingga nak melawan kuasa Allah! Kenapa Puan sanggup membiarkan suami terus leka membuat dosa dgn perempuan lain. Sepatutnya Puan menghalalkan yg haram. Minta pd Allah mudahkan segala urusan Puan. Murahkan rezeki Puan. Minta Allah beri petunjuk & hidayah pd suami puan.

 

Poligami itu dibenarkan dlm Islam. Poligami itu hukum Allah. Jgn tolak hukum Allah.

 

Puan, tolong jgn buka aib suami. Apatah lagi di medan sosial. Puan sanggupkah nak menanggung dosa mengaibkan suami dan secara tidak langsung mengaibkan diri puan sendiri. Berbincanglah dgn suami adalah terbaik, jika x mampu diselesaikan. Rujuk pihak keluarga terdekat puan utk selesaikan masalah puan.

 

Berpisah bukan jalan penyelesaian yg terbaik. Puan renung sejenak saat manis puan bersama suami. Fikir masa depan anak-2 puan.

 

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Zam
Sent: Saturday, 2 March, 2013 11:01 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Bermadu @ berpisah?

 

 

Salam,

Sy dlm keadaan berserabut & kecewa skrg. Sy br dpt tahu suami sy ada kekasih. Terasa spt langit jatuh menghempap kepala. Suami ada bg kiasan mcm dia akam menikah dgn kekasih dia tu. Terus terang sy ckp, sy tak mampu & tak sanggup utk dimadukan. Tak sanggup rasanya tgk suami bersama dgn perempuan lain. Sy cuba pujuk hati tp x boleh. Sy ckp dgn suami kalau dia nak kahwim lg, tlg lepaskan sy. Sy takut kalau sy stay dgn dia sy akan lebih byk melakukan dosa terhadap suami sbb hati sy tak redha. Tp sy juga rasa mcm x boleh hidup kalau berpisah dr suami. Sy dah berjumpa dgn kekasih suami. Dia minta maaf sbb menjalin hubungan dgn suami sy sedangkan dia tahu suami sy dah berkahwin dan dia berjanji akan mengundurkan diri. Tp tak tahu lah setakat mana janji dia tu. Perasaan skrg bercampur baur antara sygkan suami & kecewa krn dia curang pd sy. Tlg kwn2, sy perlukan pandangan. Tlg jgn bg pandangan yg mengecam sy. Tlg jgn tmbh derita sy lg. Tq

Sent from my iPhone

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (20)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment