Sunday, March 3, 2013

Re: RG2011... Fw: 5 Anggota Polis Terbunuh di Semporna


Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu'


1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' (The
Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2.
Kumpulan ini diketuai oleh 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram, adik kepada 'mantan sultan' Jamalul Kiram III dan 'sultan' Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, 'Raja Muda' Agbimuddin Kiram.


Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.


3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

'Mantan sultan' Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai 'rumah' mereka:

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami".

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. 'Kesultanan Sulu' tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.


6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6


The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' berlaku ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.
The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar.

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar 'cession money' sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

'Cession money' ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.


8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku 'sultan' selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan 'Operation Merdeka' pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima 'cession money' sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A'lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the 'British North Borneo Company'.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar 'British North Borneo Company'.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah "ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka" ("wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region").15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

1. "Sulu sultan's army stakes Sabah claim,"
philstar.com, 16 Februari, 2013,http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim

2. "Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu," mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F2%2F18%2Fmstar_berita%2F20130218160807&sec=mstar_berita

3. "Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk," SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm

4. "The true Sultan of Sulu," http://www.fakesulusultans.com/

5. "Gov't to assess Sabah claim," BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013,http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov't-to-assess-Sabah-claim&id=66237

6. "Our Sultan of Sulu and Sabah," The Manila Times Online, 16 Februari, 2013,http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

7. "'Royal Sulu Army' in Malaysia stand-off," ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013,http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

8. "We did not invite Sulu gunmen, says Anwar," The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F2%2F22%2Fnation%2F12745258&sec=nation

9. "Sultan of Sulu," Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu

10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.

11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.

13. Alfred W. McCoy, Policing America's Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.

14. "Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan," International Court of Justice, 17 Disember, 2002, 
http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

15. "Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan," World Court Digest, 23 Oktober, 2001, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, March 4, 2013 12:58 AM
Subject: RG2011... Fw: 5 Anggota Polis Terbunuh di Semporna
 

 

Terkini ! 5 Anggota Polis Terbunuh Ketika Serbuan di Semporna

telokbakong.blogspot.
wasukalu.com
Posted by GeloraHatiMuda
 
5 Polis Terbunuh dan 2 Penceroboh mati: Sumber Bernama News yg belum di keluarkan mana mana media pada masa post ini ditulis. Tan Sri Ismail Omar juga dilaporkan Bernama mengatakan 10 penceroboh di kesan di KUNAK dan 3 dari mereka bersenjata. Klik sini Bernama List Terkini.-KingJasonKuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ada pegawai dan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, jam 7.30 malam tadi.

Sehingga jam 12 tengah malam, beliau bagaimanapun masih belum dapat memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar anggota pasukan keselamatan yang maut dan cedera kerana masih menunggu laporan penuh daripada ketua setiap pasukan ditugaskan.

"Saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak yang berlaku di sekitar Semporna, hingga menyebabkan anggota kita terkorban.

"Kita minta penduduk di kawasan sekitar sentiasa berwaspada dan memaklumkan segera kepada polis sekiranya ada sebarang unsur yang mencurigakan," katanya ketika dihubungi BH malam tadi.
Ismail berkata, pihak polis akan memaklumkan kejadian itu dalam masa terdekat sejurus menerima laporan penuh daripada komander setiap kawasan yang terbabit.

Dalam laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, Ismail berkata, kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul itu susulan pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesahkan pembabitan pencerobohan di Lahad Datu.
"Setakat ini, polis belum dapat mengesahkan jumlah mereka terbabit dalam kejadian itu. Bagaimanapun dipercayai mereka yang terbabit tidak lebih 10 orang," katanya.-
King jasonRead more: http://www.wasukalu.com/2013/03/terkini-5-anggota-polis-terbunuh-ketika.html#ixzz2MSZUyLO5
 
 

Ini Bukti M'sia Sewa Sabah, Dg RM5,300 Shj.

telokbakong.blogspot
ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim
 
 
Tentara Malaysia menjaga pintu masuk menuju Lahad Datu, Sabah (REUTERS)
KESULTANAN Sulu tetap berkeras mengatakan wilayah Sabah di Malaysia adalah milik mereka. Hal ini berdasarkan fakta sejarah dan berbagai dokumen. Pihak Sulu mendakwa bahawa Malaysia telah menyewa  Sabah daripada mereka, dibuktikan dengan selembar cek.

Jurucakap Kesultanan Sabah, Abraham Idjirani, mengatakan, sikap Malaysia yang berusaha mengusir orang-orang mereka dari Lahad Datu, Sabah, itu adalah 'salah besar'. Menurutnya, Sabah adalah milik mereka dan Malaysia tidak berhak atasnya. 

Menurut berita ABC CBN News, Khamis 21 Februari 2013, Idjirani menunjukkan beberapa dokumen tuntutan Sulu atas Sabah. Dia juga menyertakan selembar cek senilai 69,700 peso atau hanya kira-kira RM5,300 sebagai pembayaran sewa bumi Sabah kepada Malaysia.

"Ini adalah cek yang dibayarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Filipina. Nilainya setara 69.700 peso, untuk wilayah seluas 77,699 kilometer persegi," kata Idjirani. 

Wilayah Sabah dulu dikuasai oleh Kesultanan Sulu setelah diberikan oleh Sultan Brunei sebagai balas jasa atas bantuan Sulu mengatasi pemberontak. Pada tahun 1878, Sulu menyewakan wilayah Sabah pada perusahaan British North Company milik Inggeris yang pada masa itu menjajah Malaysia.

Semasa Malaysia merdeka tahun 1963, sewa Sabah dialihkan dari pemerintah Inggeris ke Malaysia.  Tahun 1962, Kesultanan Sulu memberi mandat pada Presiden Filipina Diosdado Macapagal berunding mengenai wilayah Sabah yang mereka miliki. Sejak itu disepakati, Kuala Lumpur perlu membayar sewa tahunan sebesar 5,300 ringgit atau setara 69.700 peso kepada pewaris tahta Kesultanan Sulu.

Namun tahun 1989, kata Idjirani, peranan Filipina merunding atas nama Sulu dicabut oleh Sultan Jamalul Kiram III. Dia mengatakan, pemerintah Malaysia tidak ingin isu ini dibesar-besarkan, kerana "yang diberikan kepada Malaysia bukanlah pengumuman berdaulat."

"Ini adalah dokumen sewa oleh British North Borneo Company dan dialihkan oleh Kerajaan Inggeris tahun 1963 ke pemerintah federal Malaysia," kata dia.

Dia juga menunjukkan dokumen pembayaran senilai 73,040.77 peso kepada Kiram pada 16 April 2003 sebagai pembayaran sewa pada pewaris Kesultanan Sulu untuk tahun 2002.

"Ini menunjukkan bahawa fakta sejarah dan unang-undang kami memiliki wilayah itu," ujar Idjirani.

Sementara itu, tentera Malaysia pada masa kenyataan ini dibuat masih mengepung Lahad Datu, dikuasai ratusan orang Sulu yang dianggap bersenjata. Mengepung pasukan makanan Sulu yang dipimpin oleh adik Sultan Karim, Rajah Mudah Agbimuddin Kiram. (IH)
 
----- Original Message -----
 
Subject: APAKAH INSIDEN TANDUO

APAKAH INSIDEN TANDUO 2 + 2 = 5?
 Oleh : MUTALIB M.D
MUNGKIN Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Hamza Taib pakar matematik kerana dapat menyelesaikan kemelut pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu' dengan cekap iaitu 200 orang penceroboh tolak dengan 12 kematian, 10 serah diri (dinafikan kemudiannya) maka jumlah yang tinggal di Tanduo adalah KOSONG!
  Saya teringat 'Puzzle' yang ditanya Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Tan Sri Ting Pek King bagaimana mahu menyelesaikan Formula 2 + 2 = 5 kerana tidak ada sesiapa di dalam mesyuarat khas berkenaan tahu jawapannya.
Kata Ting, "Satu untuk you, satu untuk gua. Dua untuk you, dua untuk gua. Tiga untuk you, gua tatak payah!" (Maksudnya, satu untuk anda, satu untuk saya. Dua untuk anda, dua untuk saya. Tiga untuk anda, saya tidak perlu). Dengan kata lain, 'RASUAH'.
Tetapi dalam isu pencerobohan 'Tentera Mat Bom @ Ahmad Malandi' yang dijenamakan semula senagai 'Tentera Sultan Sulu', Pasukan Perisik Sabahkini.net yang menjalankan tugas berbahaya menjalankan intipan, risikan dan perhubungan mendapati jumlah mereka hanya 76 orang; enam daripada mereka ialah wanita!
  Malam tadi, Kumpulan Perisik Sabahkini.net menerima panggilan penduduk kampung Tg Batu bahawa sekumpulan antara 30 hingga 36 orang 'Tentera Mat Bom' yang terlepas daripada serangan pihak berkuasa bersembunyi di sekitar hutan di antara Kampung Tanjung Batu, Kampung Pasusul dan Kampung Tg Labian.
  Namun atas sebab keselamatan dan masih dalam kawalan polis; kedudukan mereka telah dilaporkan kepada polis; malangnya polis tidak percaya ada yang terlepas daripada serangan mereka.
Sehubungan itu Pasukan Perisik Sabahkini.net sukar menjalankan tugas risikan, namun melalui perhubungan telefon dengan penduduk kampung, mereka mengakui tidak nampak secara jelas; tetapi mereka bertelefon dengan beberapa orang penduduk kampung yang turut serta dalam 'Tentera Mat Bom' dan keluarga mereka di Filipina; mereka mendapat tahu bahawa di antara 30 hingga 36 orang dapat melepaskan diri daripada serangan di Tanduo.
  Manakala 10 orang daripada 76 orang 'Tentera Mat Bom' telah berjaya melarikan diri melalui laut dengan berenang atau menumpang sampan nelayan Kampung Tanduo sekitar jam 1.30 petang kelmarin.
Jika dicongak kembali, 10 orang menyerah diri (hilang tanpa jejak), 12 terbunuh, 10 melarikan melalui laut; maka bakinya 34 orang yang kini berada di antara Kg Tg Batu, Kg Pasusul, Tg Labian dan menuju ke Tanagian Lama.
Namun kata polis 'Game Is Over' kerana mereka tidak yakin ada yang dapat melepaskan diri setelah dikepung oleh pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.
Mungkin Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak malu kerana menurunkan begitu banyak pasukan keselamatan dengan kos lebih RM200 juta (anggaran Tan Sri Harris Salleh) untuk berunding sebelum menggempur 20 'Tentera Sultan Sulu' yang sebelum ini dilaporkan sejumlah 200 orang?
Siapa yang akan percaya kepada polis jika keadaan sebegini genting gagal ditangani dengan sempurna sehingga mengorbankan dua komando terbaik Vat 69 dan mencederakan beberapa orang kerana 'bengap, bebal dan degil' untuk menerima laporan penduduk kampung yang disalurkan melalui Sabahkini.net dan SMS?
  Nasib dua daripada tiga Naib Presiden UMNO mungkin dalam dilema kerana mereka gagal mempastikan Sabah selamat daripada pencerobohan kerana kedua-dua mereka memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
  Dalam pada itu, penduduk Lahad Datu masih dalam trauma dan ketakutan kerana jumlah PATI termasuk pemegang IC Projek di bandar ini terlalu ramai sehingga mengatasi penduduk tempatan.
Malah Ketua Penerangan UMNO Silam dan sebahagian besar ketua cawangan dan ahli UMNO Silam juga adalah PATI yang mendapat kad pengenalan projek sehingga mereka ini menjadi gunting dalam lipatan dan menjadi 'Cocoon' kepada Warga Penyu terutama penjenayah yang berjubahkan Pejuang MORO!
 

[Gempar] Anwar yang arahkan supaya Laksamana (B) buka perairan negara bagi lanun tu masuk Lahat Datu..!!!

Posted by Kedah Lanie

Menteri makan gaji buta... 

Laki Mak Long hang: Pak Long Din

Salam semua...Ca hangpa tengok, camana perairan negara kita yang dikawai empat agensi penguatkuasa, dengan 12 radar 24 jam yang boleh kesan bot sejauh 100 km, dengan bot laju kombat CB90 tetiba senang-senang ja boleh tembuih?Woi, maklumat kat ataih tuh bukan Mak Long hang dapat dari menengok ayaq dalam mangkok tau, tapi dari bekaih Jeneral TLDM yang cerita. Benda ni serius gila dah neh. Neh bukan bab musang menyeronot masuk lau ayam Mak Long hang, tapi bab yang terpenting berkenaan dengan kedaulatan negara kita.Takkan nak biaq Mak Long hang hamput menteri semua makan gaji buta kot.Persoalan asas dia, camana boleh 100 orang lebih yang lengkap bersenjata boleh masuk melenggang kot kampung dalam negara kita? Takkan kacang sangat kot perairan negara kita kena ceroboh buta tuli macam tuh? Memang aneh la, mana pi habih kapai selam dok menyelam? Mana pi kapai peronda yang Rosmah kalut sangat rasmi hari tu?Tu pun jangan, ada jugak yang kata peperangan kat Lahad Datu tu keja buat Anwar...! haha...

Hadoiihh... terer sungguh Anwar neh. Boleh selamba ja bawak masuk 100 orang lebih askar Sulu dengan melepasi semua kawalan kat ataih tuh... Bagi Pak Long la, orang terer macam ni patut sangat kita angkat jadi PM.

Menteri-menteri lain tak boleh harap, yang jaga sempadan pun bengap... Al-fatihah untuk yang terkorban.
Wassalam...
 
ADMIN - Saja buat tajuk macam tuu..sikit-sikit Anwar... Sikit-sikit Anwar..depa jaga sempadan tak reti pon Anwar....
 
 
----- Original Message -----
From: ayah ngah
PATUNYA ASKARLAH. APA KE PATUT POLIS PERTAHANAN HADAPAN.
MANA FOTO PUAK MUSUH YANG MAMPUS TU?
DENGOR CITER KETUA MUSUH TU BINI DIA ORANG SITU DAN DIA SIAP ADA IC PULOK MCMANA DIKATAKSAN PENCEROBOH?
TIBA-TIBA SELESAI, TAMAT, MANA PERGI YANG BERATUS TU?
DAH KEPUNG MCMANA TAK SEDAR MUSUH MARA 1.5 KM SPT AKHBAR LAPUR?
PELIK SUNGGUH.
MANDAT DAH DIBERI BUNUH SEMUA MEREKA TU YANG DEGIL.
From: para_jump101 airborne air_strike101@yahoo.com
 
Bersetuju dengan sranan Mat Rock. Kita sewajarnya memberi kepercayaan dan sokongan kepada pasukan keselamatan negara untuk berhadapan dengan ancaman dari penceroboh dari Selatan Filipina ini.
Walaupun kita mempersoalkan betapa rapuhnya sempadan negara mudah dicerobohi oleh anggota penceroboh dari Selatan Filipina itu, ia adalah satu perkara yang amat dikesali. Agensi penguatkuasa yang diamanahkan untuk mengawal persempadanan dan perairan negara seperti TLDM, APMM, TUDM, Unit Udara Polis, PDRM, Polis Marin yang kerap mengadakan rondaan maritim, tinjauan, air survelance and reconnaissance, namun masih terdapat kelemahan
yang mengakibatkan persempadanan dan perairan negara bolos. Siasatan terperinci perlu dijalankan dan tindakan susulan perlu diambil bagi mengatasi kejadian seperti ini dari terus berulang.
Namun demikian, apabila berlaku insiden yang melibatkan kematian pegawai dan anggota Komando VAT 69 PDRM ini, mkita juga amat kesal bagaimana ianya boleh berlaku. Sedangkan pegawai dan anggota Komando berkenaan adalah
dari kalangan pasukan elit yang terlatih dalam menghadapi situasi genting seperti yang berlaku. Difahamkan melalui berita yang disiarkan oleh Buletin TV3 malam ini, adalah difahamkan pasukan penceroboh itu didakwa telah mengibarkan bendera putih yang bermaksud untuk menyerah diri. Pegawai dan anggota-anggota komando itu didakwa telah diperangkap dengan pengibaran bndera putih itu.

Jika benar mereka diperangkap sedemikian rupa, ia adalah satu kesilapan besar kepada pegawai dan anggota komndo berkenaan. Mereka tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat dengan taktik musuh sedemikian. Mereka perlu berhati-hati dalam apa jua keadaan dengan cara mereka perlu mencari perlindungan keselamatan diri terlebih dahulu sebelum bertindak meminta atau memberi isyarat kepada pihak musuh agar kesemua anggota musuh meletak dan menjauhi senjata mereka sebelum menghampiri mereka dalam kedudukan yang selamat. Manakala anggota keselamatan yang lain mestilah mengawasi pergerakan anggota-anggota musuh dan mengawal kawasan berkenaan (cordon the area) Inilah secara ringkas mengenai prosidur dan latihan yang telah ditanam dalam diri kesemua anggota-anggota kelsematan samada dalam ATM mahupun PDRM. Langkah berjaga-jaga dan siap siaga amatlah perlu dalam keadaan yang genting apabila berhadapan dengan musuh. Apatah lagi mereka itu adalah dari pasukan Komando VAT 69 yang dianggap pasukan elit dan terlatih dalam menghadapi sebarang ancaman dalam apa keadaan sekali pun.

Namun takdir mengatasi segala-galanya, kesilapan boleh berlaku pada bila-bila masa mungkin disebabkan terlalu yakin (over confident) dan mempercayai musuh sepenuhnya tanpa ada perasangka.  

Al-Fatihah kepada pahlawan-pahlawan negara yang gugur syahid di medan pertempuran. Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatklan bersama-sama orang-orang yang soleh. Takzziah kepada waris dan keluarga mereka yang terkorban. Semuga mereka tabah dengan dan redho di atas ketentuan Illahi. DariNya kita datang, dan kepadaNya, kita kembali. Lahirnya disambut dengan Azan, perginya diiringi dengan Iqamat, Antara Azan dan Iqamat, alangkah singkatnya hidup kita ini.

para_jump101
 
 
 
From: azman azmans67@yahoo.com
 
setuju dengan mat rock.  Masa ini lah kita patut gunakan angkatan tentera kita.  Malah makin hebat kalau kita gunakan jet tempur kita yang tak ada enjin dan kapal selam yang baru aje boleh nyelam (itu pun kalau boleh nyelam).  Apa guna labur wang bilion ringgit untuk peralatan tentera jika tak digunakan....
 
 
From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>Subject: Re: RG2011... TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!
 
MASA NI LAH KITA LUPAKAN DULU PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK!
KITA LUPAKAN DULU PASAL PILIHANRAYA!
MASA NI LAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERSATU-PADU PERTAHANKAN BUMI TERCINTA KITA!
LEBIH-LEBIH LAGI SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.. BERDOALAH.. BUAT SOLATH HAJAT.. AGAR TENTERA KITA YG BERTARUNG NYAWA DI LAHAD DATU SELAMAT..
SEDIH WA TENGOK MAYAT KOMANDO KITA DIHINA OLEH TENTERA SULU DLM FB YG BARU WA TERIMA..
YA ALLAH.. SELAMATKAN LAH KAMI..
SELAMATKAN TENTERA KAMI..
SELAMATKAN AGAMA KAMI..
SELAMATKAN BUMI TERCINTA KAMI..
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
 
SEKIRANYA BERLAKU APA2 PERKARA YG MGANGGU GUGAT KESELAMATAN NEGARA SPT PENCEROBOHAN PIHAK ASING MCM YG BERLAKU SEKARANG NI KAT LAHAD DATU, INI BERMAKNA ADA KEMUNGKINAN PILIHAN RAYA AKAN DITUNDA SEHINGGA KRISIS KEAMANAN SELESAI.
 
 
2013/3/1 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 
 

Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan
terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.


Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses
ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.

Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.

Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
 
----- Original Message -----
From: Naim Qlate
Dicatat oleh Naim Qlate
 

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan).

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas (UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
 

No comments:

Post a Comment