Thursday, March 14, 2013

Re: RG2011... Fw: Guru diperlakukan seperti general worker

Lebih krg sama je apa yg diceritakan kakak sy..dia mengajat dkt sek  yang berstatus SBT, every year dpt bonus & menjadi sek contoh..yg bestnya bila sek. dpt bonus, dorang mampu buat jamuan makan2 je tp pengetua slalu pergi oversea..pelik gak ek. kalau begitula, baik mengajar dkt sek biasa je, gaji lbh kurang sama je.. mmg la kalau berkerja hati kena ikhlas,gaji jatuh no 2 lebih2 lg mengajar anak bangsa kita kan tp kalau tiap2 tahun sama je even dh bekerja keras mst rs demotivated =(

Ni apa yg sy rasala..



From: Muhammad Haleem <alhikmah009@yahoo.co.uk>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 13, 2013 7:06 PM
Subject: RG2011... Fw: Guru diperlakukan seperti general worker

Assalamu'alaikum w.w.

Ada seorang guru, sambil mengajar di sebuah sekolah, dah pun buka sekolah lain,
Tapi pakai sukatan pelajaran sendiri, berbasic kan Al Quran. Tak dak ikut PBS ataupun
band ataupun sistem mana...
Dia akan sepenuh masa dengan sekolah barunya..

Di Indonesia berdekatan Surabaya, ada sebuah sekolah Menegah yang
menggunakan sukatan pelajarannya sendiri, berbasic kan Al Quran,  tak
diiktiraf oleh kerajaan sejak 15 tahun lalu. Tapi sekarang kerajaan Indonesia hantar staf
dan pelajar universiti untuk belajar dengan pentadbir sekolah tu,
untuk melihat bagaimana mereka dapat hasilkan student2 yang cemerlang.
Pencapaian pelajar dari situ sangat berbeza..
Pensyarah dari Syria yang pernah datang menziarahi sekolah tersebut, amat kagum
dengan keupayaan guru2 nya mendidik. Semua, saya ulangi semua pelajarnya hanya
boleh berbahasa Arab atau Inggeris sahaja di sekolah. Keupayaan pelajarnya
berkomunikasi dalam Bahasa Arabnya sangat luar biasa, dengan bahasa
Arab fusshah

3 minggu lepas JAIS mengantar sekumpulan student terbaik Tahfiznya untuk ambil kursus tertentu
di sana selama 3 bulan..UM menawarkan lepasan sekolah tersebut untuk terus buat
kursus pengajian ijazah 

Guru yang saya ceritakan tadi, yang kini sedang menggusahakan sekolahnya sendiri,
yakin bahawa PBS seperti jugak sistem pengajaran bahasa inggeris sebelum ni, akan gagal
dan akan dimansuhkan.

Dia yakin sistem PBS yang ada ni

1) ajar guru jadi pencatat dan penyiasat,  yang sepatutnya adalah pendidik,

2) ajar murid jadi Pak Turut kepada guru, tak boleh nak tanya banyak atau berbahas secara terbuka

3) ajar ibu ayah belanja guru, (bunga2 rasuah la tu) tak belanja, guru tak kenal anak kita,
maka lepas ni bagaimana nak dapat MRSM? Guru yang key-in pencapaian anak2 mereka

4) ajar guru bias kepada favorit student.. Tak sempat beri perhatian pada murid bermasalah,
banyak masa diguna untuk hantar lapuran..

5) ajar guru tak reti komplen hanya jadi Pak Turut juga !! Takut kena tukar atau tak ada kenaikan.
Seperti cerita dari ibnuabbas di bawah..


Semua ini akan menjadikan produk - atau  generasi sekarang
dan akan datang (anak-anak kita), meneruskan agenda
perhambaan kepada manusia, kepada kesenangan dunia dan pangkat. 

Generasi ini akan hilang kreativiti, hilang daya juang dan ketahanan diri, 
bagai lembu yang bekerja menarik bajak..
meneruskan sistem yang ada, untuk hasilkan generasi yang sama..

Kita macam robot2 yang bekerja untuk hasilkan robot lain..
yang untung hanyalah tuan punya kilang... Pentadbir pun sama,
hanyalah pelaksana dia ni intelligent robot..!!

Hai la,  sistem pendidikan ops,.. pelajaran di negara ku !!

Jom fikirkan jalan keluarnya ! 

kita keluar dari kepompong
dan berfikir untuk masa depan anak2 dan generasi akan datang.

Allah cipta kita sebagai khalifah untuk dunia,
Allah tidak cipta kita sebagai hamba untuk dunia,
Jadi hamba hanyalah kepada Pencipta dunia.


Wassalam w.w.







rom:
Naim Boroi <naimhansem@yahoo.com>
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 13 March 2013, 12:39
Subject: Fw: RG2011... Fw: Guru diperlakukan seperti general worker


simpati aku kpd guru² khususnya guru wanita yg belom kawen.....heheheh

eeerrrmmm.....ada baiknya letakkan polis dan tentera kat sekolah.....murid² yg melawan guru dan suka lari kelas harus ditembak serta merta



----- Forwarded Message -----
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 13, 2013 12:12 AM
Subject: RG2011... Fw: Guru diperlakukan seperti general worker

 


Guru diperlakukan seperti general worker - baca rintihan guru ini.- serius ni beb!

malaysiaberih.blogspot
wasukalu.com
Posted by GeloraHatiMuda
 
Inilah tulisan beliau yang tidak gua edit walau sehuruf pun...

Saya adalah seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah Kementerian Pelajaran selama lebih 10 tahun. Selama 10 tahun tersebut, saya telah mengajar sebanyak lima buah sekolah. Sekolah pertama saya ialah di Sabah. Sekarang saya telah berpindah ke Semenanjung dan bertugas di salah sebuah sekolah harian yang berada di pinggir sebuah bandar di semenanjung.

Selama saya bertugas di sekolah ini, terlalu banyak masalah yang saya hadapi dan para guru yang lain juga menghadapinya. Ini adalah suasana sebenar apabila berdepan dengan pengurusan dan pentadbiran di mana-mana sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Masalah yang didapati hampir serupa sahaja di sekolah yang berada dalam kawasan kampung yang diuruskan oleh Jabatan Pelajaran di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

BOSAN DENGAN SUASANA

Apa yang saya hadapi hari demi hari dalam masa bertugas di sekolah ini ialah rasa bosan yang teramat sangat. Rakan-rakan guru yang lain juga memberikan respon dan jawapan yang sama apabila mereka memikirkan apa yang sedang dihadapi. Andaikata terdapat kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa dan perasaan saya, sudah lama saya berhenti dari menjadi guru. Semua aktiviti dan P&P di sekolah amat menjemukan dan mengundang rasa malas dan bosan untuk melaksanakannya, tambahan pula dalam suasana PRU 13 yang semakin hampir. Ini kerana masing-masing guru merasa tidak sabar ingin mengecapi perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru yang diharapkan dapat mengambil alih kerajaan sedia ada agar segala pengurusan sekolah menjadi lebih baik.

ISU DISIPLIN PELAJAR

Berbalik kepada suasana dan keadaan di sekolah, suasana pelajar yang tidak berdisiplin ketika berada di dalam kelas dan di dalam kawasan sekolah amat ketara. 

Tidak sedikit pelajar yang menghisap rokok, berambut panjang, memakai rantai datang ke sekolah, memakai seluar koyak dan ketat, mempamerkan keadaan pakaian dan penampilan yang kotor dan tidak terurus, berkumpul dan lepak di tandas pada waktu rehat hatta pada waktu P&P, bebas keluar masuk kelas dan keluar masuk dari kawasan sekolah serta merayau-rayau di luar kelas tanpa sebarang aktiviti manfaat yang dilakukan. Semua ini perkara biasa yang kami alami dan kami hadapi setiap hari pada masa bertugas. Keadaan ini amat menyakitkan hati kami dan menggugat kewibawaan kami sebagai seorang guru.

Masalah ini disebabkan disiplin dan peraturan sekolah yang terlalu lemah dan longgar. Pelajar sudah mula pandai melawan guru, tidak hormat kepada guru dan memperleceh guru. Pelajar bermasalah tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berwajib yang seolah-olah membiarkan sahaja ianya terus berlaku, bahkan guru pula yang ditukarkan ke sekolah lain. Pernah suatu ketika, pelajar melawan dan memukul guru kerana guru tersebut menegurnya kerana membuat bising sewaktu peperiksaan percubaan SPM sedang berjalan, pelajar tersebut mengejar guru hingga ke dalam kereta.

Apabila hal ini dibawa ke dalam mesyuarat disiplin, guru yang terlibat akhirnya ditukarkan ke sekolah lain, sedangkan pelajar hanya digantung sekolah selama dua minggu. Ini menampakkan bahawa kesilapan guru lebih besar dari kesilapan pelajar dari sudut peraturan Kementerian Pelajaran, yang dikatakan langsung tidak membela guru tetapi membela pelajar yang melakukan kesilapan. Begitu juga hukuman merotan pelajar, terlalu banyak pengecualiannya dan hanya dibenarkan kepada Pengetua dan guru disiplin sahaja. Merotan pula hanya boleh dijalankan di tempat yang tertutup.

PENTADBIR SEKOLAH YANG TIDAK ADIL

Suatu ketika, guru Kemahiran Hidup yang sudah 10 tahun pengalaman mengajar, tetapi ditukarkan ke sekolah lain dan diganti dengan guru baru posting yang tiada pengalaman. Guru tersebut cuba membetulkan pentadbir dalam pengagihan peruntukan panitia yang didapati mahu digunakan dan dialihkan oleh pentadbir untuk tujuan lain. Hasilnya guru tersebut dituduh melawan pihak pentadbir dan akhirnya ditukarkan ke sekolah lain. Ini menyebabkan para pelajar tidak dapat menimba ilmu yang sepatutnya dari guru yang berpengalaman tersebut. Pentadbir memberi alasan yang tidak munasabah mengapa guru yang begitu jauh dan lama pengalamannya dipilih untuk ditukarkan dan diganti dengan guru lain yang baru setahun jagung, sedangkan kerja guru tersebut di sekolah amat cemerlang dan baik serta pengajarannya amat memuaskan.

Guru-guru dan pentadbir sentiasa bergaduh dan sentiasa tuduh-menuduh, fitnah memfitnah, menceritakan dan menyampaikan keburukan sesama mereka sehingga menyebabkan guru menjadi tension untuk mengajar dan menjalankan tugas. Guru-guru seolah-olah tidak mahu mematuhi arahan pentadbir disebabkan sikap pentadbir (pengetua) berat sebelah dan tidak professional terhadap guru yang selalu menyalahkan guru dalam apa jua masalah yang berlaku.

Guru Cemerlang yang suka menghina dan memperlekeh guru-guru lain menyebabkan budaya berkelompok wujud di kalangan para guru dan kerja berpasukan (teamwork) hilang. Guru-guru biasa merasa terhina dan tertekan dengan sikap Guru Cemerlang di sekolah berkenaan. Para pelajar mengadukan hal ini dan mengatakan sebahagian guru menceritakan perihal guru-guru lain semasa berada di dalam kelas.

Pentadbir membuat aduan kepada PPD untuk menyalahkan guru kerana prestasi yang buruk sedangkan pentadbiran yang bercelaru dan berkecamuk menyebabkan prestasi pelajar merosot. Hasilnya PPD datang dan memberi amaran serta memarahi guru-guru yang tidak bersalah. Guru merasa tertekan dengan sikap pentadbir.

Pentadbir menghina dan memperlekehkan kemampuan guru-guru yang telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengatakan guru-guru tidak memberi sebarang keuntungan dan kebaikan kepada sekolah, sedangkan setiap hari guru datang ke sekolah untuk mengajar. Penghinaan tersebut menyebabkan guru tiada mood untuk mengajar. Pentadbir didapati memberi hadiah kepada guru-guru tertentu sahaja yang rapat dan sentiasa bersama dengannya, manakala guru-guru lain dihina begitu teruk sekali sehingga dikatakan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pihak sekolah. Ini menunjukkan sikap seorang pentadbir yang amat tidak professional.

Pentadbir sekolah mengatakan mana-mana guru yang tidak suka berada dan mengajar di sekolah itu hendaklah berpindah ke sekolah lain. Ini amat mengecewakan para guru kerana semua guru telah pun mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendidik dan mengajar. Beliau tidak sepatutnya mengatakan sedemikian.

REPUTASI DIKEJAR, AKHLAK TERABAI

Pentadbir sekolah sentiasa menyebut-nyebut dan memberitahu para guru bagaimana cara untuk mudah naik pangkat dan cepat lompat ke DG48, DG52, DG54, JUSA C dan sebagainya. Itulah yang diwar-warkan selalu di hadapan para guru di dalam mesyuarat. Beliau juga terlalu mengejar anugerah, nama, glamour dan pangkat seperti perjanjian dengan pihak Jabatan yang menjanjikan imbuhan kewangan dari pihak Jabatan Pelajaran untuk meraih title dan anugerah tertentu, menyebabkan urusan yang lebih penting seperti disiplin (ramai pelajar ponteng dan tidak masuk kelas, melawan dan memperlekehkan guru) menjadi terabai dan menyebabkan sahsiah, akhlak serta kebajikan pelajar semakin hari semakin tidak diambil tahu dan dibiarkan. Begitu juga penekanan terhadap tugas-tugas asas guru seperti memantau dan menekankan para guru agar sentiasa masuk kelas, menjaga dan menyediakan kemudahan dan kelengkapan peralatan di sekolah untuk kepentingan pembelajaran anak-anak kami dan sebagainya, semuanya telah terabai.

cikgu sedang mengecat
Pentadbir sekolah juga terlalu mementingkan keceriaan bangunan dan kawasan sekolah sehingga memaksa dan memeras tenaga guru dan pekerja bawahan untuk menceriakan kawasan dan bangunan demi mendapat anugerah cemerlang dalam pertandingan keceriaan sekolah di peringkat Daerah dan Jabatan. Ini menyebabkan emosi guru terganggu dan guru merasa tertekan dengan arahan-arahan untuk melakukan kerja-kerja di luar tugas guru seperti itu, tambahan pula guru mesti mengeluarkan kos dan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan peralatan bagi menceriakan sekolah.

MAKANAN KANTIN

Makanan yang disediakan kepada para guru di kantin sekolah amat tidak menyelerakan dan menjemukan. Ini menyebabkan ramai para guru tidak makan di kantin, sebaliknya membawa bekalan sendiri dari rumah atau membelinya di tengah jalan untuk dibawa ke sekolah. Ini kerana pengambilan tender yang tidak ada pengalaman dalam menyediakan makanan kepada pelanggan yang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah.

SISTEM PBS

Sistem PBS cukup memeningkan dan memenatkan para guru. Antara perkara yang menimbulkan masalah ialah penyediaan bahan bukti (evidens) atau instrumens bagi ujian PBS yang ingin disediakan untuk para pelajar yang terlalu banyak. Bayangkan jika satu subjek ada 30 tajuk, setiap satu tajuk mesti ada 6 evidens untuk 6 band, bermakna 36 helai kertas digunakan untuk kesemua 6 band bagi setiap tajuk. 30 tajuk bermakna 1,080 helai kertas diperlukan bagi setiap orang pelajar. Jika di dalam sebuah kelas ada 40 pelajar, bermakna setiap kelas memerlukan 43,200 helai kertas diperlukan. Jika ada dua kelas atau tiga kelas bagi setiap tingkatan, maka 43,200 x 2 atau x 3, fikirkanlah sendiri berapa kos kertas yang diperlukan oleh pihak sekolah bagi perlaksanaan PBS. Kos ini tidak dinyatakan dalam kursus PBS sumbernya perlu diambil dari mana, ia terpulang pada pihak sekolah untuk memikirkannya.

Dalam pengajaran guru, masalah juga timbul antara mahu "mentaati" Lembaga Peperiksaan ataukah mahu "mentaati" Kementerian Pelajaran. PBS diselia dan diurustadbir oleh Lembaga Peperiksaan yang inginkan penilaian setiap band berdasarkan eviden yang telah dibuat, mesti dikey-in setiap bulan mengikut tajuk. Ini bermakna kebanyakan waktu P&P guru digunakan untuk menjalankan ujian PBS ke atas setiap pelajar dan bagi tujuan dimasukkan nilai band dalam laman web PBS setiap bulan berdasarkan ujian dan eviden yang disediakan, manakala Kementerian Pelajaran mula mahukan tajuk dan sukatan dihabiskan dalam tempoh yang tertentu. Ini menimbulkan "pertelagahan" antara mahu mentaati kemahuan Lembaga Peperiksaan ataukah mahu mentaati kemahuan Kementerian Pelajaran. Dengan kata mudah, jika guru menjalankan ujian PBS semasa P&P, sukatan dan isi pelajaran tidak dapat dihabiskan dan diajar dengan sempurna, jika guru menjalankan P&P seperti biasa, ujian PBS tidak dapat dijalankan kerana masa 40 minit waktu mengajar telah digunakan untuk menjalankan P&P.

SISTEM PENILAIAN PENCAPAIAN BARU

Selain itu, pelajar tidak lagi dinilai dengan kedudukan dan nombor dalam kelas atau tingkatan tetapi dinilai dalam ukuran band, iaitu band 1 hingga band 6. Ini memberi masalah kepada para ibu bapa untuk mengetahui setiap prestasi, kebolehan dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari oleh anak mereka. Timbul masalah juga pelajar di sekolah pedalaman dengan sekolah berasrama penuh apa bezanya jika kesemua mereka mendapat band 6? Tiada penilaian dalam bentuk gred, peratus dan agregat seperti sistem lama dahulu. Bagaimana pula dengan ukuran kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ke MRSM atau lain-lain yang sekolah yang menjadi rebutan para pelajar?

Ini hanyalah sebahagian masalah dan rungutan para guru yang bertugas di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran buat masa ini yang sempat saya tulis di ruangan ini. Sebenarnya banyak lagi rungutan yang tidak terkata seperti kebajikan para guru dan pelajar, masalah kemudahan dan infrastruktur sekolah yang juga diabaikan oleh pihak berwajib dan amat menyedihkan dan mengalirkan air mata bagi sesiapa yang memerhati dan memikirkannya. Mudah-mudahan luahan hati ini memberi pengajaran kepada kita akan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh sesiapa yang memegang amanah dan tanggungjawab." ditulis oleh ibnuabas

Belum pun seminggu gua menulis catatan peribadi menerangkan masalah dan kekurangan dalam profesion perguruan dalam negara tercinta ini, sudah ada seorang guru yang secara serius menulis segala rintihannya kerana bebanan menjadi guru... Gua nak pesan lagi. Apa yang ditulis beliau adalah sekelumit daripada keseluruhan masalah para guru. Gua pesan lagi... Kalau tak percaya sila tanya pakcik/makcik yang kerja cikgu....wakaka

comments:

  1. tak salah macam cerita di Semporna. PPD baham abis sampai cuti pun guru kena jual dengan guru lain untuk ambil alih kelas
  2. Perkara ni puncanya adalah pihak pentadbir sekolah atau lebih gah disebut pengetua sekolah. Lebih 90% pengetua2 yg ada sekarang dilantik bukan atas sebab kompetensi, berilmu dan beragama tetapi dilantik sebab muka2 ini selalu mengadap jabatan dan menjilat utk naik pangkat... sebab yg menunggu di jabatan tu pun sepisis lebih kurang itu jugak... majoritinya bangang... kalau ada yg cerdik dan jenis buat kerja kena pulau dan akan jadi lembu... dah tau mentri pelajaran tu bengap pihak jabatan ni main anggggggggggguk saja apa yg mentri bahlol cakap... sebab nak naik pangkat... yg jadi mangsa guru dan murid2, yang kaya kontraktor pembekal buku dan peralatan sekolah yg ada kautim paling busuk dgn pengetua.... dan yg mendada adalag guru2 kroni pengetua yg dah mula belajar kaedah2 nak menjilat.... kalau tukar kerajaan pengetua2 ni semua kena tapis dan interview semula... adakan peperiksaan khas utk pengurusan sebab pengetua ni buat guru2 macam B*Bi kat sekolah... main kerah saja






No comments:

Post a Comment