Wednesday, March 13, 2013

Re: RG2011... Fw: Remaja Ditembak Mati - Laporan Filipina Benar?

Kerajaan Filipina tidak boleh menyalahkan pihak keselamatan Malaysia, kerana yang ditembak mati itu berada dalam Zon Merah atau kawasan larangan yang telah diistiharkan.sesiapa jer yang masuk dalam tu menerima risiko untuk  ditembak mati tak kira rakyat filipina atau kaum bumi putera sendiri....

--- On Wed, 13/3/13, Mona <mona7169@yahoo.com> wrote:

From: Mona <mona7169@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Remaja Ditembak Mati - Laporan Filipina Benar?
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 13 March, 2013, 5:39 PM

DARIPADA ASKAR KITA MATI BAIK PENCEROBOH MATI...GATAL BENAR CEROBOH BAWAK ANAK SEKALI SAPER SURUH....DAH KENA TEMBAk BISING LAK..PETUIHHHH......

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 12, 2013 12:28 AM
Subject: RG2011... Fw: Remaja Ditembak Mati - Laporan Filipina Benar?
 

 

Remaja Ditembak Mati Sahkan Laporan Filipina Benar?

Posted by greenboc
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi semalam di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.


Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.

Ulasan GB

Baru GB ulas semalam, GB tulis

Kita menyokong tindakan polis dan tentera mempertahankan negara tetapi kita tidak menyokong tindakan berlebih-lebihan sehingga yang tak sepatutnya dibunuh tapi dibunuh.

Dunia kini sedang memerhatikan kita. Tidakkah berita dari Filipina itu benar-benar mengecewakan rakyat Malaysia dan amat menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?

Di dalam kes di atas, neburut KPN, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan.

Ia sesuatu yang sukar diterima kerana "tiada senjata, tiada ancaman" tetapi secara tiba-tiba hanya bersandarkan "wujudnya pergerakan" tembakan dilepaskan.

Kecuaian sedemikian tidak sepatutnya berlaku, ia seolah-olah mengesahkan tuduhan Filipina bahawa wujud keganasan polis Malaysia sepanjang operasi memburu penceroboh sehinggakan ada yang bukan penceroboh turut dibunuh.

Di lain masa orang awam pun hendak apabila ternampak polis bersenjata. Kot-kot nanti terkena "tembakan spontan".

Professionalisma polis dan tentera Malaysia perlu dipertingkatkan sebelum imej negara menjadi hanyir di persada antarabangsa.

comments:
Anonymous said...
hujjah GB ada rasionalnya
tomskut said...
GB....

rasanya bukan salah polis atau anggota keselamatan tu... ini berpunca dari sikap org atas... dari Datuk Seri Hishammuddin yang memula ckp mereka bukan pengganas dan militan... apabila 8 org sudah mati... pasukan keselamatan malaysia dah pandang serong atau.. secara psikologi mereka akan bertindak ganas kepada semua rakyat filipina di sana... saya tak ckp tindakan pasukan keselamatan tu salah... cuma sebab tindakan bos diorang yang tak ambil endah pasal pencerobohan ... DAN PIHAK MEDIA tak ada langsung ulasan pasal pencerobohan tersebut... macam saya terbaca berita pencerobohan dari satu blog... ckp kenapa kerajaan malaysia tak buat apa2.. YA BACA DARI BLOG... berita YAHOO pon tak keluar lagi.... dan apa sudah jadi... 8 org mati.. kerana ketidak cekapan org atas... dan kalau ada kematian tak sengaja... mmg tak dapat dielakkan di sini...
Anonymous said...
Salam.. Kita dlm mood perang..suasana genting. Lg pun rasanya mereka berada dlm zoon merah. Di sini nyawa adalah pertaruhan. Susah la nak ckp....
Anonymous said...
Mintak2 la ianya bukan sesuatu yang disengajakan. Dalam situasi yang serba kemungkinan mcm ni, kita x boleh salahkan polis semata2. Takkan nak tunggu musuh bertindak dulu baru kita nak bertindak? Dalam perang, bergantung kpd siapa cepat. Bukan spt bertanding berebut kerusi, kalau x dpt kerusi, terkeluar pertandingan. Ini kalau kita kena tembak, nahas la jwbnya
XUMNO said...
Polis janganlah terlalu "trigger-happy" seperti yang banyak kes di mana kanak2 dan wanita tertembak atau ditembak.Kena faham dalam keadaan sekarang di mana penduduk Sabah dalam ketakutan, dan tempat paling selamat bagi orang2 kampung ialah menyorok dalam semak. Kenapa tidak diberi amaran terlebih dulu sebelum menembak? Tindakan terburu2 membunuh akan menanamkan rasa benci dan dendam yang akhirnya pihak polis juga yang akan menerima padahnya.
Anonymous said...
islam pun ada kaedah berperang
Anonymous said...
They are in the red zone - Kill or be killed. Jika tertembak nak buat macam mana?.

Jgn salahkan polis/ATM dan lain2 anggota keselamatan.

Dari site lain - Pihak risikan tentera/polis telah beritahu MKN awal 6 bulan sebelum kes ini timbul awal Februari lepas - apa menteri Pertahanan & Menteri Dalam Negeri buat? Samada sleeping on the job atau ada agenda lain. Yang jadi mangsa rakyat & anggota keselamatan.

Merak Langit
Farouk said...
mode perang memang betul, tapi dalam perang ada apa yang dipanggil "sentry" dan "stand to", makna kata alert "at all time", sari situasi kat atas it is more like a "gelabah puyuh"... atara sebab gelabah puyuh ni pasal tak ada "sentry and tand to" bila dapat tahan someone yang jadi target maka dah rasa selamat, bila bergerak semak, terus tembak tanpa fikir.....
Anonymous said...
aku sangat setuju dengan komen Farouk kat atas tu cuma nak tukar sikit, ini bukan gelabah puyuh dah ni tapi dah tahap gelabah tenuk.

kalau yang mati tertembak tu orang filipina kira OK lah tapi bagaimana kalau mereka rakyat tempatan. mana slogan baru yang tiba2 dicanangkan kerajaan "keselamatan rakyat didahulukan"?. itu dari satu persepektif, tapi kalau mangsa tembakan orang filipina sekalipun tetapi bukan combatant sulu macam mana. suasana perang satu hal. malah dalam perang dan berhadapan dengan musuh yang jelas sekalipun kita perlu ada compassion. kalau tidak kita pun sama lahanat macam dia orang lah jugak. pihak keselamatan kena boleh bezakanlah, ini bukan perang koboi. bukan jabatan haiwan buru anjing liar, JANGAN GELABAH TENUK
entah said...
yg aku masih dan tetap heran, kenapa masih polis yg mengetuai dan terlibat di barisan hadapan..dh lah dgn bjalan lenggang lenggung, tanpa full gear, jaket kalis peluru ngan topi besi pun x pakai..tentera pulak main jet ngan mortar dr blkng..tp sasaran jet ngan mortar masih diragui..empty target atau sekadar buat soundtrack seolah2 bperang..
Mohd Shahrul Abdullah said...
jgn cakap camtu bae. Anggota kita duk dlm zon merah. Kalo xpenah duk dalam situasi diorg, aku fikir baik accept jer tindakan "pantas" diorg. Sorry tu say, kita nak bebaik sgt aper citer. Penceroboh tu dah Sembelih anggota kita ( ok la, boley terima lagi sbb risiko kena camtu mmg dah diletak dlm diri anggota - diorg berkhidmat utk negara ). Apa pon, we can't afford to lose anymore man. Finito.
Anonymous said...
bangganya najib dapat bunuh umat islam Sulu, sebagaimana Mahathir dapat bunuh orang islam Memali...?
Anonymous said...
situasi amat genting.. samada musuh tembak kita atau kita tumpaskan dia dahulu
Anonymous said...
m sharul abdullah paham atau tidak org komen ramai2 kat sini nih? kalau polis @ tentera tembak kasi mampos semua tentera sultan sulu jamalu karam tu tak aper lah tak ada org nak kata aper pun. masalahnya sekarang nampak semak goyang pun dah tembak ni apa hal? nampak sangatlah polis kita penakut tapi kalau ngan rakyat sendiri yg tak melawan bukan main lagi. ni org panggil MANGKOK HAYUN. keja gaji buta jer. atau nak balas dendam sebab 8 anggota polis dan terkorban? kalau tanya sama samy blue tentu dia kata "nak buat macam mana tuhan ala punya takdir". kalau tak caya pegi tanya sama samy bleu.

sama ada berada dalam red zone atau tidak itu bukan persoalannya. m shahrul sendiri macam tahu2 jer macam mana keadaan di red zone, setahu akulah dah lama malaisia ni tak penah ada konflik sebegini hingga melibatkan kekuatan tentera melebihi satu division nih?

pasal sembelih ni aku pening sikit sebab sampai hari ni kpn tak dak sebut pun ada mana2 anggota yang terkorban kerana disembelih atau mungkin aku terlepas pandang kot?

lagi satu pesan kpd anggota keselamatan di sabah janganlah gelabah tenuk sangat dan jangan goyang tak tentu hala jangan macam lagu DSAI - tanya sama najib apa pasal GOYANG, nati jawab najib sabah nak hilang
Anonymous said...
anon 2:21 PM

situasi memang genting, itu sebab kena berhati2, bukan tembak membuta tuli...

kalau mcmtu tembak saja semua yg bergerak di zon merah? betul ker macamtu?

Bodoh dan bangang!
Anonymous said...
Komen GB: "Ia sesuatu yang sukar diterima kerana "tiada senjata, tiada ancaman" tetapi secara tiba-tiba hanya bersandarkan "wujudnya pergerakan" tembakan dilepaskan."

Adakah GB mahu sekali lagi anggota keselamatan kita ditembak curi sekali lagi? Kejadian itu berlaku dalam suasana genting, tak kan nak pergi tengok/siasat dulu baru nak tembak. Kalaulah mereka itu pengganas sudah tentu mereka tembak dulu anggota keselamatan kita.

Kita yang selesa tinggal di tempat aman bolehlah berkata itu ini. Kita tak rasa sendiri suasana perang dan nyawa menjadi pertaruhan mempertahankan negara.

Bagaimana pula komen GB berkaitan anggota keselamatan kita dibunuh dan disiksa mayatnya?
Anonymous said...
anon 3:03 PM

anggota keselamatan kita yg dibunuh tu adalah angkara menteri KDN yang pada awalnya menyatakan bahawa penceroboh itu bukan pengganas...

apalah mahu spin lagi
 

Apakah Berita Polis Bertindak Ganas Ini Benar?

Posted by greenboc
Ribuan warga Filipina dilaporkan melarikan diri dari Sabah dan pulang ke negara mereka bimbang tentang penderaan dan keganasan yang didakwa akan digunakan oleh polis Malaysia ke atas orang Suluk dan mereka disyaki penyokong keluarga Kiram, menurut laporan media Filipina.

Golongan pelarian itu diwawancara oleh The Philippine Daily Inquirer semalam, mendakwa mereka melarikan diri dari Malaysia timur selepas menyaksikan keganasan yang dilakukan pihak berkuasa dalam usaha menghalau penceroboh awal minggu ini.

Seorang pelarian berkata, lelaki Filipina ada yang diheret dari rumah mereka dan dipukul, dan memaksa mereka berlari sebelum polis menembak ke arah mereka, walaupun mereka menunjukkan dokumen imigresen mereka yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Laporan juga dikatakan sampai ke Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dimana adiknya Agbimuddin Kiram mengetuai pencerobohan di Sabah, mengatakan warga Malaysia berketurunan Tausug juga dibelasah di tangan polis, termasuk mereka yang memegang MyKad.

Orang Tausug juga dikenali sebagai orang Suluk yang datang dari kepulauan Sulu di Filipina.

"[Rakyat Malaysia] mendakwa mereka sudah beri 'toleransi maksima', tetapi itu tidak benar. kata anak Jamalul, "puteri" Jacel Kiram, yang dilaporkan Mereka memberi 'keganasan maksima' dan itu yang sedang berlaku. Perempuan, termasuk wanita mengandung, dan kanak-kanak juga ditembak oleh tentera Malaysia," di Manila Standard Today.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani mendakwa seorang perempuan hamil turut dipukul ketika operasi, menyebabkan beliau terpaksa melahirkan anak tersebut ketika ditahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, tempat di mana penceroboh itu menyembunyikan diri.

"Wanita mengandung itu melahirkan anaknya di balai polis, tetapi anaknya mati selepas itu. Orang ramai diheret oleh pihak polis," kata Idjirani, menurut Manila Standard Today. "Mereka bukan sahaja menahan orang Filipina dan penyokong sultan, tetapi warganya sendiri.

" Dalam laporan Philippine Daily Inquirer, seorang warga Filipina berusia 32 tahun mendakwa abangnya ditembak mati di tangan polis Malaysia semasa mencari mereka yang disyaki penyokong Kiram.

"Mereka mengheret lelaki ke luar rumah, tendang dan pukul mereka," katanya melalui panggilan telefon dari Patikul, Sulu, selepas beliau tiba di Filipina Jumaat lalu bersama 200 pelarian lain.

Taradji mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menyerang kampung di daerah pesisiran pantai Sandakan di mana beliau tinggal di situ pada malam Isnin, dan di situ abangnya Jumadil ditembak mati selepas diarahkan pihak polis untuk berlari sepantas mungkin.

Menurut The Inquirer, seorang pegawai berkata kira-kira 1,000 orang pelarian meninggalkan Sabah untuk ke Sulu dan Tawi-Tawi, sementara lebih ramai lagi akan meninggalkan Malaysia apabila pihak berkuasa meneruskan operasi menghalau penceroboh Sulu.

Taradji juga dilaporkan berkata pihak berkuasa Malaysia sengaja membiarkan mereka yang ditahan kelaparan jika mereka disyaki mempunyai kaitan atau menyokong pencerobohan Sulu.

"Walaupun anda mempunyai dokumen yang sah, anda juga akan ditahan. Jika anda bertuah untuk tiba di penjara, anda mati kelaparan kerana mereka tidak akan memberi makanan kepada anda," katanya menurut The Inquirer.

Taradji dilaporkan merupakan seorang pemegang MyKad, dan tinggal di Sandakan sejak beliau berusia enam tahun, tetapi beliau tetap meninggalkan Sabah selepas melihat sendiri keganasan yang dilakukan oleh polis terhadap warga Filipina.

Seorang lagi pelarian, Carla Manlaw yang berusia 47 tahun memberitahu The Inquirer berkata beliau meninggalkan Sabah selepas mendengar berita berlaku keganasan ke atas warga Filipina dan polis sengaja menembak ke arah mereka.

"Majikan saya tidak ada masalah dengan pekerja Filipina. Tapi apa yang membimbangkan saya ialah polis," katanya lagi.

Datuk Bandar Jolo, Hussin Amin memberitahu Inquirer beliau bercakap dengan pelarian dari Sabah dan berkata beliau mendengar cerita tentang keganasan oleh polis Malaysia.

"Tentera dan polis menyerbu rumah dan walaupun mempunyai dokumen sah seperti pasport atau kad pengenalan, mereka tidak peduli. Dokumen tersebut dikoyak depan mata mereka. Lelaki diarahkan untuk berlari dan akan ditembak jika mereka berbuat demikian. Mereka yang enggan akan dipukul teruk. Warga Filipina di penjara diseksa," katanya lagi.

"Kita mahu kerajaan menyiasat perkara ini. Pelarian dari Sandakan juga menceritakan perkara yang sama. Jika ini benar-benar berlaku, pihak berkuasa Malaysia tidak hanya memburu penyokong Kiram di Lahad Datu," kata Amin lagi, menurut laporan Inquirer.

Kerajaan Malaysia berulang kali berkata akan memburu semua penceroboh Sulu di Lahad Datu sehingga semua militan keluar dari negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan militan enggan untuk pulang walaupun diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan The Star Online.

< "Mereka tidak meletakkan senjata mereka tanpa syarat, dan ini akan berterusan," katanya semalam.

"Kita dengar mereka ada memasang jerangkap samar, jadi nasihat saya supaya semua berhati-hati dan keselamatan menjadi prioriti teratas," katanya lagi.

Hisham mengesahkan jumlah kematian penceroboh Sulu ialah seramai 53 walaupun terdapat lagi banyak mayat yang belum dikira.

Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke atas pemberontak Sulu pada Selasa pagi, dan jet pejuang melepaskan bom dan artileri di Kampung Tanduo, tempat mereka berlindung.

Selepas serangan udara, tentera darat masuk untuk melaksanakan operasi "menghapuskan semua militan", dan pergi dari rumah ke rumah di kawasan berbukit dan di sekitar perkampungan tersebut untuk memburu militan.

Walaupun peningkatan dalam laporan kematian penceroboh Sulu, keluarga Kiram berkata hanya 10 orangnya sahaja yang terkorban, dan mengatakan ia cuma propaganda oleh Malaysia untuk mendakwa mendapat kemenangan ke atas mereka.

Jurucakap Sultan, Idjirani berkata Malaysia perlu membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina untuk ke zon konflik di Lahad Datu, untuk mengesahkan kematian penceroboh Sulu.

"Malaysia mesti benarkan media asing dan tempatan ke zon konflik untuk mengesahkan dakwaan mereka, jika tidak, ia masih boleh didebatkan," katanya dalam The Philippine Star pada laporan Jumaat lalu.

Agbimuddin berhubung dengan keluarganya di Filipina pada jam 2.30 petang Jumaat semalam, menurut Philippine Daily Inquirer, dan berkata mereka masih hidup dan sedang berjalan tetapi menderita akibat kelaparan.
-TMI


'We're treated like animals'
Filipinos flee police brutality in Sabah

ZAMBOANGA CITY—"They dragged all the men outside the houses, kicked and hit them," 32-year-old Amira Taradji said on Friday as she recounted her family's ordeal in Sandakan, which started when Malaysian security forces launched a crackdown on suspected supporters of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah.

Taradji said Malaysian policemen ordered Filipino men to run as fast as they could and shot them.

Among those killed on Monday night during the police sweep of a Filipino community in Sandakan was her brother, Jumadil, she said.

Taradji, who was originally from Calinan in Davao City, was among some 400 Filipinos who fled Lahad Datu, Semporna, Tawau and Kunak in Sabah for Sulu as the violence sparked by the intrusion of the followers of Jamalul into the eastern Malaysian state spread at the start of the week.

In other Philippine areas near Sabah, hundreds more have arrived since the police crackdown started and many more Filipinos are expected to return home anytime soon, according to government officials.

Speaking to the INQUIRER by phone through the help of a Sulu local official shortly after arriving in Patikul town by a commercial vessel from Sabah late Friday, Taradji said the police sweeps had become dreadful for both Filipinos and Sabahans known as Orang Suluk (people who originated from Sulu).

Taradji reported the arrest of Filipino men in Tawau and Kunak.

Some of the arrested men, who showed immigration papers, were shot dead, she said, recounting reports by other Filipinos who fled Sabah with her.

"Some of those arrested did not see jail because they were shot and killed," Taradji said.

She said those who had been locked up were also unlucky, as the Malaysian authorities were not feeding them.

Extreme fear

Taradji had lived in Sandakan since she was 6 years old and she was a holder of MyKad, the identification card issued to Malaysian citizens and permanent residents.

She said that despite her and her family's being holders of MyKad, they hastily abandoned their home when the police sweeps started Monday night.

She said that from a distance, she saw how those caught during the raid suffered in the hands of Malaysian policemen.

"We sailed from Sandakan to nearby islands. From one island to another, until we reached a small island where we took [an outrigger] for the Philippines. We begged hard so they would allow us into one of the [their boats]," she said.

Carla Manlaw, 47, said the extreme fear of Malaysian policemen, with stories of abuses and killings, prompted her and other Filipinos to leave for Bongao in Tawi-Tawi.

Manlaw and 99 others, including children and elderly people, reached Philippine waters in two motorboats after sailing for about two hours from Sandakan. They were intercepted and escorted by a Philippine Navy ship to Bongao late Friday.

"My employer had no problem with having a Filipino worker. But what bothered me was the police," she said.

Manlaw said the other Filipinos in her boat fled because of fear. "What will they do to us?" she said, quoting her fellow refugees.

She said that when she heard that a vessel was leaving for Bongao from Sandakan, she immediately grabbed her things and went for it.

Investigate now

Mayor Hussin Amin of Jolo, Sulu, said the accounts of Filipinos fleeing police abuse in Sabah were "alarming and disturbing" and the Philippine government should look into it.

He said he had spoken with many refugees and their stories were the same: Malaysian soldiers and policemen do not distinguish between illegal immigrants and MyKad holders.

"Soldiers and policemen stormed their houses and even those with legitimate working papers like passports and IC papers were not spared.

These documents were allegedly torn before their eyes.

Men were told to run and were shot if they did.

Those who refused were beaten black and blue. Filipinos in jail were executed," Amin said by phone late Friday.

What's really happening?

"We are asking our government to investigate now. Refugees from Sandakan and Sabah had spoken to us about their ordeals. If indeed what they have been telling us is true, then Malaysian authorities are not just targeting the Kirams in Lahad Datu," Amin said.

The New York-based Human Rights Watch also wants to know what is really happening in Sabah.

Phil Robertson, deputy Asia director of Human Rights Watch, issued a statement on Friday saying that while the "situation on the ground in the conflict zone in Sabah is still quite murky," Malaysia "should provide clear and accurate information on what had occurred."

Robertson said the Malaysian authorities should "ensure the protection of all civilians in the area, and allow humanitarian access for the provision of emergency assistance to those affected by the violence.

" Detained without charges

"We're concerned about the Malaysian government's use of the Security Offenses Special Measures Act to detain reportedly more than 50 individuals, and call on the government to either charge them with a recognizable criminal offense or release them. All parties to the conflict should heed the call of UN Secretary General Ban Ki-Moon to 'act in full respect of international human rights norms and standards," Robertson said.

Amin said that for now, he tended to believe the stories told by the refugees that Filipino men, especially Tausug, were being killed in the streets and in detention centers in Malaysia.

"Our people are treated like animals there and this has to stop because they are no longer hitting the Kirams," Amin said.

He said one reason why he believed the stories was his observation that children and women were so "deeply traumatized" that they tried to flee when they saw Filipino policemen as they arrived in Jolo.

"Some (of them) even attempted to jump to the sea, thinking they were still in Malaysia," he said, referring to scenes at the Jolo port this week.

"I spoke to them and gave them assurance that they were all home and no one would harm them now and the policemen securing the port were not Malaysians but Filipinos protecting them," Amin said.

Humanitarian crisis

Social welfare officials, who spoke to the Inquirer on condition of anonymity, said they anticipated that more than a thousand Filipinos from Sabah would arrive in the next few days.

One official said the crush of evacuees would "pose a problem" greater than the difficulties caused by the massive deportation of Filipinos from Malaysia in 2002.

Some 64,000 undocumented Filipinos were forced out of Sabah in that year and feeding or relocating them became a nightmare for officials.

Amirah Lidasan of the militant group Suara Bangsamoro said she pitied women and children who braved danger at sea to escape the Sabah violence.

The waters between Sabah and the Philippine areas of Tawi-Tawi and Sulu are known for huge waves that could swamp and capsize small vessels.

Survival problems

Taradji said another problem facing many Filipinos fleeing Sabah was how to live in the Philippines after living for decades in Malaysia.

She said she managed to bring some money to sustain her family for a few days.

But after that, she and her husband do not know how to feed the family, she said.

"We do not even know which way is Calinan now," Taradji said, adding that the Philippines is now a foreign land to her and her family after living for the past 26 years in Sabah.

Manlaw had the same thing to say.

"We have no future here, unlike in Sabah where we had jobs," she said.

Like Taradji, Manlaw and the other refugees who arrived in Bongao were being assisted by government agencies.

With reports from Cynthia D.Balana in Manila; and Allan Nawal, Inquirer Mindanao
Ulasan GB

Apakah berita mengenai keganasan polis Malaysia di atas benar?

Apakah polis bertindak demikian kerana bermotifkan membalas dendam kerana kematian lapan orang anggotanya sehingga menjadi mereka yang tidak bersalah pun turut dikasari dan ditembak?

Apakah polis dan tentera Malaysia sudah hilang pedoman sehingga yang tak bersalah pun dijadikan mangsa?

Kita menyokong tindakan polis dan tentera mempertahankan negara tetapi kita tidak menyokong tindakan berlebih-lebihan sehingga yang tak sepatutnya dibunuh tapi dibunuh.

Dunia kini sedang memerhatikan kita. Tidakkah berita dari Filipina itu benar-benar mengecewakan rakyat Malaysia dan amat menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?



comments:
Anonymous said...
Apakah ko hilang akal menuduh polis tentera yg mempertahankan negara seperti propaganda yahudi
Seperti mana kepala pembangkang anwar yg support all efforts to protect the security of israel?
omaq said...
Hanya gara-gara khabar angin anggota polis mati semasa bertugas peserta-peserta bersih dipukul dan dilanyak setengah mati.cuma belum sampai tahap nyawa melayang...
Anonymous said...
Bagi aku rakyat malaysia, kenapa militan ni masuk dulu dan buat hal? Kenapa admin x menyebelahi malaysia n mcm nak menangkan pihak pengganas? Ni macam nak philiphin saja menang.. Aku orang sabah dan aku tahu apa yang berlaku..
Waris said...
Menteri pondan yg jaga polis kata jgn dengar khabar angin... kah kah kah
PengundiPR said...
Kekejaman penceroboh harus dibalas dengan bersungguh-sungguh. Malaysia telah melayan mereka sebaik mungkin pada awal pencerobohan mereka dengan membekalkan makanan. Tapi mereka membalas dengan pembunuhan kejam ke atas polis dan tentera Malaysia. Tiada lagi kompromi dan Malaysia telah hilang kepercayaan ke atas penceroboh atau KIRAM walaupun mereka Islam. Tiada istilah "pelarian". Warga yang berasakan Malaysia tanah airnya, tidak akan lari ke Filipina. Yang lari ke Filipina tentu sahaja pendatang tanpa izin Filipina. Berambus semuanya...
Ridzuans said...
Bagus apa geng Filipina tu berambus dr bumi Malaysia ni.xyah dok compare ngan Israel kalo depa pun akn wat camtu jgak.
Anonymous said...
Sakit le umno kalau macam ni. Ahli umno sabah yang dapat IC dan dapat tanah lari balik kampung asal sebab takut kena dera.
Kalau PRU senak umno nak cari mana lagi pengundi hantu.

p/s: Apa-apa pun yang perlu ditangkap dulu adalah si pandy kutty. Keling karala ni mesti di ISAkan. Kalau polis-askar nak bagi flying kick bagi pada si kutty sebelum dia lari tinggalkan negara ni.
Anonymous said...
Kalau betulpun memang patut polis bertindak demikian. Kita mahu negara kita bersih drpd. pendatang asing yg tetlalu diberi muka oleh kerajaan demi kemenangan pilihanraya. Berjuta lagi pendatang asing yg bebas berkeliaran di seluruh negara ini yg perlu dipantau dan diajar sekali sekali supaya mereka ini sedar yg mrk hanya buruh shj di sini. Jgn lebih2. Pengajaran juga buat bn agar tidak mudah beri kerakyatan kpd pendatang asing semata2 mahu berkuasa.
Anonymous said...
kalau betul berita ini amat zalim polis Malaysia.........sama zalim dengan penceroboh
Anonymous said...
BGukan masalah pendatang haram, yang menjadi masalahnya kita dah bagi mereka IC maka kita kena akui segala kesilapan kita, dan kita terpaksa akur bahawa merekqa sudah menjadi warga negara kita.Jadi jangan lah kita bertindak sebegitu ganas kerana merka jugak manusia bukan binatang. Inilah contohnya.... bagaimana bersih diadakan.. kalau kita kata polis berrtindak ganas, mereka kata tidak. Sekarang sudah terbukti itulah cara polis menyelesaikan masalah. Lepas tu menuduh pihak pembangkang mengada-adakan cerita sekarang bukan hal perkara politik lagi ini berkaitan antara Negara luar. So bertindaklah secara s manusia.
bunbinban said...
ntah le... gua rasa ni seme propaganda media filipina dan juga org2 suluk dan tausug. Mencari peluang utk mewujudkna ketengangan. Lgi pun, warga filipina dan indonesia yg masuk cara haram dan juga yg dpt ic projek ni mmg kurang ajar dgn ank jati malaysia...sesekali ajar cara tu pun bagus gak.
Nazaruddin si Hamba Allah said...
Tak menghairankan kalau polis betul-betul bertindak zalim macam tu. Lihat saja apa yang berlaku di Perhimpunan BERSIH dahulu di mana rakyat dipukul semahunya hanya kerana khabar angin kononnya ada polis yang terbunuh dalam perhimpunan tersebut. Begitu juga jika dilihat daripada perangan samseng geng-geng polis di FB yang mengugut sapa2 yang memberi komen yang mencaci & menghina polis. Sedikit pun tidak menghairankan tentang kekejaman polis jika itu yang berlaku! Polis Malaysia BOEH!
kg senduk said...
beringat ingat lah wahai kerajaan malaysia... takkan terjadi Arab spring di malaysia... kami rakyat malaysia takkan bertindak di luar batasan.... walaupun kami di lanyak semasa perhimpunan BERSIH dulu... tapi ingat lah apa yg terjadi skg di lahad datu..... sulu spring..... bersih kan negeri Sabah sebaik mungkin....beri lah sedikit ruang pd wartawan utk bergerak dibelakang pasukan keselamatan agar segala perbuatan mereka dapat dinilai oleh negara luar... bersihkan negeri2 lain juga... sebelum terjadi indon spring, bangla spring, negro spring dan mcm2 spring... halau semua pendatang tanpa izin secepat mungkin sebelum terjadi sesuatu yg tak diingini di negara malaysia yg kami sayangi... allah maha berkuasa....
Anonymous said...
8.35 p.m source berita penfitnah no1 Negara. Hishamudin punya garang marah Tian Chua pasal sandiwara pencerobohan Sabah.

8.37 p.m Mak Cik UMNO yang bodoh dan bengong tension kenyataan Tian Chua.

8.38 p.m Pak Cik yang nyayuk dengan Nada menangis tension pasal Tian Chua punya sandiwara.

8.39 TV 3 attack Tian Chua habis - habisan pasal Sandiwara tersebut.

Rakyat M'sia yang ada lihat berita pasal Sandiwara Tian Chua pada hari ini di TV 3 agen penfitnah no 1 Negara. Hello Hishamuddin orang tak mahu dengar you punya komen pasal Tian Chua atau etc. Orang mahu see result selamat ke tidak rakyat yang tinggal Sabah, bukan busybody attack peribadi orang. You attack Tian Chua, Tian Chua seorang sahaja yang kena, You abaikan keselamatan Negara satu rakyat Malaysia yang merana. Rakyat Malaysia yang boleh berfikir, fikirlah sendiri adakah patut pemimpin UMNO masih busybody pasal Tian Chua punya kenyataan walhal pada masa sama sekarang rakyat di Sabah berada dalam keadaan ketakutan? You better buat kerja you macam nak tingkatkan keselamatan negara rather you busybody pasal kenyataan dan teguran orang, Mr. Hishamuddin. Atau kau tunggu sahaja nanti pada PRU akan datang nanti kami tolong kau letak jawatan sebagai menteri KDN kami tak mahu menteri yang kerjanya busybody hal orang bukan fokus kepada kerja dia sepatutnya.
Anonymous said...
Dulu masa buat projek ic tak fikir panjang..la ni malaon2 yg terlibat ngan projek ic abis menikus..hampeh semuanya malaon2 tu..
Anonymous said...
Mmg patut pun kaum ni dibuat cara mcm 2.....diaorg yg mulakn dulu....polis kita yg terkorban pun boleh diperlakukn dgn kejam lps tu nk kata kita yg kejam....mgaku islam tp perbuatan mgalahkn zionis...
Anonymous said...
Kita ada alasan , merekapun ada alasan.Inilah punca segala persengketaan.Sungguhpun kita tidak berperang dengan negara filipina secara terbuka...tapi, kita tidak tahu strategi orang...kalau Malaysia dulu membantu Gerilla yang menentang kerajaan Filipina..jangan rasa hairan pula jika ada pihak filipina yang akan membantu mereka...Darah sudah mengalir..Nyawa sudah melayang...Perbuatan Kejam kepada yang tidak bersalah akan membakar semangat dendam.Hendaknya insiden ini tidak menjadi Vietnam dulu dulu....
Anonymous said...
Berkaitan tian chua ke sapae ker itu bukan soalnya yang penting buktikan kepada kerajan filipina tunjunkkan mayat yang telah ditembak atau dibunuh ini tidak dibaginya gambar yang berlaku dithailand maka itulah sebabnya menjadi punca segala kekalutan. Kalau benar apa yang berlaku dan Malaysia berada dipihak yang benar maka sebarkan yang benar. iNI TIDAK AMBIL MASA yang cukup lama untuk menunjukkan bukti alih-alih diambilnya photo yang berlaku diThailand itu satu penipuan.Kalau benar Polis tidak melakukan seperti apa yang dimaksudkan oleh pihak Filipina maka buktikan apa yang benar. Contoh terbaik ialah ap yang berlaku diBesih..kita lihat sendiri....sandiwara yang dimainkan....mereka mengambil masa yang lama ..lepas tu edit video dan cuba menyatakan yang video mereka benar sedangkan apa yang diambil saat itu jugak menunjukan sebaliknya. Jadi ini jelas membuktikan apa yang dilakukan oleh piuhak polis selama ini memang benar. mak tanpa disedari Allah SWt telah tunjukkan kepada seluruh dunia apa yang mereka telah lakukan selama ini..... akhirnya terburai kejahatan yang mereka lakukan. Berubahlah...jadikan pihak keselamatan sebagai sebuah pertubuhan yang boleh memberikan satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia. Kalau tidak, tunggulah sehingga PRU13 ini...... apabila pembangkang mengambil alih tampok pemerintahan.
Anonymous said...
Kalau benar angota keselamatan Malaysia bertindak kejam pada keturunan sulu itu.agak-agaknya Selepas ini kalau Ada yang terkorban bolehke termasuk dalam golongan mati syahid.
Ammy Hassan said...
Cuba kita rangkumkan kisah Altantuya dengan Kisah Sulu. Altantuya dijanjikan komisyen. Sulu dijanjikan tanah. Tugas Altantuya jadi penterjemah runding komisyen. Tugas Sulu jadi pengundi BN. Altantuya datang mintak duit. Sulu datang mintak tanah. Altantuya menganggu depan pagar. Sulu datang mengganggu dengan senjata. Altantuya dibom. Sulu pun dibom! Siapa perkena siapa?
Anonymous said...
pihak polis selama ini selalu menyembunyikn kebenaran. bila trjadi konflik sebegini akibatnya sukar rakyat utk menilai siapa yg benar dan salah. sy sbg warga Malaysia yg pernah bekerja di Manila amat risau dgn keselamatan rakan senegara di sana. polis Malaysia seharusnya lebih terbuka dlm hal ini.
WarFitnah said...
Semua ini adalah propaganda, sememangnya polis yg mati tuu memang betul dan begitu juga dgn si penceroboh, cuma kesahihan cara kematian, siapa yg mati dan siapa yg tembak kita semua takkan dapat bukti yg sahih, mahupun bagi pihak kerajaan malaysia, memang kita semua sedih dgn apa yg berlaku kepada pasukan keselamatan yg gugur, dan begitu juga dgn kaum2 mereka yg berada di Filipina, hanya ALLAH sahaja yg tahu.....jadi hanya kemampuan kita hanya menyerahkan semuanya hanaya kepada ALLAH semata-mata.

nak kata penceroboh JAHAT, sememangnya mereka itu patut jadi jahat sebab asal-usul kebanyakkan mereka pun dari keturunan lanun dan nak kata polis itu BAIK, sememangnya kita semua dah alami sebelum ini dengan segala perhimpunan sana sini dgn LAYANAN "MESRA" dari pihak kerajaan kita sendiri, so kita serahkan kepada ALLAH untuk menjatuhkan hukum kepada sesiapa yg punya angkara, setimpal dgn apa yg sudah mereka lakukan, WALLAHU A'LAM

Kepada MUSLIM2 yg gugur di medan pertempuran ini kita hadiahkan AL-FATIHAH semoga roh2 mereka ini diterima oleh ALLAH sebagai MUSLIM yg sejati, AMIN
Anonymous said...
ammy hassan anda punya komen MANTOP. dah! dah! orang lain tak yah komen dah, ammy hassan punya komen dah lengkap dah macam org2 tua kata sudah terang lagi bersuluh

No comments:

Post a Comment