Tuesday, March 19, 2013

Re: RG2011... Fw: Sebar gambar fitnah - Anwar saman Papagomo

Elok lah tu....ini lah sahaja jalan bagi membawa pemfitnah2 freelancer yang semakin menjadi2 di alam dunia teknologi cyber yang sepatutnya menggunakan segala kecanggihan kommunikasi lebih memanafatkan perpaduan ummah  islam waimmah bukan islam sekalipun yang sepatutnya  semakin berilmu, bertamaddun, berperikemanusiaan  dan bertanggungjawab diatas segala sesuatu yang dilakukan didunia ini....berpegang lah kepada tali Allah SWT
Suriati Othman


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 19, 2013 11:25 PM
Subject: RG2011... Fw: Sebar gambar fitnah - Anwar saman Papagomo

 

 

Sebar gambar fitnah: Anwar saman Papagomo

 
PETALING JAYA 19 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengahari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo dalam saman itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.

"Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno," kata Anwar di twitter hari ini.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47769
 


No comments:

Post a Comment