Wednesday, March 6, 2013

Re: RG2011... Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari

 

shred tu dh buta hati....biarkanlah dia dengan kebutaan nyer...

Sent from Yahoo! Mail on Android



From: white4clean <white4clean@yahoo.com>;
To: respeks_group@yahoogroups.com <respeks_group@yahoogroups.com>;
Subject: Re: RG2011... Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari
Sent: Wed, Mar 6, 2013 9:49:32 AM

 

Shred yg budiman!
Kau dok seronok menulis sama apa yg Utusan & TV3 kau war-warkan....
Tapi kau lupa sebahagian besar mereka adalah ahli UMNO & dapat IC drp Project IC zaman Mahadhir.
Key person dalam kes ini adalah yg dikatakan Sultan Sulu, bukannya Misuari.
Siapa yg banyak buat deal dgn Sultan Sulu ini? Semuanya dr pembangkang atau UMNO?
Ada yg dijemput hadir sebagai tetamu hormat di Perhimpunan Agong UMNO 2012 lagi...
Malas orang nak melayan "cerita ciptaan" utk menutup sesuatu kebenaran ni...
Percayalah...kebenaran itu tetap timbul bila tiba masanya...
 
Contoh-contohnya:
1).
 
 
 
 
 
Foto Datuk Aziz Shamsuddin bersama mereka.
 
 
Mereka hadir di perhimpunan Agung UMNO 2012:
 
 
 
Foto-foto ini telahpun menceritakan secara keseluruhan bhw pemimpin UMNO menjalin hubungan baik dgn Sultan Sulu.
Tetapi kenapa berlaku begini?
Kenapa dekat dgn PRU13 (bukan satu kebetulan)?
Kenapa? Dan Berbagai kenapa boleh bermain di kepala rakyat Malaysia yg berada di "luar kotak" (think out side the box).
So, Shred....kau pun patut berubah....berhijrahlah.... 
 
 
 
 
 
 
 
 

From: Nadzri Mohd <nadz4827@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 6 March 2013 12:54 PM
Subject: Re: RG2011... Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari
 
Kalau perisikan ...takkan keluar kat entry ni..

From: kedahone <kedahone@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 5, 2013 6:09 PM
Subject: Re: RG2011... Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari
 
Hah, kalau dah betul pergi lah dakwa anwar tu, yg dok publish berita yg tak ketahuan ni buat apa? Tapi yg jelas hanyalah lebih kpd menfitnah, so cukup2 la engkau ni dok buat fitnah dan menyebarkan berita yg tak pernah disahkan. Ingat2 lah yg api neraka dok tunggu org yg suka buat dan sebar berita fitnah ni.
 
 
shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote: 

Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari

Published by AIDC on March 3, 2013 | 6 Comments
AIDCNews – 03/03/13 – Perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Selain itu, agensi risikan itu dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.
Jeffrey Kitingan adalah bekas Naib Presiden PKR yang kini menjadi Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan pengerusi United Borneo Front (UBF), parti pembangkang untuk Sabah dan Sarawak.
Pendedahan ini mengukuhkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini yang secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang Malaysia sebagai dalang dalam insiden tersebut.
Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.
"Memang berlaku pertemuan antara Anwar dengan Nur Misuari dan antara Jeffrey dengan salah seorang pemimpin Kesultanan Sulu.
"Ia dipercayai berkait dengan beberapa janji yang ditawarkan pihak pembangkang, "katanya.
Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut Sultan Sulu menuntut hak mereka.
Pada 14 Februari lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.
Lapor Reuters, kumpulan seramai 150 orang diketuai oleh Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumuddie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang, namun segera dinafikan Anwar dengan mendakwa kenyataan itu adalah tohmahan UMNO semata-mata.
Selain Reuters, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan. Dipetik dari blog tausug-global.blogspot.com/
Sementara itu, Jeffrey ketika dihubungi Mingguan Malaysia menafikan beliau adalah individu yang dimaksudkan oleh perisikan tentera Filipina itu tetapi mengakui ada mengadakan pertemuan
dengan Raja Muda Kesultanan Sulu pada Julai dan September tahun lepas.
"Yang datang Sabah bulan Julai tahun lalu ialah Raja Muda Sulu. Dia datang untuk menjemput saya hadir ke pertabalan beliau sebagai Sultan Sulu di Pulau Jolo dalam bulan September tetapi saya tidak dapat hadir.
"Dia adalah kawan saya dan menentang pencerobohan," katanya.

--

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment