Sunday, March 10, 2013

Re: RG2011... Sewa Kereta Untuk Pelajar (IPT)

 

Dinasihatkan janganlah buat projek ni. Lebih besar bencana dari untungnya.

1. Insuran tidak akan membayar jika berlaku kemalangan atau kecurian kerana klaus insuran tidak menyebut hal yang demikian. Sila tuan baca polisi insuran tuan dengan teliti.

2. Kemungkinan yang menyewa orang lain dan yang memandu orang lain / Sewa atas sewa, kerana yang ingin menyewa tidak memiliki lesen memandu sah jadi diguna nama kawannya yang berlesen untuk menyewa.

3. Digunakan untuk membuat benda benda negatif [ dadah, curi,rompak, racing atau membawa perempuan / berzina dll]

4. Dipandu secara gila dan bahaya yang boleh menyebabkan saman / kemalangan / melanggar harta awam dll.

5. Ada juga kejadian yang menyewa membuka tayar kita yang baru dan menukarnya dengan tayar buruk / botak. Tayar kita dijual.

6. Menggunakan kereta untuk membawa pendatang tanpa izin [dapat upah banyak]

7. Ada juga kejadian tak bayar dan kereta terus hilang, kononya dicuri orang...

8. Mengambil part yang baik dan ditukar dengan part yang hampir rosak.

Ini adalah pengalaman saya satu masa dulu. Serik lah nak buat kerja ni....

Kalau nak bagi sewa kepada kawan kawan ayng betul betul dikenali, mungkin uga boleh tetapi ingat " Biar hilang kawan jangan hilang kereta dan hilang kawan sekali" Sebaiknya kalau kawan / orang perlu bantuan maka hantarlah dan minta dia bayar khidmat anda. Itu lebih selamat.



HBI

--- On Mon, 11/3/13, Rosli Awang <khalifah_337@yahoo.com> wrote:

From: Rosli Awang <khalifah_337@yahoo.com>
Subject: RG2011... Sewa Kereta Untuk Pelajar (IPT)
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 11 March, 2013, 11:39 AM

 


Salam sahabat semua. Saya student di sebuah IPT. Saya ingin menyewakan kereta kepada pelajar IPT (tempat saya). Saya dengar ramai student bagi sewa kpd pelajar utk dapat duit lebih.

Saya ingin memohon nasihat dari rakan-rakan. Macam mana nak bagi sewa. Maksud saya dari segi saman, sekiranya kemalangan pula macam mana n kalau hilang macam mana.

Mohon nasihat.

Terima kasih

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment