Wednesday, March 6, 2013

RE: RG2011... S'gor peruntuk RM10 juta buat wira yang gugur

 

Assalammualaikum wbt encik Mato Bosa,

 

Tahniah atas keperihatinan anda pd ibu-2 tunggal & warga-2 emas. Cuma persoalannya , kenapa tak tujukan email ini pada pihak berkenaan / MB Selangor sendiri.

 

Hantar email pd RJ pun, x de makna yg boleh dimanfaatkan pd ibu-2 tunggal yg awak perjuangkan itu. X guna bertekak sesama sendiri, menuding jari mencari salah org itu, mencari salah pd org lain. X mendatangkan apa-2 faeadah pun.

 

Itu saranan sy… hantar email encik pd pihak yg benar.

 

****** Saranan sy pd rakan-2 RJ, tolong jgn jadikan medan RJ sebagai medan peperangan mulut. Tetapi jadikan medan RJ sebagai gedung ilmu yg baik utk kita kongsi bersama. Cerpen, MP3 kuliah-2 agama, motivasi, artikel-2 yg berguna pd bangsa & agama.

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mato Bosa
Sent: Wednesday, 6 March, 2013 11:08 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... S'gor peruntuk RM10 juta buat wira yang gugur

 

 

Nampaknya Selangor mampu dan sanggup pulak cari fun RM10 juta untuk anggota keselamatan yang gugur di Sabah.  Terima kasih atas usaha itu. Kenapa peruntukan yang hanya sedikit jumlahnya yang sepatutnya diberi kepada ibu2 tunggal dan warga2 emas serta kanak2 yang belajar di pra sekolah tak sanggup dan mampu nak diusahakan bagaimana nak membayarnya? Adakah ini juga satu dari bentuk investment oleh kerajaan Selangor?

 

 

From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 5, 2013 10:22 PM
Subject: RG2011... S'gor peruntuk RM10 juta buat wira yang gugur

 

Harakahdaily,

05 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipetik Bernama berkata, kerajaan nageri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.

Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.

"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya kepada agensi berita itu.

Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.

Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggotakeluarga terdekat wira-wira negara ini.

"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perludiberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.

Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.

Manakala mereka dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment