Sunday, March 3, 2013

Re: RG2011... 'Zaidi Buluh Perindu' meninggal dunia

 

TGNA ampunkan kesalahan dia sebab itu dia imamkan solat jenazah tu. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua supaya kalau benci pun, berpada-padalah. Kenang-kenang juga kebaikan yang ada dalam diri seseorang tu walaupun sikit.

--- On Thu, 2/28/13, white4clean <white4clean@yahoo.com> wrote:

From: white4clean <white4clean@yahoo.com>
Subject: RG2011... 'Zaidi Buluh Perindu' meninggal dunia
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, February 28, 2013, 6:01 PM

 
 
As Salam,
 
Allahyarham Zaidi di sembahyang oleh orang yg selalu dikutuknya dalam Dikir Barat... Apakah perasaan anda?
Moga2 beliau diampunkan olehNya.
 
Wassalam.
 
 
..................................................................................................
 
'Zaidi Buluh Perindu' meninggal dunia
 
Penyanyi lagu-lagu dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, yang lebih dikenali sebagai 'Zaidi Buluh Perindu',  meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung, hari ini.

Zaidi jatuh dan pengsan ketika membuat persembahan dikir barat untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di Tumpat, pada 10.35 pagi dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 11 pagi.

Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung, di Tumpat, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun.

Allahyarham turut merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk 'Juwita' mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini.

Zaharina ketika ditemui di rumahnya berkata beliau reda dengan pemergian suaminya namun terkilan kerana hajat Zaidi untuk menunaikan umrah pada April ini tidak tercapai.

"Pagi ini arwah sempat bersarapan sebelum turun membuat persembahan dikir barat di Kompleks LKIM itu. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah menerima panggilan mengatakan arwah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Noh turut meluangkan masa melawat keluarga Zaidi selepas selesai merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat serta menyampaikan elaun sara hidup tunai Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di LKIM Geting di Tumpat.

Turut hadir ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat Wan Hanapi Wan Yaakob dan Pengarah LKIM Kelantan Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung selepas solat Asar.

- Bernama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment