Sunday, March 10, 2013

RG2011... Dr M disambut bukan dengan balingan batu

 


Harakahdaily, 11 Mac 2013
(Adun Meru Dr Rani Osman menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir yang datang ke Meru)
KLANG: Walaupun tidak setuju dengan pandangan dan sikapnya, namun kedatangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke kawasannya disambut sebagai tetamu oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.

Mahathir yang datang berkunjung ke kawasan DUN beliau iaitu Meru disambut dengan penuh hormat oleh Dr Rani sebagai tetamu yang bertandang.

"Bukan dengan balingan batu atau simbahan cat seperti yang biasa Umno lakukan," kata laman facebook Dewan Pemuda PAS yang mungkin geram dengan sambutan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Umno ke atas kunjungan pemimpin Pakatan Rakyat ke kawasan mereka.

Selain menunggu kedatangan Mahathir yang sering mencerca PAS itu, sebuah kain rentang dibuat oleh Dr Rani untuk mengalu-alukan kedatangan Mahathir itu.

"Dr memang terbaik....harap jadi contoh dan teladan pada YB2 yang lain terutama yang sebelah sana tu. Salute sekali lagi YB," tulis Hanif Nep dalam komennya terhadap sikap yang diambil Dr Rani itu.

Syahid Rahim Adib Hamdan pula dalam komennya berkata, "macam ni laa kan sikap orang-orang PR. Bukan macam orang tu, baling batu, dapat RM20."

Mohammad Zulkanain Haron pula menulis, "Di Melaka Ketua Menteri Umno sambut Anwar pakai batu...... jangan ikut cara Umno berpolitik, ini cara zaman kuno, yang tak bertemadun. Syabas Dr Rani kerana menunjukan keperibadian yang sangat di tuntut oleh ISlam........ Takbirrr."

sumber di sini
 

 
Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment