Wednesday, March 20, 2013

RG2011... Fw: Anak Buruh mendapat keputusan cemerlang STPM

 



Anak Buruh mendapat keputusan cemerlang STPM

Anak buruh cemerlang STPM


WARTAWAN SINAR HARIAN 19 Mac 2013 SUNGAI PETANI –"Walaupun dapat keputusan cemerlang tetapi tak boleh gembira sangat sebab belum dapat kerja lagi, masih jauh perjalanan dan banyak cabaran.

Demikian kata-kata semangat seorang buruh, Hambali Md Noor, 43, kepada anak sulungnya, Nurul Hidayah Awang, 20, antara pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Nurul Hidayah merupakan pelajar Melayu cemerlang antara sembilan pelajar paling cemerlang di sekolahnya dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.42.

Menurut Hambali, pada mulanya dia mahu menghantar anak sulung dari tujuh beradik itu ke sekolah agama tetapi memandangkan yuran yang tinggi menyebabkan dia menghantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (SMKI).

"Bagaimanapun, saya terharu dan bersyukur dengan keputusan ini dan diharapkan supaya dia terus cekal serta bersedia menghadapi lebih banyak cabaran dalam hidup yang mampu mematangkan dirinya," katanya.

Dalam pada itu, Hidayah yang kini bekerja sambilan sebagai guru tadika berkata, dia mahu menjadi pakar ekonomi dan membalas segala jasa kedua ibu dan bapanya yang bersusah payah membesarkan dia dan enam adik lain.

"Kesusahan bapa bekerja dan ibu pula seorang suri rumah membuatkan saya nekad untuk mendapat jawatan yang baik dalam pekerjaan selain membantu membesarkan adik-adik yang masih kecil," katanya.

Ketika ditanya perasaannya mendapat keputusan itu, dia berkata tidak menyangka kerana tahu STPM lebih sukar dari peperiksaan biasa.

"Saya merancang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMKI, Nasrudin Abd Rahman berkata, pencapaian STPM tahun 2012 menunjukkan peningkatan di mana sekolah mendapat kelulusan penuh 100 peratus pencapaian berbanding pada tahun sebelumnya hanya 94.59 peratus.

SMKI juga merupakan antara 11 sekolah paling cemerlang di negeri Kedah yang memperoleh kelulusan 100 peratus dengan nilai Gred Purata Sekolah sebanyak 2.5.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment