Thursday, March 14, 2013

RG2011... Fw: Didiklah Anak mu Bersolat

 



revolusifikiran.blogspot
tintaasyraf.com


Pagi itu, saya ke surau Putra Al-Amin, Putrajaya untuk bersolat Subuh. Saya melihat ramai budak masih enak dibuai mimpi, sedangkan masa berbaki 20 minit lagi untuk waktu Subuh, saya mengejutkan mereka yang sedang lena itu, ada yang bangun dan ada yang masih menyambung tidur tanpa menghiraukan kejutan saya itu.

Sekali lagi saya mengejutkan mereka, kali ini dengan lebih keras "Dik, bangun dik, kan pakcik sepak kan?. Kali ini semua bangun. 

Selesai solat subuh, saya masih melihat ada 2, 3 orang masih lagi lena, rupa-rupanya semasa saya kejutkan mereka, mereka bangun dan beralih ke belakang surau, AJK surau pun tidak perasan budak-budak masih tidur di sana.

Waktu itu sudah 6.40 pagi, saya mengejutkan mereka sekali lagi, "Dik, bangun dik, tak solat Subuh ke?. kali ini mereka menjawab. "Alah pakcik, penat la pakcik, kami datang dari jauh ni". 

Saya bertanya, "adik dari mana ni, "saya dari Sabak Bernam ni Pakcik. Datang sini nak main futsal pukul 8 nanti". Saya menyuruh mereka pergi solat dulu, kemudian datang balik kepada saya.

Saya bertanya kepada mereka, "solat tak sebelum sebelum ni, " solat gitu-gitu je la pakcik, " mak ayah solat tak? mereka cakap ada yang solat ada yang tidak.

 
Saya teringat sebuah hadith nabi "Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya."

Jika kita merenung kembali, adakah kita melalui proses ini. Inilah peri pentingnya  hadith nabi dalam mendidik anak-anak kita bagi melahirkan generasi soleh.


Wallahuaklam.

SUMBER : Cerita ini diceriterakan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhd Redza (Imam Masjid Besi) di dalam kuliah Maghrib sempena Program Mauliddurrasul Peringkat Surau Al-Mukhlisin Presint 18R4 pada 16. 2. 2013.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment