Thursday, March 21, 2013

RG2011... Fw: Kenapa hidung sering berdarah?

 



 

Kenapa hidung sering berdarah?


Soalan:
Sejak berusia 5 tahun, hidung saya sering sangat berdarah. Keadaan itu berlaku secara tiba-tiba. Kadang-kadang darah tiba-tiba keluar dari hidung ketika saya mandi. Perkara yang sama berlaku ketika saya berasa sejuk atau terlalu letih dan biasanya saya juga akan sakit kepala. Saya bingung kerana keadaan ini berlaku sejak saya kecil hinggalah sekarang. Saya pernah menjalani pemeriksaan pada ketika usia remaja dan doktor mengatakan tidak ada sebarang masalah serius. Namun bagi saya keadaan ini adalah suatu perkara ganjil. Mohon penjelasan.

Frances, 20 tahun.

Jawapan:

Helo, Frances.

Dalam istilah perubatan, keadaan yang anda alami ini dikenali sebagai Epistaksis.  Tahap keseriusannya boleh jadi ringan hinggalah berat.  Namun 90 peratus kes dapat berhenti dengan sendirinya. Epistaksis bukanlah penyakit, tetapi ia adalah gejala daripada suatu kelainan. Sebanyak 95 peratus pendarahan didapati berasal dari rongga hidung di bahagian depan.

Berikut beberapa punca terjadinya Epistaksis:

Kelainan Setempat Pada Hidung
1.  Kelainan bawaan sejak lahir (penyakit Osler).
2.  Ia disebabkan oleh:
-  Trauma akibat membuang hingus terlalu kuat, mengorek hidung, benda asing, bersin, patah tulang hidung, pascapembedahan dan iritasi bahan kimia.
-  Jangkitan pada hidung dan sinus.
-  Keganasan seperti Hemangioma, Karsinoma.
-  Idiopatik / tidak diketahui puncanya.

Kelainan Sistemik
1.  Tekanan darah tinggi dan kelainan pembuluh darah.
2.  Kelainan darah seperti trombosit terlalu rendah, kelainan pembekuan darah / hemofilia, leukimia.
3.  Jangkitan: Demam denggi berdarah.
4.  Ubat antipembekuan darah.
5.  Perubahan tekanan atmosfera.

Dalam kes anda, terlebih dahulu perlulah diketahui 'sering' yang anda maksudkan itu, sebenarnya berapa kalikah dalam sebulan?

Biasanya pada usia anda, hidung berdarah  adalah disebabkan oleh  trauma.

Namun oleh kerana dalam kes anda ini hidung berdarah berlaku secara tiba-tiba, maka penyebab yang lain harus dikenal pasti.  Ia mungkin disebabkan oleh kelainan pembekuan darah atau kelainan pada pembuluh darah pada hidung yang mengakibatkan ia lebih mudah pecah.

Justeru saya mengesyorkan anda menjalani pemeriksaan lanjut bersama doktor pakar telinga, hidung dan tekak (TNT).

Semoga membantu.

www.meetdoctor.com
 

comments

  • Kalau darah berterusan bagus pi check,takut ada penyakit lain plak,NPC atau barah hidung,Nauzubillah...
  • Izzat  •  5
    mungkin sebab kuran minum air, walau apa pun, PR akan menang, hidup PR!!
  • Ridzuan  •  
    kerap tengok porn film sb itu hidung selalu berdarah
  • NOORKASMAWATI  •  
    waktu kecil, hidung saya selalu berdarah kalau demam&badan panas..sampai smua cikgu dh tau..kalau trkena bola wktu PJ pn berdarah..kena sumbat sirih..kelapa letak air sejuk..sekarang, umur dah tua2,dh agak jarang lah..kecuali kalau badan panas sangat..
  • masura bt bador  •  
    Masa sy kecil dulu.. juga kerap hidung berdarah, nenek sy kata panas di dalam ada kemgkinan juga, utk memberhentikan darah yg keluar, nenek sy gulungkan daun sirih dan sumbat kedlm lubang hidung yg berdarah, selepas tu hidung sy x berdarah lgi..
  • Ryunaga  •  
    Aku masa kecik-kecik dulu pun selalu ada hidung berdarah, kadang-kadang masa bersin pun terkeluar darah. Pergi HKL pun tak tau kenapa. Hidung aku selalu berdarah sampai cikgu-cikgu sekolah aku (selain cikgu yang kenal aku) ingat aku kuat bergaduh. Lepas umur aku 11 tahun, hidung aku tak berdarah lagi dah.
  • Nazliah  •  
    Anak saudara aku pun ada masalah yang sama juga, dah bawa pergi hospital & klinik swasta tapi doktor cakap xda apa-apa juga. Bingung-bingung....
  • Misnah  •  
    saya x pernah kena.....tapi anak2 yang kena...anak sulung saya skrang dah dua puluh tahun tapi hidung masih lagi bedarah...x ada ubat yg saya bagi...cuma bila darah keluar,saya akan sumbatkan dengen daun sirih....darah pun berhenti.....

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment