Sunday, March 10, 2013

RG2011... Fw: mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi

 



Bapa Saiful Laksana Kewajiban Sebagai Islam kata Haron Din

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
 

Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

"Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

"Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan," kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk 'Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?' malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

"Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

"Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah," ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.

~ Selangorku
 
Comments
Rasulullah SAW pernah bersabda, antara maksudnya 'Memikirkan MATI itu adalah Org yg BIJAK'. Hidup kita diatas mukabumi ini bermatlamatkan MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH. Yg Hidup Pasti Mati. Jadi En Azlan adalah org yg BIJAK, fitnah itu kesannya dan impaknya terlalu jauh. Oleh itu BERTAUBATLAH DGN ALLAH, dan MOHONLAH KEMAAFAN KPD ORG YG TERANIAYA & DIFITNAH. Semoga EN Azlan dan kita ssemua mendapat KEAMPUNAN DRPD ALLAH SWT. INSYALLAH.

Cerite dunia .... apa yg kita tunggu dan lihat ialah JAWAPAN NAJIB .... selepas pendedahan bapanya Si SAIFUL ini. Adakah dia BIJAK atau memilih DUNIA. Kalau DUNIA yg dia pilih .... PERSOALANNYA, Adakah kita akan memilih PEMIMPIN SEUMPAMA INI YG MENERAJUI UMNO & BN? Past jawapannya UTK KESELAMATAN DUNIA & AKHIRAT TOLAK UMNO & BN PDA PRU13 ! ........ ..........TAKBIR !
 

kluangman · 

Kit a bangga kerana Sharon din secepat kilat mengaku pengakuan azlAN lebih telusKi, benar Dan mulia dark saiful yg sumpah laknat.

Penolakan sumpah laknat sekadar salah tempat? Tetapi keberanian saiful bersumpah at as nama Allah langsung tiada nilai bagi haron din.

Sharon din lebih percaya kpd pengakuan azlan yg bermula pun tidak dengan Bismillahhirohmanirrahim....

A war sebagai pm sudah bukan lagi pd majlis syura
Well done anuar...dunia
 
org tgh · 
Mende ko ckp ni?
 

Bapaknya Akid · 

bodoh.. enuff said
 

Orang Semerah · 

Bila org bodoh bercakap, yg boleh difahami hanyalah kebodohannya. Bodoh bukan jenayah tapi jadi bodoh akan menyusahkan org sekeliling.
 
ex-Umno · 
mcm org baru kena pil kuda...
 

Atas Pagar · 

GAYBOY BETTER THAN ALIM ULAMA ??

LAWAK LAWAK ~ 
 

sakripalat 100 · 

ko isap meth ke minum san miguel semasa menulis ni?
 
Deadliest Soul. · 
Munafik yg takut bersumpa LAKNAT adalah orang2 yg NAZAK.
 
SOKONG SAIFUL · 
mahkamah takda bukti? kes liwat la yang paling sukar nak dibuktikan di mahkamah... so KENAPA saiful masih sihat walafiat tenang saja Wajah Pun berseri seri SAMPAI SEKARANG , dan tak mcm MUKA anuar berahim dgn bapak sifol MUKA LANSUNG TAKDA SERI KUSAM JE...

TAK PA SAIFUL BAHARI ALLAH TETAP BERSAMA ORG2 YANG JUJUR DAN IKLAS DALAM BERTAUBATNYA DAN BERBANYAKKAN DOA MOHAN PERTOLONGAN ALLAH KERANA ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI DENGAN APA YANG BERLAKU

DAN YANG PASTI HUKUMAN PADA PR ADALAH MEREKA AKAN KALAH PADA PILIHNRAYA KE 13 INI DAN ANUAR TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI INSYALLAH... DENGAN IZIN ALLAH BERSERAH DAN BERTAWAKAL LAH...
 

Screw Driver ·

Apa kau merepek ni! DSAI dan Ayah Saiful umurnya berapa? Saiful umurnya berapa....

Bapaknya Akid · 
berseri sunggus muka Saiful sampaikn lebam dahi sbb banyak solat tu dah ilang... err.... eh? hahaha
 
Atas Pagar · 
SETUJU ! SETUJU !

MEMANG BERSERI SERI !

GAYBOY MEMANG JAGE KECANTIKAN MUKA

LAWAK LAWAK ~
 

manza72 · 

Kalau hukum hudud dilaksanakan dimalaysia apakan jadi pad Saiful ye, berseri ke atau tak, hanya tuhan saja yang tahu, sepertimana Abdullah Ubay hanya Allah saja yang tahu sifat munafiknya.
 

sakripalat 100 · 

statement ko mcm nk sedapkan hati ko je.....
 
mantoya · 
kau tengok muka shitfool berseri,tapi orang lain tengok macam pantat lembu!
 

Bapaknya Akid · 

takde saper2 nak repot polis & siasat pegawai Najib tu?
 
Bakal Graduan · 
apsal dulu semasa bapa Saiful Bukhari membuat kenyataan yg anaknya SBA diliwat bermacam-macam tomahan dan kutukan diterima oleh bapa saiful drpd pencacai PR ni dan skg bila bapa saiful dah buat kenyataan U-turn dipujinya melangit.apa jenis manusialah pencacai2 PR ni. kenyataan bapa saiful tidak boleh diguna pakai sepenuhnya krn mangsa liwat sebenar adalah saudara SBA sendiri dan bukan ayahnya.lainlah kalau SBA sendiri yg mengaku yg beliau menfitnah DSAI malahan saudara SBA sendiri masih tetap dengan pendiriannya yg dirinya diliwat oleh DSAI.drpd kita mempercayai kata2 bapak saiful, lebih baik kita percaya kpd mangsa liwat itu sendiri iaitu saudara SBA.SBA sendiri pun sanggup mencabar si nuar brahim ni bersumpah tapi cabaran ni tidak disambut ole nuar brahim dan ia memberikan kita gambaran yg saudara SBA seorg yg bercakap benar krn sanggup bersumpah.
 
Bapaknya Akid ·
risau lak aku ngan tahap mentaliti BAKAL graduan... kalau camni la org kat U... haish.... 1st of all ini bukan kenyataan u-turn cam PakLah selalu buat dulu... malam ni ckp kita takkan bubar parlimen, esoknya cakap bubar.. tu baru u-turn.. flip-flop... tak bertanggungjwb... ini pengakuan kesedaran/insaf dia lepas lama dok pikiaq, rasa bersalah, rasa menganiaya org tak bersalah, so mintak maaf... contoh cam ngko masa marah2 ngko cakap macam2 benda yg ngko tak maksudkan, bila dah sejuk, ngko pikiaq balik, rasa bersalah, mengaku dah buat silap, pergi cakap balik kat org tu & ngko minta maaf... so ngko rasa2 la, org keliling yg tahu kes ngko akan caci-cerca ngko ke puji ngko sbb dah insaf? faham dop? jangan takat belajar bertngkat2 tapi bodoh berlapis2... cakapnya ex-lecturer aku dulu...
 

manza · 

Mahkamah dah beri keputusan, kenapa masih lagi percaya, tolong guna akal sebentar yang Allah berikan., ingat kita semua akan mati, jangan sampai kita x sempat mohon maaf. Mungkin Allah dah tunjuk hidayah pada ayah Saiful.
 
Zul · 
bukan ke dsai dan ayah saiful telah mengadakan pertemuan secara rahsia beberapa bulan yg lalu?kalau takde apa2 hal kenapa mereka boleh bertemu secara sulit?pasti ada udang disebalik batu tujuan pertemuan ini diadakan.bukan ke bapa saiful sendiri menuduh yg saiful bukari azlan ni diliwat oleh dsai beberapa tahun lepas?sebab itu kenyataan ayah saiful banyak keraguan dan bole dipertikaikan kesahihannya.mungkin ayah saiful ni dibayar kot untuk buat kenyataan U-turn.siapa tau?mengapa dekat pru tiba2 baru nak buat kenyataan u-turn?
 
manza · 
Cik zul dah check belum tarikh yg sebenarnya, jgn hanya baca tanpa selidik, Allah bagi akal utk berfikir dan hanya jadi mcm ********** sendiri pahamla
 
Penchacai · 
Bakal Graduan ka Bakal Banduan??..cakap guna otak ka lutut??
 
semuaakanmati · 
fitnah atau insaf ....mana mau pilih?
 

HEHEHEH · 

SAIFUL MUDA- MUDA DAH TAUBAT DAN TAK NAK BUAT JAHAT LAGI... SI NUAR SKANG UMO DAH 65 TAHUN, KALAH PR 13 NI NUAR KENA TUNGGU LAGI 5 TAHUN... SO UMO SI NUAR NI JADI 70 TAHUN.... TAPI SI NUAR NI TETAP POWERRRRRRRRRR..... HEHEHEH
 

KEHKEHKEH. · 

ANUGERAH TUHAN YG TAKUT BERSUMPAH DAH TAK ADA POWERRRRRRRR......KEHKEHKEH,
 
Rice · 
Well done Pak Anwar,, good job!, seperti yg sy selalu tulis Pak Anwar benar benar ahli politik,,, tampa Anwar siapa PR,,,, sensasi nya politik di Malaysia krn Anwar,,,pelik dan pelik dgn En Azlan jelas menunjukkan dia sememangnya manusia yang tidak boleh dipakai dan sanggup aibkan anak sendiri kerana kerakusan dia, jgn lah buat anak kamu kerana duit kamu ni sebenar nya telah dengan mak Saiful dan Saiful dijaga oleh ibunya. Kemudian selepas ibunya meninggal kamu tidak jaga atau pedulikan Saiful. Tiba-tiba selepas dia mendengar Saiful bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU 2008 dan ketika itu mereka dah menang banyak negeri serta ura-ura Anwar akan menjadi PM pada 16 September 200,tiba-tiba dia rapat kembali dengan Saiful. Di situ pun sudah boleh nampak dia seorang yang oppurtunist..... Jangan nanti tuhan mengaip kan kamu atau ada org akan selongkar kan rasia kamu, kamu main kan sumpah anak kamu,, seperti mana PaS main kan dan putar belit kan isu sumpah ,, Ingat yg bersumpah anak kamu dan bukan kamu,, kamu melacurkan anak kamu dan agama,, memalukan ,,ingat dgn Uturn yg kamu buat ni sebenarnya yg akan merugi kan PAS dan PR, tadi ada pihak atasan Pas yg memarahi dan kesal dgn apa yg dilaku kan olh en Azlan dan PKR serta kuncu kuncunya,, pendedahan dan bukti akan menyusul bagai mana org PKR meminang an Azlan,, ramai org yg lihat fizikal En Azlan dari awal telah dapat membayang kan siapa jiwa Azlan sebenarnya,,,, Kesian,, dalam perkara ini Anwar dan PR tidak boleh disalah kan kerana mereka semua ahli politik, politik adalah dipolitikan jgn jadi PAS ugama di poltikan utk dapat kuasa termasuk yg tua tua nyayok entah tak tahu berapa kali raya lagi dia boleh lihat(pd logik lain2 Kerja Allah). Fikir fikirkan
 
HANG JEBAT · 
sudah lah saipol, satu dunia tau hg diperguna UMNO BN...ingatlah Allah, hg jgn jadi bodo mcm Ummi hafilda, nak pertahan UMNO sampai hilang saudara, PI Bala dan DEPAK pun dah insaf.......LU PIKIRLA SENDIRI...
 
SOKONG SAIFUL · 
SABAR SAIFUL... DOA ORANG2 YANG TERINAYA AKAN DIKABULKAN ALLAH INSYALLAH DAN JANJI ALLAH ITU ADALAH BENAR , CUMA CEPAT ATAU LAMBAT SAJE...

PEMBALANSAN PADA ANWAR INSYALLAH PAKATAN RAKYAT AKAN KALH DLM PR 13 INI...
 
Narayanan Naidu · 
Antara PM Malaysia yg terlalu pening memikirkan fitnah yg nak dikenakan kpd DSAI ialah Mahathir dan Najib. Aku blh percaya DSAI kaki bontot kalau Mahathir sendiri membuat pengakuan dia dibontot oleh Anuar, pasal tu dia bawa masuk Anuar kedlm umno dan kabinet sehingga menjadi TPM beliau. Komplot pelucutan beliau disebabkan faktor usia dimana tidak boleh balun bontot Mahathir dgn baik. Klau begini plot ceritanya mungkin dakwaan fitnah mahathir akan sedikit mempengaruhi kpd rakyat penyokong BN totok. Pengakuan seorg Mantan PM terhadap perkara yg tak bermoral lagi menjijikan ini lagi mudah menyakinkan rakyat. Sepatutnya BN kena korbankan mantan PM tu utk survival PRU13 ni yg semangkin tenat buat BN.

 

Bapa Saiful Bukhari Akui Kes Liwat Kedua Sebuah Konspirasi


Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

"Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan.

"Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.
-TMI


Liwat II konspirasi untuk jatuhkan Anwar – Bapa Saiful Bukhari



Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

"Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh," katanya.

Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

"Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.


"Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini," kata Azlan.

Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

"Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini)," kata Azlan.

Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.

"Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu," katanya.

"Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah," kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.

"Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

"Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan," kata Johari.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari.
NS/KD


Ulasan GB

Bukankah GB kata selalu, kebenaran akan tetap terbongkar juga. Habislah Najib, UMNO dan sekalian macainya

UMNO akan tetap binasa jua akhirnya.

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

comments:

Anonymous said...

Mana Saiful? Kenapa dia tiada masa ayah dia berucap dengan wartawan Keadilan????? Jeng???? Jeng????

Andre Irwan said...

Konspirasi atau tidak? Saiful tu patut disebat kerana menuduh muslim yang baik.
Percaya? Ini soal kedua. Mungkin puak BN-UMNO tidak bayar upah seperti yang dijanji kot, sebab tu dia patah balik tuduh.
Depa ni ingat bersumpah tu perkara main-main kot. Dah rasa bahananya?
Aku dari awal lagi tak percaya. Kenapa puak BN-UMNO tak cerdik? Apa yang depa buat (tuduh) selama ni telah menjadikan DSAI tu seperti "SUPER HUMAN". Ini yang dikatakan cerdik tak boleh dpakai, bodoh tak boleh diajar.
Aku nak tengok bila Saiful nak memohon maaf secara terbuka dengan DSAI???????? Jangan-jangan sandiwara lagi.

Anonymous said...

Sepatutnya laporan polis perlu dibuat terhadap fitnah yang dilakukan oleh Annas dan Zamri. Sama ada ke mahkamah atau untuk tujuan saman minta ganti rugi.291

Anonymous said...

pandai pulak hang mengaku tu adalah konspirasi, mungkin sebab hakim dah jatuh hukum anwar tak bersalah, cuba DSAI didapati sebaliknya, mungkin hang lalok dgn duit upah berjuta.

ni mungkin sebab hamahkamah dah jatuh hukum tak bersalah, duit upah pun tak terima atau dpt ciput, hang ubah kenyataan. manusia tak ada prinsip hidup bertuan duit, demi duit segalanya sanggup buat, manusia tak leh pakai.

aku doa hang dan keluarga hang akan dpt hukuman Allah dgn setimpal di dunia lagi biar jatuh kehinaan, ingat senang dgn buat kenyataan media mintak maaf, dosa penaya org akan terhapus begitu saja, masa nak buat jahat tak ingat akan akibat pd org lain.

Zack T said...

Cukup-cukup lah Anwar nak tutup cerita Lahad Datu ni. Dah tak boleh nyanyi karaoke dekat ceramah sekarang tup2 bapa saiful lak buat pengakuan. Rakyat malaysia tak terpedayalah Bro Azlan. Sakit hati kerana pembangkang mempermainkan keselamatan dan maruah rakyat dan negara satu isu yang amat-amat besar tak mungkin terubat la.

Ini trik lama la bro, dari Raja petra ke Bala etc dan sekarang ini pulak. Berapa banyak Anwar bayar ni, almaklumlah bapa Saiful ni banyak hutang dan nak hidup tak berapa hari lagi. So Anwar letak RM5 juta depan mata, apa lagi terkedip-kedip la mata orang tua tu. Tak ada angin dan ribut nak dekat2 pilihanraya ni tiba-tiba lak bersemangat nak jadi penyelamat anwar ek.

Tak gentle la bro, bagi la gempak sikit bawa saiful sendiri dan biar dia yang nyatakan depan "open PC". Ataupun lu cari modal lain lah nak bagi gempak. Bab ni nampak sangat la bapa Saiful ni kemaruk. Kalau tak pun suruh je bapak si saiful ni angkat sumpah masa open PC. Amacam ada brani... hehehehehe. Dengar Khabar Anwar la ni menerima rawatan kerana terberak-berak kena jangkitan kuman "Lahad Datucephilis"...Sesiapa ada maklumat tolong update ek...

Anonymous said...

Sapa yang kena liwat bapa dia ke saiful...saiful harus berani kerana benar...kalau betul anwar kena aniaya mmg aku sokong pakatan lepas nie

 

Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah konspirasi

 
  •  
Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

"Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan.

"Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

"Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat sama ada semasa dalam  perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai.

"Saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan," terang Azlan.

Menurut Azlan, individu tertentu telah mengambil kesempatan dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan politik, sambil  menambah situasi genting ketika itu menyebabkan beliau tidak ada pilihan selain memberikan sokongan kepada Saiful di mahkamah.

"Segalanya dirancang begitu rapi oleh pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri, malahan skrip yang saya baca selepas sidang media  keputusan kes liwat tahun lalu juga disediakan oleh pegawai tersebut.

"Malahan, anak saya (Saiful Bukhari) sendiri tidak pernah menceritakan tentang kejadian (liwat) dan pertuduhan tersebut kepada  saya... saya juga tidak pernah dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut," terang Azlan ketika memainkan peranan dalam kes liwat  kedua tersebut.

Apabila ditanya sama ada Azlan akan menasihati anaknya, Saiful supaya menarik atau menggugurkan rayuan yang dibuat di  Mahkamah Rayuan, Azlan berkata: "Saya tidak mahu campur tangan ataupun menasihati Saiful untuk menarik balik kes rayuan atau  menggugurkannya, terpulanglah kepadanya untuk meneruskan ataupun tidak"

"...saya tidak mahu komen mengenai kes mahkamah (Mahkamah Rayuan) yang masih berjalan, tapi apa yang saya dedahkan hari ini  adalah pengakuan sukarela saya."

Sidang media hari ini dijalankan disebuah lokasi tertutup di ibu kota dan wartawan telah dibawa oleh Ahli Parlimen Sungai Petani,  Datuk Johari Abdul untuk bertemu dengan Azlan.

Dalam sidang media tersebut juga, bapa Saiful membaca satu kenyataan yang disediakan olehnya sendiri serta menandatangani kenyataan dua muka surat tersebut.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah  laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat  yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment