Thursday, March 14, 2013

RG2011... Fw: Tian Chua Mengaku Tak Bersalah,

 



Tian Chua Mengaku Tak Bersalah, Dikena Ikat Jamin RM5,000


Naib Presiden PKR, Tian Chua dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000 hari ini selepas beliau dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan melalui laman media sosial twitter berhubung isu Lahad Datu.

Ketika ditanya di dalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sama ada beliau mengaku bersalah atau tidak, Tian Chua menjawab bahawa pertuduhan tersebut berbaur politik dan beliau akan membersihkan namanya.

Ahli Parlimen Batu itu dituduh dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan pertama, beliau boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 5,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan kedua, beliau boleh dipenjarakan tidak lebih daripada lima tahun.

Pertuduhan berkenaan menyatakan bahawa beliau pada 1 Mac 2013 telah menyebutkan perkataan menghasut iaitu : a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan disebalik wayang mainan kerajaan Umno.

c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

d) Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut pada jam 11.00 pagi di alamat No: 62-2-a, Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew, Kuala Lumpur.

Kes tersebut dijalankan di hadapan hakim Mohamed Sekeri Mamat.

Tian Chua diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Perbicaraan kes akan bermula pada 12 April 2013.

Tian Chua tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi sambil ditemani Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng dan penyokong lain.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, pertelingkahan kecil berlaku di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di antara polis dan pihak Tian Chua semasa beliau hadir untuk mendengar tuduhan itu.

Pertelingkahan itu tercetus apabila dua anggota polis bertemu dengan Tian Chua dan peguamnya di kantin kompleks mahkamah tersebut sebelum kesnya bermula.

Kedua polis itu menyatakan hasrat untuk menahan Tian Chua di dalam lokap mahkamah, akan tetapi mereka dihalang Latheefa.

Menurutnya, Tian Chua tidak perlu ditahan di dalam lokap kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk kes berkenaan.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan dia hadir ke mahkamah.

Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya," tegas Latheefa, sambil berkata pihaknya tidak membenarkan Tian Chua ditahan.

Hasutan: Tian Chua mengaku tidak bersalah
 
Pasukan peguam kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan dakwaan ke atasnya.

Tian Tian Chua didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dakwaan itu berikutan kenyataan beliau berhubung isu Lahad Datu pada 1 Mac lalu.

Tian bagaimanapun dibenar ikat jamin sebanyak RM5,000 dan perbicaraan ditetapkan pada 12 April depan.

Peguam N. Surendran berkata, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Tinggi kerana menyifatkan dakwaan itu berunsur politik.

"Kami akan ke Mahkamah Tinggi bagi meminta mahkamah membatalkan tuduhan yang jahat dan tidak masuk akal ini kerana kerajaan Umno BN salah gunakan kuasa mahkamah dan politik.

"Tuduhan ini bersifat politik oleh kerajaan yang terdesak," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah.

Surendran juga berkata, Umno menggunakan kuasa polis dan undang-undang untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Undang-undang pertahankan Umno dan kerajaan letak Umno lebih tinggi dari undang-undang dan tak boleh dikritik," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Tambah beliau juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengumumkan akta tersebut akan dimansuhkan.

"Kita telah beritahu mahkamah bahawa Perdana Menteri umumkan akta hasutan akan dimansuhkan. Ia salah di bawah undang-undang dan tidak sesuai digunakan lagi.

"Maknanya Perdana Menteri telah beritahu sesuatu yang menipu rakyat kerana Tian didakwa atas akta ini," tegasnya.

Puluhan penyokong turut hadir memberikan sokongan kepada Tian termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
-HD

 

Mahkamah Kecoh, Polis Cuba Tahan Tian Chua Sebelum Didakwa


Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila polis tiba-tiba menyerbu untuk menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua walaupun belum dicaj apa-apa tuduhan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Ahli Parlimen Batu itu diserbu beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah.

Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.

"Kami membantah tindakan polis itu, untuk apa polis mahu tahan Tian? Ini adalah cubaan untuk memalukannya," tempelak peguam, Latheefa Koya.

Ekoran bantahan itu, polis membatalkan tangkapan ke atas Tian, namun beliau dikehendaki menyerahkan kad pengenalan sebelum masuk mahkamah.

Tian dijadualkan menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga kini mahkamah belum memaklumkan kepada peguam sebarang maklumat berkaitan prosiding.

"Tanya pada polis, ada tak mana-mana pemimpin Umno yang ada kes jenayah lebih besar ditahan atau digari apabila mereka ke mahkamah? Tindakan itu membuktikan dakwaan ke atas Tian bersifat politik," kata Latheefa mengulas.

Para penyokong yang hadir turut tidak puas hati terhadap tindakan polis itu.

Tian Chua cuba ditahan di kafetaria Mahkamah

 

Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula.

Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.

Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.
-HD


Tian Chua didakwa di mahkamah untuk sorok kegagalan kerajaan dalam Tragedi Lahad Datu

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini.

SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan.

SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara.

Ia bermula apabila ratusan askar Sulu menembusi 4 agensi maritim negara untuk sampai ke Tg Labian dan seterusnya mara ke Kg Tandou.

Penceroboh ini juga diberi selama tiga minggu masa eksklusif untuk 'rundingan' dengan pihak keselamatan sedangkan tindakkan awal pasti mampu mengekang kehilangan banyak nyawa anggota keselamatan.

Akhirnya konflik ini berlanjutan dengan jumlah yang terkorban meningkat saban hari.

Apabila majoriti rakyat Malaysia mempersoal beberapa perkara sehingga timbul pelbagai spekulasi, kerajaan Umno mentafsir mereka ini sebagai biadap dan tidak patriotik.

Namun halangan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Lahad Datu adalah punca sebab spekulasi tumbuh melata, termasuklah pandangan YB Tian Chua.

Segala berita dari timur Sabah dibuat melalui Ketua Polis, Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Umno, sedangkan sumber ini tidak cukup telus kerana ia berlandas perang saraf bagi menghadapi musuh.

Tindakan menghalau wartawan Al-Jazeera dari lokasi konflik masih menjadi tanda tanya. Di mana jua berlaku konflik antarabangsa khususnya yang melibatkan tembakan dan letupan bom, sudah tentu ada 'war correspondent' atau wartawan perang.

Tetapi ia tidak berlaku di Sabah seolah-olah ada sesuatu yang cuba disorok. Maka timbul persoalan yang paling ditakuti oleh Umno iaitu "Apakah Lahad Datu satu konspirasi terancang?"

Tragedi berdarah Lahad Datu memberi gambaran buruk buat kerajaan Umno, malah mungkin yang terburuk dalam penggal ini.

SAMM percaya hanya dengan mendakwa Tian Chua dan pemimpin PR lain khususnya atas akta hasutan mampu mengolah pemikiran rakyat untuk lupa kesilapan kerajaan Umno.

Menuding kesalahan kepada pemimpin PR dalam isu Lahad Datu ini juga disifatkan sebagai jalan singkat untuk kerajaan Umno melepaskan diri dari terus dipersalahkan.

Malah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akhirnya diheret sama menjadi satu end-game yang dirasakan terbaik untuk mereka terus berkuasa.

Namun begitu, SAMM yakin ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi Umno untuk mengolah persetujuan rakyat kononnya Anwar Ibrahim ialah dalang kepada pencerobohan Lahad Datu.

Memenjarakan Anwar atau Tian Chua atau sesiapa sahaja pimpinan PR tidak akan beri sebarang kelebihan terhadap kempen Umno untuk pertahan kuasa. Malah kerajaan Umno akan terus dilabel sebagai zalim oleh majoriti rakyat yang disadur kemarahan ekoran peristiwa Lahad Datu.

Hari ini YB Tian Chua didakwa, mungkin beliau akan ditahan. Dengan kuasa akta hasutan, penahanan kali ini membolehkan YB Tian Chua dihalang dari dijamin keluar.

Justeru itu SAMM menyeru kepada semua untuk bangkit memberi sokongan dan hadir bersolidariti buat Tian Chua di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

SAMM juga dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) akan menganjurkan sebuah Pidato Perdana bertajuk "Punca Sebenar Lahad Datu – Siapa Pengkhianat" di KLSCAH pada 18 Mac ini (Isnin).

Mengisi barisan pemidato adalah termasuk Tn Hj Md Sabu, YB Tian Chua, DS Lajim Ukim, DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau dan ramai lagi yang mampu menghurai peristiwa Lahad Datu dari skop yang lebih eksklusif.

Saksi hidup peristiwa Lahad Datu juga akan diterbangkan dari Sabah untuk berucap pada malam tersebut sebagai penampilan istimewa.

Semua dijemput hadir untuk mendengar apa yang sebenarnya telah berlaku di Sabah, terutamanya dari kaca mata orang Sabah sendiri. Pengamal media dialukan untuk membantu hebahan ini.

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Umno hari ini ialah ibarat tikus membaiki labu, semakin bertindak semakin rosak.

SAMM berani merumuskan bahawa jika Tian Chua dipenjarakan atau Anwar atau Hj Md Sabu atau sesiapa sahaja terus dizalimi, rakyat akan bangkit tanpa mampu disekat, dan Umno Barisan Nasional akan kalah lebih besar dalam pertembungan PRU13 – itu muktamad.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
-KD
 

comments:

Amuraria said...

BILA PDRM DIPAWAH & DICUCUK HIDUNG ? ABU !

Anonymous said...

PDRM..harap jgn jadi mcm Gestapo. Ingat lah akan taraf DiRaja yg dianugerahkan kpd kamu. Ingat lah akan lambang "Allah" & "Mohamed" dlm lambang yg kamu sanjung itu. Bertindak biar lah adil & tidak secara memilih. Berkhidmat lah utk negara & utk rakyat. Bukan berkhidmat mengikut telunjuk parti pemerintah. Belajar lah utk bezakan antara parti & kerajaan.

Warganegara Msia Tanah Tumpah Darahku.

kampong lad said...

pRdm adalah antara agensi penguatkuasa undeng2, bila tak paham undeng2 inilah akibatnya. ada kuasa jadi kuat utk disalahguna. bila dah tekeluaq ring (pencen) baru nak besuara, itu pun pasai tak puas hati, kalau tidak depa dok diam2 korek harta karun.

Anonymous said...

Sepatutnya angota PDRM seperti ini di hantar ke lahap DATU oleh najib.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment