Monday, March 11, 2013

RG2011... MEMAHAMI APA ITU SANDIWARA MENGOLAH PERSETUJUAN

 





 NEW YORK, LONDON  DAN SAUK: PEMBOHONGAN YANG DI RANCANG - Hishamuddin Rais 
tulisann ini muncul di malaysiakini 11:35AM Jul 22, 2005

"Why and how did former Israeli prime minister Benjamin Netanyahu get a warning to stay away from a place where he was to speak, located above one of the blast sites? How does 'suicide bombers' square with earlier police claims of timing devices? Why did the 'suspects' leave a car full of explosives in a parking lot in Luton, 30 miles from London? (Did they expect someone to find the car and put the explosives to good use?) What about the anti-terrorism exercises scheduled for the same hour in which the bombings took place? How did former head of the Mossad, Efraim Halevi, writing in the Jerusalem Post on July 7, the day of the attacks, know that the bombs went off simultaneously, (when the London police did not say so for days)? And how could he claim they were 'nearly perfect'? Why did the 'suspects' take credit cards along on a suicide mission?

"Authorities now say the explosives used were not military grade after all, but home brews. Seems like they had a tough time explaining how the supposed culprits could get military grade stuff. The Boston Herald reported yesterday that one of the supposed culprits carried not only his own ID, but also documents of one of the others. How did such documents survive the blasts, which should have torn their bodies into small pieces? This is the same as the magic 9/11 passport that appeared in the rubble."
(Dipungut dari www.globalresearch.ca - Tulisan Larry Chin 18 July 2005)

Why did Jack Straw state so quickly that it was al-Qaeda? Is the theory that it is still al-Qaeda, or some other group? What happened to the story, out of Canada and New Zealand, that the police shot one or two men near Canary Wharf?
(Dipungut dari www.globalresearch.ca - Tulisan Xymphora 13 July 2005)

 
British police are considering the possibility that the four key suspects in last week's London attacks may have been tricked into setting off their bombs, a British newspaper has reported. "We do not have hard evidence that the men were suicide bombers," a Scotland Yard spokesman told The Sunday Telegraph. "It is possible that they did not intend to die(Dipungut dari UK Herald-Sun 18 July 2005)

Why did they buy return train tickets to Luton? Why did they buy pay and display tickets for cars? Why were there no usual shouts of 'Allah Akhbar'? Why were bombs in bags and not on their bodies? The London bombers may have been duped into killing themselves so their secrets stayed hidden.
(Dipungut dari UK Mirror - Tulisan Jeff Edwards 16 July 2005)

British police are considering the possibility that the four key suspects in the recent London attacks may have been tricked into setting off their bombs.

"We do not have hard evidence that the men were suicide bombers. It is possible that they did not intend to die,'' a Scotland Yard spokesman said. According to one police hypothesis, the bombers were tricked by a "master'' who told them they would have time to escape when, in fact, the
devices were set to go off immediately.

Thirdly, it has gone virtually unreported that the Pound fell 6% in 10 days before London terror attacks, a clear indication of prior knowledge on the part of London's financial establishment.
(Dipungut dari prisonplanet.com - Steve Watson, Paul Watson dan Ale Jones 20 July 2005)

Two days before the London subway bombings, Fed-Master Alan Greenspan flushed nearly $40 billion in liquidity into financial markets. The sudden activity was an astonishing departure from the current policy of tightening interest rates to stifle inflation. The Chairman has not explained his erratic behavior, but there is growing speculation that Greenspan may have had information about the likelihood of terrorist attacks and decided to 'preemptively' head-off a run on the markets. As it turns out, his actions may have been a positive factor in stabilizing the market following the incident.
(Dipungut dari www.uruknet.info - tulisan Mike Whitney 20 July 2005)

 JAFAAR ORANG JAHAT
KENA TANGKAP DI SAUK


Saya bukan pengamal teori konspirasi. Saya mahu menjadi insan yang rasional. Kebelakangan ini fikrah saya semakin tercabar. Ini bukan ada bersangkutan dengan Kerajaan Langit yang dimiliki oleh Ayah Pin atau pun percubaan untuk melupuskan politik Isa Samad. Kebelakangan ini kita sebagai warga dunia seharusnya menjadi lebih skeptikal apabila membaca makna laporan-laporan berita yang disiarkan oleh media. 

Pembohongan yang dirancang

Dalam hal skeptikal ini saya memiliki pengalaman peribadi. Saya akan terus mengingatkan orang ramai mengenai kenyataan bekas ketua polis negara Norian Mai pada bulan April 2001. Kenyataan ketua polis negara ini dibuat apabila saya dan 9 orang lagi kawan-kawan saya telah ditangkap dibawah ISA. Kami dituduh menyimpan rocket launcher, bom molotov, ball bearing dan alat-alat senjata untuk menimbulkan huru hara. Hingga ke hari ini kami masih menunggu
untuk melihat bahan-bahan ini. Kalaulah 'benda-benda' ini wujud pasti ianya telah berkarat tersadai di belakang reban ayam Norian Mai.

Ketika kenyataan ketua polis negara ini dibuat saya sedang ditahan di bilik sulit disatu tempat rashia. Saya tidak tahu menahu tentangnya hinggalah potongan akhbar ini ditunjukan oleh peguam saya tiga bulan kemudian. Apa yang telah dilakukan oleh Norian Mai ialah percubaan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar bersedia menerima hakikat bahawa gerakan reformasi adalah ganas dan penahanan kami dibawah ISA adalah untuk keselamatan negara.

Pada petang 7 Julai dahulu saya telah menerima SMS dari anak saudara saya yang melaporkan tentang letupan bom di kota London. Ketika membaca SMS ini hati kecil saya mula berkata bahawa ini pastilah kerja MI5 dan MI6 - jabatan mukabharat - kerajaan British. Saya mengambil sikap demikian hasil dari pengalaman terkumpul dan pembacaan yang terus menerus saya lakukan.

Ketika peristiwa September 11 berlaku saya sedang ditahan di kem Kamunting. Ertinya berita-berita dan analisa tentang 9/11 amat susah untuk saya dapati. Dalam suasana ini pun saya masih bersikap skeptikal terhadap apa yang telah berlaku di New York. Apabila saya dbebaskan saya terus menggali berita. Nah! Hari ini saya berpendapat peristiwa 9/11 di New York itu bukanlah seperti yang kita baca dari media arus perdana atau dari kenyataan-kenyataan resmi Rumah Putih.

JAAFAR JADI
 ORANG BAIK 
TETIBA MATI

Hari ini saya cukup yakin bahawa 9/11 adalah satu perancangan licik yang dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang memiliki agenda besar untuk melahirkan tata dunia baru - New World Order. Hari ini 9/11 telah terbukti sebagai satu pembohongan yang dirancangan oleh kuasa daulah untuk mengolah persetujuan rakyat. Ini sama seperti kes pengeboman Perlabuhan Pearl pada 7 Disember 1941. Sama seperti kes Teluk Tongkin pada bulan Ogos 1964. Dan sama seperti Weapon of Mass Destruction pada tahun 2001. 

Peristiwa-peristiwa ini semua dirancangan dan dijalankan untuk menyempurnakan satu agenda yang lebih besar. Pearl Harbour dipentaskan untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar mereka bersetuju untuk mencampuri perang dunia kedua. Peristiwa Telok Tongkin dipentaskan untuk memastikan yang Presiden Lyndon B Johnson akan mendapat sokongan rakyat Amerika untuk menyerang Vietnam. Ini sama sahaja seperti tuduhah weapons of mass destruction terhadap Saddam Hussein. Semua kes-kes ini telah dibuktikan sebagai satu pembohongan yang dirancang.

Teater Sauk

Dibelakang pementasan semua kes-kes ini adalah kaum-kaum pemodal yang memiliki kepentingan ekonomi. Apabila perang pecah, tuan-tuan empunya industri senjata akan dianugerahkan kontrek besar untuk membuat dan menjual senjata. Industri senjata ini menjadi penjana dan tulang belakang ekonomi kapitalis Amerika. Dalam kes perang Iraq, industri senjata dan industri minyak telah bersekongkol untuk meraih keuntungan bersama. Tersuruk disebalik tirai umum ialah negara Zionis Isreal yang kini sedang merasa selamat kerana tentera Amerika telah berpengkalan di Iraq.

Bagaimana saya begitu senang mengambil sikap dan rumusan sedemikian? Jawabnya cukup senang - jika ada rompakan berlaku apa yang wajib kita lakukan ialah mengekori ke mana akhirnya wang rompakan itu akan berkumpul. Ikut sahaja perjalanan wang itu. Pemilik akhir wang itu pastilah orang yang menjadi 'mastermind' yang merancang semua rompakan.

 
Untuk membuktikan hipotesis saya ini, mari kita lihat dalam kes teater Sauk yang terjadi pada bulan Ogos 2000. Untuk saya teater Sauk ini adalah teater klasik untuk melihat dan memahami bagaimana daulah merancang dan mengolah persetujuan orang ramai. Teater Sauk berlatarkan suasana politik dimana Mahathir Mohamad sedang dikencing oleh orang Melayu. Orang Melayu
telah berduyun-duyun meninggalkan parti United Malay National Organisations. Teater Sauk ini dipentaskan bertujuan untuk mengkalihkan pandangan orang ramai yang sedang membenci Mahathir. Teater Sauk dipentaskan untuk menghalalkan pengunaan ISA. Akhirnya beberapa bulan kemudian ISA 'halal' digunakan kepada gerakan reformasi.

Jika tidak yakin lagi, sila ingatkan kembali apakah tuduhan ke atas Al-Maunah? Mereka dituduh cuba 'melawan' Yang Di Pertuan Agung. Ini tidak masuk akal. Jika mereka ingin memberontak, yang akan mereka lawan dan tentang bukan Yang Dipertuan Agung tetapi Mahathir Mohamad. Teater Sauk ini menjadi bahan lawak kerana para pelakunnya tidak terdidik di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Lakunan yang kurang profesional ini menjadi kantoi apabila media melaporkan bagaimana 3 tan senjata telah berjaya dimuatkan ke dalam 3 buah kereta Pajero dalam masa 15 minit.

Untuk tersenyum lebar, kita juga wajib terus bertanya kemana perginya towkay Cina pembeli durian yang telah memasuki kawasan 'latihan ketenteraan' al-Maunah ini? Kemunculan towkay Cina ini berdasarkan laporan dari media arus perdana. Apa telah berlaku terhadap towkay ini? Jika dia hilang dimakan ular sawa kenapa kaum keluarganya tidak membuat laporan kepada pihak berwajib? Atau teater Sauk ini hanya satu sandiwara?

Justeru, untuk saya 9/11 di New York itu tidak jauh bezanya dari apa yang terjadi di Sauk. Perkara yang sama juga telah berlaku di London. Rakyat British agak terperanjat dengan ucapan pertama perdana menteri Tony Blair di parlimen. PM British ini dalam kenyataan resminya telah menolak cadangan untuk diwujudkan siasatan dalaman terhadap peristiwa 7/7. Kenapa siasatan
dalaman ditolak? Apakah rakyat tidak berhak untuk mengetahui apa sebenarnya telah terjadi.

Penolakan ini memiliki asas kerana dua minggu sesudah peristiwa pengeboman ini berlaku media arus perdana British mula menyolongkar dan membuka beberapa kontradiksi dari kenyataan resmi Tony Blair dengan apa yang telah terjadi. Hari ini lebih dari 60% rakyat Britain telah menyalahkan Tony Blair kerana menjadi kaldai tunggangan George Bush dalam kes perang Iraq.

Lembaga polis dan para pengkaji dasar kerajaan telah menunjukkan bahawa serangan bom ini ada bersangkutan dengan dasar Britain terhadap Iraq dan Palestin.

Tony Blair dan Jack Straw menteri luarnya telah cuba bersilat lidah untuk membuktikan bahawa serangan ini lahir dari ajaran sesat dan kefanatikan sesetengah penganut agama Islam. Tanpa usul periksa, al-Qaeda telah dituduh sebagai pengebom. Sekali lagi Islam telah mendapat tohmhan. Disini saya bukan ingin mempertahankan keganasan. Keganasan terhadap orang awam ini bukan satu tindakan politik. Politik yang revolusineer bukan mengganas terhadap orang ramai. Melakukan 'terror' bukan kerja politik. Justeru, kita semua wajib mengutuk tindakan sesiapa sahaja - daulah, kumpulan atau individu - yang melakukan keganasan.Tetapi satu persoalan wajib terus ditimbulkan - apakah yang sebenarnya berlaku di pagi 7 Julai itu?

Mastermind rompakan

Persoalan ini akan dapat kita huraikan apabila kita mengekori kemana "duit rompakan" itu berjalan. Siapa yang akan mendapat untung hasil dari "rompakan" ini. Bom ini meletup ketika politik Tony Blair sedang dalam keadaan nazak. Tony Blair sama seperti Mahathir Mohamad sedang dibenci rakyat. Mahathir Mohamad kerana membohong kering dalam kes Anwar Ibrahim. Manakala Tony Blair membohong dalam kes weapon of mass destruction untuk menyerang Iraq. Lebih dari 65% rakyat Britain telah menentang perang Iraq dan menuntut agar tentera British dibawa pulang.

Dalam masa yang sama kerana ingin menjadi kaldai George Bush, kerajaan Tony Blair juga sedang menyediakan beberapa rang undang-undang seperti akta menahan tanpa bicara untuk mereka yang akan dituduh sebagai pengganas. Undang-undang anti demokratik ini tidak mungkin dululuskan oleh parlimen. Kerajaan Blair juga bercadang untuk memaksa rakyat British menggunakan kad pengenalan. Akta kad pengenalan ini telah digubal tetapi telah ditolak beberapa kali di parlimen.

Tiba-tiba hujan tidak ribut pun tidak empat butir bom telah meletup ditengah kota London. Dengan bantuan letupan bom ini Tony Blair dapat berhujah kuat dan menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya pengganas Arab/Islam. Dalam suasana ketakutan ini Tony Blair akan cepat-cepat memperkenalkan kad pengenalan dan akta penahanan tanpa bicara sebagai jalan terbaik untuk keselamatan negara. Keselamatan negara? Bukankah ayat yang sama pernah kita dengar dari Norian Mai dalam kes Reformasi dan dari Mahathir Mohamad dalam kes teater Sauk?

Laporan media arus perdana Britain telah menyebarkan berita kenyataan Scotland Yard yang berpendapat bahawa 4 orang pengebom ini hanyalah kaldai yang membawa bom. Jika mereka kaldai yang bertugas untuk mati maka persoalan timbul - siapa yang menyuruh kaldai-kaldai ini membawa bom? Pasti ada mastermind yang merancang dari belakang.

Di London, ketika bom meletup satu latihan keselamatan sedang berjalan betul-betul dalam kawasan letupan. Di New York pada pagi 9/11 dahulu tentera udara Amerika sedang menjalankan latihan. Apakah 'latihan-latihan' ini satu coincidence atau satu tabir? Atau satu yang dirancang? Bagaimana pula dengan laporan media Isreal yang menyatakan bahawa bekas perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu telah diberi amaran lebih awal agar menghindari kawasan yang akan meletup ini? Dari mana Israel dapat tahu?

Pusing punya pusing jika kita ekori 'duit rompakan' ini maka ianya akan berakhir di Israel. Keuntungan 'rompakan' ini akhirnya akan diraih oleh Zionis Israel. Lihat pula tindakan Greenspan - ketua bank negara Amerika Syarikat. Dia mencurahkan 40 billion dolar untuk menyelamat pasaran wang yang kebanyakannya dimiliki olih pemodal Zionis di New York. Dari segi propaganda, Israel mendapat laba kerana Islam dan Arab terus diasosiasikan dengan keganasan. Keuntungan Israel ini ditambah lagi apabila Tony Blair membuat kenyataan yang dasar sokongan kerajaan British ke atas regim Zionis Israel tidak akan berubah malah akan diperkukuhkan.

Mungkin ada yang akan berhujah - tidak mungkin daulah akan membunuh rakyatnya. Di New York hampir 3,000 tewas, di London 57 orang terkorban dan di Sauk 2 anggota polis mati. Untuk kapital dan kaum pemodal semasa mencari untung harga dan nilai nyawa tidak pernah termasuk dalam perhitungan.

Semenjak dari zaman berzaman kelas yang memerintah telah membunuh berjuta-juta rakyatnya untuk mempertahankan kuasa. Jangan lupa 56,000 tentera Amerika tewas di Vietnam dan ratusan ribu cedera. Hari ini lebih dari 1,700 tentera Amerika tewas di Iraq dan belasan ribu cedera parah. Juga hampir 100 orang tentera British telah mati di bunuh oleh pejuang pembebasan di Selatan Iraq dan ratusan lagi cedera parah.

Dua mati di Sauk? Atau 30,000 warga Malaysia mati saban tahun di jalan raya? Angka mana yang lebih tinggi untuk membuktikan keprihatinan pemerintah hari ini? Semua soalan ini menjadikan saya lebih skeptikal apabila membaca berita yang dilapor diakhbar.  (TT)    


SANDIWARA AL-LAHAD DATU
UNTUNG KAN NAJIB


-------
DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 1:00:00 PTG

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment