Friday, March 8, 2013

RG2011... Pengakuan Bapa Saiful Bukhari Bukti Pemimpin Negara Guna Taktik Fitnah

 

by Siraj Mohd Zaini

SHAH ALAM 8 MAC : Pengakuan yang dibuat bapa Saiful Bukhari Azlan, pemuda di dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan pemimpin di negara ini sanggup menggunakan taktik kotor demi menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah terancang terhadap Anwar Ibrahim itu suatu perkara yang sangat mengaibkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Ini membuktikan pemimpin negara Malaysia sanggup memijak kepada kawan dan lawan.

“Ini bagi saya satu benda yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Sebab fitnah konspirasi ini satu yang mengaibkan satu kehidupan dan satu masyarakat di negara Malaysia ini. Ini satu perbuatan yang sangat buruk,” katanya kepada TVSelangor.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dalam satu sidang media hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Anwar Ibrahim.

Menurut Azlan, kes tersebut adalah bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR untuk kali kedua.

““Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan yang dipetik sebuah portal berita hari ini.

Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jan 9 tahun lepas.

Akan tetapi Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment