Thursday, March 21, 2013

RG2011... Rafizi Sila Jawab, Siapa Beri Kewarganegaraan Kepada Agbimudin Kiram?

 

Rafizi Sila Jawab, Siapa Beri Kewarganegaraan Kepada Agbimudin Kiram?

Posted by Wak Canang

Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat heboh mendakwa bahawa Kerajaan Malaysia telah memberikan kewarganegaraan kepada Agbimudin Kiram, adik kepada Ketua Pencerobohan Lahad Datu di bawah "Projek IC" (seperti disebutkan di sini)


Walaupun sehingga ke hari ini, pihak pembangkang gagal mengemukan bukti menyeluruh mengenai "kewujudan" Projek IC, namun Projek IC ini perlu dijadikan kerangka timeline bagi menjawab tuduhan Rafizi mengenai status kewarganegaraan Agbimudin Kiram.

Sebelum Wak menjawab tuduhan Rafizi itu, kita perlu memahami sedikit sebanyak latar belakang "Projek IC" yang heboh dicanangkan oleh pihak pembangkang dengan menuduh kerajaan memberikan kerakyatan kepada warga asing demi "kepentingan" UMNO seperti petikan laporan MalaysiaKini (sila klik sini) menyebut;

Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.

Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri juga mendakwa bahawa "Projek IC" dilaksanakan semasa dia masih menjawab jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memegang jawatan dalam Kementerian Dalam Negeri (sila rujuk sini)

Projek IC didakwa dilakukan Tun Dr Mahathir demi menguntungkan UMNO sehingga ke hari ini masih gagal dibuktikan secara terperinci oleh pihak pembangkang.

Bermakna, seandainya "Projek IC" ini benar-benar "wujud" seperti dakwaan pembangkang, projek tersebut seharusnya berlaku sekitar tahun 1990-an memandangkan Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1981, Megat Junid dilantik sebagai sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dari tahun 1986 dan Anwar Ibrahim sendiri memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri bermula 1993.

Berbalik kepada tuduhan Rafizi. Rafizi mendakwa bahawa Agbimudin Kiram menjawat jawatan sebagai Pegawai Muda Kerajaan bermula pada 1 Mac 1974 dan mendapat kewarganegaraan melalui Projek IC.


Namun persoalan yang timbul, bagaimanakah Agbimudin boleh mendapat kewarganegaraan melalui Projek IC seandainya pada ketika dia menjawat jawatan Pegawai Muda Kerajaan, Tun Dr. Mahathir masih belum menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub masih belum memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri?

Nampaknya dakwaan Rafizi kali ini boleh dipertikaikan memandangkan maklumat diberikan Rafizi ternyata tidak tepat dan bercanggah pula dengan maklumat yang selama ini disalurkan pihak pembangkang kepada rakyat mengenai "Projek IC".

Malah kesahihan dokumen yang dikeluarkan Rafizi boleh diragui kerana beberapa persoalan seperti yang pernah ditimbulkan di sini.

Nampaknya kali ini, Rafizi sendiri membuktikan bahawa dia mempunyai niat tidak baiknya terhadap kerajaan dengan mengeluarkan fakta bercanggah dan tidak tepat mengenai kerajaan, berkemungkinan untuk menfitnah pihak tertentu ketika kemelut di Lahad Datu masih belum berkesudahan.

Wak rasa ada baiknya Rafizi sendiri cuba memikirkan penyelesaian kepada kemelut Lahad Datu yang dikaitkan dengan "majikan"nya daripada dia sibuk mencari salah pihak lain. Apa-apa pun, permainan Rafizi kali ini tidak begitu cantik dan memungkinkan dia sendiri checkmate!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment