Thursday, March 21, 2013

RG2011... re: BR1M jadi inisiatif tahunan

 

Mengapakah DS Najib selalu mengulang-ulangkan ayat yang sama seperti kat bawah ni,

Justeru kata Najib, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.

"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya dipetik Bernama.

Adakah dia lebih tahu bahawa Malaysia akan punah jika PR memerintah? Apakah kepunahan yang dimaksudkan?

Janganlah membuat telahan yang mendahului kemampuan fikiran manusia. Perkara yang akan berlaku hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Sebenanya sebagai PM dia tak perlu membuat cerita memburukkan PR, sebaliknya beliau perlu menerangkan kehebatan,

kebaikan dan kemampuan BN yang sebenarnya dalam menguruskan kerajaan. Buatlah perbandingan secara berhemah antara BN dan PR.

Biarlah rakyat yang memilih parti yang mana satu yang layak memerintah.

 

 

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

08000 Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of sue sweet7
Sent: Wednesday, 20 March, 2013 2:37 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... PM: BR1M jadi inisiatif tahunan

 

 

pala hotak hang.....lepas pilihanraya ni klau BN pegang lagi BR1M jadi BROOMMM....la, tarak dia nak bg dah.....shrek dok kena tipu lagu tu la.....

2013/3/19 shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>

 

PM: BR1M jadi inisiatif tahunan


19 Mac 2013

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan awal tahun lalu, akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.

Justeru kata Najib, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.

"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya dipetik Bernama.

 

[INTIPATI UCAPAN NAJIB SEMPENA PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI]

 

Beliau berkata, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji serta meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

"Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.

"Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji," katanya.

Najib berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza.

"Pastinya, ada kerajaan yang berkesan dan ada kerajaan yang lemah serta gagal menunaikan amanah yang diberi. Sebab itulah ada negara yang berjaya meningkatkan taraf daripada status mundur, kepada status membangun dan kemudiannya maju," katanya.

Beliau berkata, ada negara pula tidak berubah statusnya, terus terperangkap sama ada dalam kemunduran atau membangun dan ada juga negara bersifat regresif hingga jatuh tarafnya daripada negara membangun menjadi negara mundur.

Najib berkata, kini masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan tentang halatuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, pilihan itu adalah tentang kebolehpercayaan, harapan, masa depan, kelangsungan ceritera kejayaan Malaysia dan janji ditepati.

Justeru, katanya, rakyat perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan bahawa ia sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, mendukung harapan, berusaha gigih mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang meneruskan dasar-dasar yang terbukti berjaya.

"Atau pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah," katanya.

Najib berkata kerajaan bukanlah seperti mereka yang menerbitkan manifesto apabila musim pilihan raya, tetapi setelah menjadi kerajaan, janji itu dimungkiri.

Beliau berkata sudahlah manifesto yang dibuat tidak tunaikan, mereka terbitkan pula janji baharu dalam bentuk buku jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara.

"Tidak cukup setakat itu, nampaknya, belum pun kering dakwat dokumen buku jingga, dikeluarkan pula manifesto baru. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan.

"Maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baharu mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan yang lebih baik?" katanya.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment