Tuesday, March 19, 2013

RG2011... Re: Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi

 

Maknanya Presiden Cuepacs itu mahukan semua pesara dan kakitangan kerajaan mesti menyokong apa sahaja
yang dilakukan oleh UMNO/BN dan jika boleh menjadi ahli UMNO atau mana-mana parti komponen BN.
Mereka sama sekali tidak boleh mengkritik dasar-dasar UMNO/BN.

Bangangnya Presiden Cuepacs seorang ini. Pesara-pesara berkenaan bukan menentang kerajaan, tetapi
menentang parti  UMNO/BN. Nampak sangat Presiden Cuepacs itu tidak dapat membezakan yang mana
parti dan yang mana kerajaan. 

Bukan main bodek Presiden Cuepacs itu. Ialah kalau boleh Presiden Cuepacs itu tidak mahu bersara
dan terus bekerja sebagai kaki tangan awam. Ini dapat dilihat, beliau telah memhon agar usia kakitangan
awam dilanjutkan dari 55 kepada 56 tahun dan kemudiannya minta dilanjutkan lagi hingga mencapai usia
58 tahun baru bersara. Bila usia Presiden hampir mencapai 57 tahun, beliau akan membawa usul agar usia
bersara dilanjutkan kepada 60 yahun pula.

Mengapa Presiden Cuepacs itu tidak terus meminta agar usia bersara bagi kakitangan kerajaan dilanjutkan
sehingga mencapai 75 atau 85 tahun. Bukankah lebih lama lagi Presiden Cuepacs itu akan terus memegang jawatan
sebagai kakitangan awam dan seterusnya memegang jawatan Presiden Cuepacs.


para_jump101



From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 19, 2013 6:13 PM
Subject: [jarum_emas] Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi

 
Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi

19 Mac 2013
Omar Osman
Omar Osman
KUALA TERENGGANU - Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen.

"Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang.

"Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka.

"Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya.  - Bernama

--



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment