Wednesday, April 17, 2013

Re: RG2011... Fw: Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah

wahai mato tak berapa bosa
kuota haji tahun lpas hang tahu ka pasai apa negara arab tak bagi tambah?
tahu ka buat2 tak tahu?
betui ka kerajaan arab tak bagi tambah sebab demo bersih?
betui ka?

hang ni harap nama ja mata bosa
kalau kata ajaran sesat, semua nak tuding PAS ka?
aiyo
kementerian agama hang tohok mana?
duta malaysia kat sana apa tindakan, ada hang tanya?
pastu share kat sini
kan bagus, orang lain boleh tahu perkembangan berita nih

tak tahu jgn nak komen
duduk diam2 sudah
baca apa orang lain post
ada ilmu/pengalaman nak share, silakan




Mato Bosa wrote:
Orang2 macam inilah yang akan membuat Arab Saudi akan membuat penilaian semula untuk menaikkan kuota haji kepada Malaysia pada tahun 2013.  Kejadian sama berlaku semasa bersih 2.0 berdemonstrasi di Mekah dan Madinah tahun 2012.  Penyokong Bersih tolong di luar sana pohon respon sikit mengenai perkara ini.  Kesian ramai lagi orang2 pas nak pergi haji tahun ini.

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, April 3, 2013 11:44 PM
Subject: RG2011... Fw: Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah
 

 

Balu dan anak bekas ketua Al-Arqam ditahan di Makkah

telokbakong.blogspot.
kerajaanrakyat.blogspot.
Hatijah Aam, balu bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, dan lima anaknya adalah antara 84 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan di Makkah pada Rabu lalu.
Mereka disyaki menyebar ajaran sesat dan melanggar Akta Imigresen Arab Saudi.
Menurut sumber, kumpulan itu kini ditempatkan di pusat tahanan sementara di bawah kawalan Jabatan Imigresen Arab Saudi.
Mereka dilaporkan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat, lapor Berita Minggu Malaysia (BMM), semalam.
Kumpulan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan kegiatan nasyid berunsur syirik.
Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.
Media tempatan Arab Saudi, SABQ, melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia pada Disember 2006.

 
Hatijah, 52 tahun, serta anakanaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat'am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.
Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial yang sudah tamat tempoh.
Bagaimanapun, pasport Hatijah masih sah sehingga Oktober 2014.
Difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu adalah hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah.
Wanita itu dipercayai mempengaruhi jemaah umrah dan haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.
Hatijah didakwa memiliki aset ratusan juta ringgit.
Kumpulan Hatijah didakwa memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.
Sementara itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan sepenuhnya kepada Wisma Putra untuk meneliti kes berkenaan.
Jakim juga akan menjalin kerjasama dengan kedutaan Arab Saudi di Malaysia serta kerajaan negeri itu dalam usaha memastikan kes berkenaan diselesaikan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment