Friday, April 19, 2013

RE: RG2011... Fw: Kanak2 6 tahun dilarikan bersama kereta ibu

 


salah tu memang salah tapi orang yang dok kondem orang ni cukup celupar...dunia ini sentiasa berputar....ingat-ingatlah....sepatutnya kita sebagai masyarakat berilah nasihat atau pandangan bukannya condem dengan ayat-ayat yang menyakitkan....ingatlah pada dosa dan pahala...


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: jsguyz.69@gmail.com
Date: Fri, 19 Apr 2013 09:25:27 +0800
Subject: Re: RG2011... Fw: Kanak2 6 tahun dilarikan bersama kereta ibu

 

rasanya kerajaan perlu wujudkan akta kecuaian penjagaan terhadap kanak2.
selepas itu baru penjaga akan rasa bertanggungjawab atas apa yg mereka
lakukan atas jagaan mereka. hanya cadangan....


2013/4/19 bakri ismail <bucke21@yahoo.com>
 

 Masih lagi berbudaya ambil mudah. Pengajaran banyak boleh diteliti dan dijandikan contoh dan panduan bukan sekadar sahaja. Ketidakan ambil perihatin (cakna) ini akan mendatangkan masalah kepada kita. Jangan cuai dan kerana urusan sekejap itu akan menjadi hal yang besar dan membebankan mental, jasad dan roh kita. Ingatlah keadaan sekarang sudah jauh berubah dari zaman kanak-kanak genarasi terdahulu......

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 19 April 2013, 0:31
Subject: RG2011... Fw: Kanak2 6 tahun dilarikan bersama kereta ibu
 

Kanak-kanak enam tahun dilarikan bersama kereta ibu di Sungai Petani

Bernama MediaBernama Media 
 
SUNGAI PETANI, 17 April (Bernama) -- Tindakan prihatin orang awam berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilarikan bersama kereta ibunya dalam kejadian di Taman Ria di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Adam Hanif Abu Mansor, 6, yang ditinggalkan dalam kereta Perodua Myvi oleh ibunya yang keluar sebentar untuk urusan di sebuah bank di sini, dilarikan seorang lelaki berusia 30-an.
Ibunya, Faridah Osman, 47, yang menyedari kereta dan anaknya hilang sebaik selesai urusan segera memaklumkan perkara terbabit kepada polis.
Tindakan pantas sekumpulan kira-kira 50 anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bersama anggota polis yang menjalankan operasi mencari berjaya menahan suspek yang sedang menuju ke arah Bedong, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
Suspek berada dalam kenderaan tersebut tetapi kanak-kanak tersebut tiada dan dikatakan telah ditinggalkan di Taman Wira di sini, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata suspek berusia 27 tahun berjaya ditangkap oleh polis dengan kerjasama orang awam manakala kanak-kanak itu ditemui tanpa sebarang kecederaan.
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana cubaan menculik.
"Suspek ditahan dan kami akan dapatkan perintah reman esok. Nasihat saya kepada orang awam, jangan tinggalkan anak bersendirian dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, bapa mangsa, Abu Mansor Ahmad, 49, berkata dia dimaklumkan bekas isteri mengenai kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu.
"Saya turut mencari mangsa di beberapa lokasi. Saya mendapat panggilan daripada saudara kira-kira 4 petang mengatakan Adam telah dihantar pulang oleh orang awam yang menjumpainya," katanya.
-- BERNAMA
SRS KAY KLS

comments

  • orang ni entah lah, takde akal semuanya, dah tau sekarang banyak kes cam ni, tapi buat lagi, bodoh punya ibu !
    • Captain Cool 
      Brainless & selfish people.....this is exactly what will happen.!! Nasib tak jadi mcm kes Si william [RIP]
    jb guy  •  
  • ""Tindakan pantas sekumpulan kira-kira 50 anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bersama anggota polis""

    Tahniah dan Terima Kasih kpd semua angota POLIS yg terlibat.
  • shan  •  
    Why are parents this stupid? Already there was that other case, William , havent they learnt anything by now?
  • ryan shanker  • 
    thats one dumb mother... leaving kids in the car... even its for a moment...they should make sure their eyes on their children. no excuses should be giving for their lack of responsibility. lucky they manage to get the kid back safely..if something bad to was happen..thats where everyone will point fingers to one and another.
  • Kamaruzaman  •  
    We are not in their shoes.... but to leave 6 years old boy alone in the car are obviously stupid ..
  • Rasidi  •  
    Wanita jenis ni memang ketegaq.. Bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh diikut.. tu pasal suami ceraikan.. gagah jugak nak jaga anak
  • celine  • 
    They NEVER learn.
  • Joepro  •  
    pasal anak ada banyak,satu hilang ada empat lagi,,,,;)
  • Lim  •  
    stupid mother....
  • zainal  •  
    ibubapa spt ini sepatutnya d saman atas kesalahan kanak2 bawah umur. buat pehak berkuasa susah aje, jika d takdirkan kanak2 itu tak d jumpai , org ramai akan salahkan pehak polis dgn bermacam2 tuduhan........dah bnyak kes spt ini berlaku, kenapalah msih ada ibubapa yg msih cuai.........
  • Jejai  •  
    Ni otak mak dia sama juga macam mak si Amirul rashid yg kena tembak tu...x pedulikan keselamatan anak, tapi bila dah xda...meraung sakan....mahkamah patut menghukum maknya sekali kerana kecuaian bila kes ni dibawa ke mahkamah!
  • Hani  •  
    Pengajaran.....Jgn tinggalkan anak anda dalam kereta tanpa orglain atau anak anda akan diangkat sekali dgn kereta anda.....ape punye mak
  • M.A.  •  
    Apa punya bodoh ibu bapa sekarang.....tahu beranak tapi tak tahu jaga anak.
  • alienation  •  
    macaman lah lagi nak educate ibu bapa ni.........bukan tak pernah ada kes yg serupa..... offfffffffff
  • b  •  
    bodoh,,da byk kali da org kata,,
    jgn tinggalkan budak sengsorg dlm kereta,,
    seb bek la budak tu dpt jumpe tanpa cedera,,
    kalo anak ilang salah kn polis lak,,kater polis xwat keje,,
    sengal tol r,,
  • Siva  • 
    Let us also give credit to the MCA's CRSM and PDRM. Well done!
  • Lu punya suka  • 
    Ok ape, kalau anak tu drive kereta tu, rempuh roadblock, kena tembak dgn polis... blh saman 50juta... hehe..
  • Ubah Ubah Ubah  •  
    Jenayah di Malaysia kian meningkat berbanding dengan negara2 jirannya. Sudah beri BR1M masih berlaku jenayah.

    Harap2 penukaran kerajaan Malaysia dapat mengurangkan jenayah.
  • adnan i  •  
    kenapa si bapa budak tidak di condemn sama..sebagai lelaki dia seharusnya bertanggung jawab diatas kesilapan isteri..
  • aisy  •  
    orang yang pakai myvi n vios. cuba perati perangai golongan yang guna keluaran ni..
  • Tulip  •  
    what else can expect from them.. their mentality..with all current kidnapping cases still there is people like this.. don't even care about own children safety!
  • Syed Azlan  •  
    Inikah dikatakan ibu mitsali...bru aku tahu.
  • wan.omar7313  •  
    Mungkin dia ingat perkara sebelum ini tidak berlaku pada dia.
  • MOHD. KHAIRUDDIN  • 
    Kebanyakan yg tinggal anak dlm kereta ni drp org perempuan. Tolonglah ibu ibu semua, ambil iktibar. Banyak kali berlaku benda macam ni. Kesian kat anak tu.
  • Brian Baker  •  
    Charge the mother!!!! Dah bercerai lama tak kena pump,otak dah tak betul.Tak boleh ke dia bawak anak dia ikut sama masuk bank untuk dia berurusan?Bank2 mana ada larangan untuk membawa anak ke premis mereka.Bodoh punya ibu!!!!
  • Anak Malaysia  • 
    Always think God will take care of everything!! How irresponsible & stupid! Beranak ramai-ramai, Tuhan and govt will take care....stupid bangau.
  • DX  • 
    biasa la tinggal sekejap. tapi kunci lah pintu. pesan kat anak tu jangan buka pintu untuk orang lain.




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment