Tuesday, April 16, 2013

Re: RG2011... Harap Mustafa Ali bersabar dan kuat hadapi fitnah

 

Setuju dengan pandangan Maulana Asyeikh Kadiaq tu.


2013/4/15 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 



Oleh A Kadir Sheikh Fadzir 

Saya sangat terkejut terhadap tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Mustapha Ali, Setiausaha Agong PAS menerusi video yang sengaja direka-rekakan. Tuduhan tersebut sangatlah jijik, kejam dan tidak masuk akal.



Video tersebut adalah yang terakhir dari siri video-video yang telah dibuat terhadap pemimpin-pemimpin politik seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan lain-lain lagi. Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Dato' Mustapha Ali.

 

Saya dapati rata-rata rakyat, di kedua-dua belah pihak BN dan juga Pakatan Rakyat, menyatakan rasa muak dan jijik mereka terhadap kempen seperti ini. Walaupun pihak yang mencipta video tersebut mengharapkan agar karier politik yang dituduh itu dijahanamkan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

 

Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu. Teknik untuk mengeluarkan video-video fitnah seperti ini memang boleh dibuat dengan mudahnya sekarang ini.

 

Namun demikian, saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen politi seperti itu. Dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta merta. Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih. Dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik.

 

Saya ingin merayu kepada Dato' Mustapha Ali agar bersabar dan kuat menghadapi fitnah yang jijik ini dan jangan sekali melayani sebarang tekanan.

 

Saya sendiri kenal beliau secara peribadi sejak beliau menjadi Ketua Pemuda PAS pada awal 70an dahulu. Beliau tetap seorang yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi dan mempunyai keluarga yang bahagia.

 

Saya yakin keyakinan terhadap beliau oleh ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia keseluruhannya lebih meningkat dan dihormati selepas fitnah yang menjijikkan ini.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment